
Hakim tolak cubaan bekas majikan halang kemasukan peguam ke Badan Peguam
Only social or community posts, or a single source.
What happened
Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu memutuskan mahkamah bukan forum untuk meluahkan pertikaian peribadi dan proses kemasukan ke badan profesional bukan alat bagi bekas majikan menuntut permohonan maaf. PETALING JAYA: Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu memutuskan bantahan bekas majikan terhadap kemasukan seorang graduan undang-undang ke Badan Peguam tidak sah dari segi prosedur dan dakwaan dikemukakan tidak membuktikan individu itu tiada perwatakan baik yang diperlukan untuk mengamalkan undang-undang. (Free Malaysia Today, 10:40)
Read the reporting
1 report
Hakim tolak cubaan bekas majikan halang kemasukan peguam ke Badan Peguam
Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu memutuskan mahkamah bukan forum untuk meluahkan pertikaian peribadi dan proses kemasukan ke badan profesional bukan alat bagi bekas majikan menuntut permohonan maaf. PETALING JAYA: Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu memutuskan bantahan bekas majikan terhadap kemasukan seorang graduan undang-undang ke Badan Peguam tidak sah dari segi prosedur dan dakwaan dikemukakan tidak membuktikan individu itu tiada perwatakan baik yang diperlukan untuk mengamalkan undang-undang.
Hakim Yusrin Faidz Yusoff berkata, bekas majikan itu yang dikenal pasti sebagai B, gagal memfailkan kaveat rasmi atau mematuhi prosedur di bawah Akta Profesion Undang-undang 1976.
B merupakan peguam bela dan peguam cara, menghantar e-mel kepada Badan Peguam sehari sebelum pendengaran, dengan melampirkan tangkap layar hantaran Instagram yang didakwa dibuat pempetisyen antara Ogos hingga September.
Dalam hantaran itu, dia didakwa mengadu mengenai beban kerja, layanan diterimanya di firma guaman terbabit serta perjalanan berkaitan kerja, selain menyuarakan hasrat untuk meletak jawatan.
B mendakwa kenyataan itu tidak benar dan berunsur fitnah, mencemarkan reputasi firma serta boleh menghalang peguam muda lain menyertai firma berkenaan. Katanya, beliau mungkin memulakan prosiding fitnah.
Tetapi, peguam negara, Badan Peguam dan Jawatankuasa Badan Peguam Terengganu tidak mengemukakan sebarang bantahan terhadap petisyen itu.
Yusrin berkata, Seksyen 16 dan 17 Akta Profesion Undang-undang 1976 memperuntukkan prosedur khusus untuk bantahan, termasuk pemfailan kaveat oleh individu.
"E-melnya kepada Badan Peguam pada malam sebelum pendengaran, walaupun disertakan tangkap layar hantaran Instagram, tidak dianggap bantahan rasmi di bawah Seksyen 16 atau kaveat di bawah Seksyen 17."
Beliau turut mengkritik tindakan membangkitkan perkara itu pada pendengaran permohonan kemasukan ke Badan Peguam dan menegaskan ia tidak patut digunakan untuk menyelesaikan pertikaian peribadi.
"Mahkamah bukan forum untuk meluahkan pertikaian peribadi dan proses kemasukan ke Badan Peguam juga bukan alat yang boleh digunakan bekas majikan bagi memaksa seseorang memohon maaf," katanya dalam penghakiman setebal 14 muka surat.
Jelasnya, dakwaan itu, walaupun benar, tidak cukup untuk menghalang pempetisyen yang dikenal pasti sebagai A daripada menyertai profesion guaman.
"Standard 'perwatakan baik' dalam petisyen kemasukan menumpukan sama ada pemohon layak mengamalkan undang-undang."
Yusrin memutuskan pempetisyen memenuhi syarat perwatakan ditetapkan undang-undang dan melengkapkan tempoh latihan dalam kamar selaras akta itu.
Beliau membenarkan petisyen itu serta mengarahkan pendaftar untuk mendaftarkan pempetisyen sebagai peguam bela dan peguam cara di Mahkamah Tinggi Malaya.
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Free Malaysia Today) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsFree Malaysia Today10:40
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Free Malaysia Today
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.