Malaysian Attention Engine
Live wire
46AMANAH tangguh Konvensyen Nasional, sebagai persediaan PRN Melaka44Trump says he is talking to Russia and China about denuclearisation42Sindiket transit minyak masak di lokasi terpencil sebelum seludup ke negara jiran37Pemimpin kanan parti politik ditangkap khalwat37MRT laluan Kajang alami kelewatan akibat cubaan curi kabel di landasan36ADUN PH gesa DUN Negeri Sembilan segera bersidang36General : M'sia Has No Plans To Take Legal Action Or Issue Diplomatic Note Over Haze - Mohamad Hasan35Bantuan khas RM1,000: APAD minta pemilik, pengusaha bas sekolah kemas kini maklumat pemandu35Kak Ani mantapkan latihan vokal demi Gema Bumantara35LKIM sedia 1,600 tan stok penimbal ikan hadapi MTL35Jerebu: 36 kawasan catat IPU tidak sihat, Seremban dan Segamat tertinggi35PRN Melaka: Bekas ketua menteri buat ‘come back’, cuba nasib DUN Sungai Udang
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

Hukum tayang duit bonus untuk ‘marketing’

Only social or community posts, or a single source.

Attention
30
no previous hour
Momentum
32
1 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 16 Oct, 11:16 MYTLatest activity 16 Oct, 11:16BMconfidence 60%

What happened

Ini sebenarnya persoalan daripada kawan saya, katanya ada syubhah dari segi mualamat cara marketing kalau kita tunjuk bonus perniagaan dekat orang. Ini berkaitan dengan isytihar bonus atau komisen atau insentif daripada berniaga. Ada ke dalam hukum mualamat yang mengatakan haram atau syubhah tunjuk bonus kepada orang awam. Maksudnya, marketing untuk dia tarik orang masuk dalam rangkaiannya dengan menggunakan bonus. Adakah ini syubhah dalam muamalat? (Kosmo!, 11:16)

Read the reporting

1 report
Photo: Kosmo!
Kosmo!·News·BM·3 min read

Hukum tayang duit bonus untuk ‘marketing’

By JABATAN MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN · 16 Oct, 11:16 MYT

Ini sebenarnya persoalan daripada kawan saya, katanya ada syubhah dari segi mualamat cara marketing kalau kita tunjuk bonus perniagaan dekat orang. Ini berkaitan dengan isytihar bonus atau komisen atau insentif daripada berniaga. Ada ke dalam hukum mualamat yang mengatakan haram atau syubhah tunjuk bonus kepada orang awam. Maksudnya, marketing untuk dia tarik orang masuk dalam rangkaiannya dengan menggunakan bonus. Adakah ini syubhah dalam muamalat?

JAWAPAN: Marketing atau pemasaran merupakan satu perkara yang tidak dapat dipisahkan daripada aktiviti perniagaan.

Bahkan, sesebuah perniagaan amat bergantung pada aktiviti pemasaran untuk memastikan produk yang dijual diketahui oleh bakal pembeli serta menarik perhatian mereka untuk mendapatkan produk dijual tersebut.

Justeru, antara teknik atau cara pemasaran yang biasa digunakan adalah dengan memaparkan bonus atau penyata pencapaian jualan dan seumpamanya.

Biasanya, teknik ini digunakan dengan tujuan menarik orang lain untuk turut menyertai perniagaan yang dijalankan sebagai dropship, ejen, stokis, reseller, downline dan seumpamanya.

Ini kerana, penyata bonus tersebut akan menunjukkan potensi untuk menjana kewangan dan seterusnya menarik perhatian orang yang ingin mencari pendapatan tambahan.

Hukum-hakam berkaitan dengan muamalat pada asalnya adalah harus selagi tiada larangan mengenainya.

Allah SWT telah berfirman: “Padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba.” (Surah al-Baqarah, 275)

Imam Syafi’i ketika mentafsirkan ayat ini menyatakan bahawa firman Allah SWT tersebut menunjukkan kepada keharusan bagi perkara berkaitan jual beli. Namun begitu, sekiranya terdapat larangan daripada al-Quran dan sunah, maka hukum berkaitannya akan turut berubah menjadi sebaliknya. (Rujuk Tafsir al-Imam al-Syafie 429/1)

Bertitik tolak daripada ayat tersebut, muncul satu kaedah fiqh yang menyatakan bahawa hukum asal berkaitan muamalat adalah harus.

Namun begitu, tidak semua perkara yang berkaitan dengan muamalat adalah diharuskan.

Ini kerana, pada masa sama terdapat juga larangan-larangan daripada Allah SWT atau Rasulullah SAW mengenai beberapa perkara yang tidak boleh dilakukan oleh seorang Muslim.

Allah SWT berfirman: “Allah telah menerangkan satu persatu kepada kamu apa yang diharamkan-Nya atas kamu.” (Surah al-An’am, 119)

Ulama tafsir mentafsirkan bahawa ayat ini membawa maksud Allah SWT telah menunjukkan secara jelas tentang perkara-perkara yang halal serta perkara-perkara yang haram untuk dilakukan oleh umat Islam. (Rujuk Tafsir Ibn Kathir 323/3; Tafsir al-Qurtubi 73/7)

Mengenai persoalan yang diajukan, sekiranya teknik pemasaran tersebut tidak mempunyai unsur-unsur yang diharamkan seperti manipulasi atau menipu, maka tiada halangan untuk menggunakan teknik tersebut.

Namun begitu, sekiranya terdapat unsur menipu padanya seperti mengaku bahawa penyata bonus tersebut adalah miliknya sedangkan pada hakikatnya bukan penyata miliknya, maka di sini terdapat unsur menipu untuk memperdaya orang lain.

Perbuatan menipu adalah satu perbuatan yang amat dilarang dalam Islam. Abu Hurairah RA meriwayatkan: “Siapa yang menipu, maka dia bukan daripada kalangan kita (umat Islam)”. (Riwayat Muslim, 101)

Menipu (al-Ghisy) dalam aktiviti muamalat juga dikenali sebagai al-tadlis, iaitu penjual sengaja menyembunyikan suatu kecacatan atau menipu maklumat untuk memperdayakan pembeli.

Al-Jamal menyatakan bahawa al-Ghisy adalah al-Tadlis iaitu menyembunyikan kecacatan barangan dan menghiasinya supaya pelanggan tertarik dengan barang dagangannya.

Perbuatan tersebut akan menyebabkan timbul rasa tidak puas hati pada pembeli atau downline, ejen dan seumpamanya kerana rasa tertipu dan terpedaya dengan penjual tersebut.

Allah SWT juga melarang untuk memakan harta orang lain dengan cara yang bathil.

Allah SWT berfirman: “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka antara kamu”. (Surah an-Nisa’, 29)

Kesimpulannya, hukum memaparkan bonus daripada perniagaan yang dijalankan sebagai teknik pemasaran adalah harus kerana mengambil hukum asal bagi muamalat adalah harus.

Namun begitu, sekiranya terdapat unsur-unsur yang diharamkan seperti menipu, maka perbuatan tersebut diharamkan kerana perbuatan menipu amat dilarang.

Perniagaan adalah salah satu pekerjaan yang mulia.

Oleh kerana itu, setiap peniaga mestilah mengamalkan sikap yang mahmudah dan meninggalkan sikap-sikap mazmumah ketika menjalankan pekerjaannya.

Ini kerana, seorang peniaga yang jujur dan amanah akan ditempatkan bersama para nabi, siddiqin dan syuhada’ di akhirat kelak.

The post Hukum tayang duit bonus untuk ‘marketing’ appeared first on Kosmo Online .

As published in Kosmo!’s feed.Read at Kosmo!

1 / 1 · arrow keys switch reports

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 31NEWnow12:00
Latest 12:14 MYT
30New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Kosmo!) source

Where it started

Kosmo! (News)
16 Oct, 11:16 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Kosmo!
    11:16

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Kosmo!

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.