Malaysian Attention Engine
Live wire
49Rempuh pelajar hingga maut di hadapan surau sekolah, guru wanita dijangka didakwa esok47Kes Bunuh Irene Sofiya: Polis tunggu keputusan TPR46Data DPP boleh digunakan memenuhi keperluan tenaga kerja - Saifuddin Nasution46SPRM kerjasama dengan PDRM teliti isu MyEG41Budak lima tahun maut dirempuh kereta pandu melulu di Jalan Kuching39Jerebu: 36 kawasan catat IPU tidak sihat, Seremban dan Segamat tertinggi38Johari Abdul hargai khidmat pegawai kedutaan Malaysia di luar negara37Gaji minimum naik dari RM1,700 kepada RM2,000 - PM37Kuasa veto PBB perlu disekat, hentikan jenayah kemanusiaan - Mohamad Hasan35Lee Zii Jia Mohon Injunksi Interim, Sekat Bapa & Kakak Buat Keputusan Kewangan Syarikat35General : New-generation MyKad: 202,829 Pieces Issued In 25 Days35Asyraf Wajdi cari pelajar tular raih SPM 10A tangguh pengajian
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

Jamilah latih keluarga jadi tukang urut

Only social or community posts, or a single source.

Attention
0
no previous hour
Momentum
0
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 13 Oct, 10:30 MYTLatest activity 13 Oct, 10:30BMconfidence 60%

What happened

Details are being gathered from the sources below.

Read the reporting

1 report
Photo: Utusan Malaysia
Utusan Malaysia·News·BM·2 min read

Jamilah latih keluarga jadi tukang urut

By ROSALINDA MD SAID · 13 Oct, 10:30 MYT

SEJAK kecil, anak jati Pulau Langkawi ini sudah biasa melihat bapanya mengurut orang kampung yang datang mendapatkan bantuan.

Ada yang terseliuh, tersalah urat, sakit badan malah mengalami kecederaan seperti patah tangan.

Perlahan-lahan, timbul minat dalam diri Jamilah Said, 37, untuk mempelajari urutan tradisional.

Namun, hasrat untuk berguru dengan bapanya tidak kesampaian apabila lelaki itu meninggal dunia.

Minatnya terhadap urutan tradisional itu terus dibawa sehingga usia 16 tahun sebelum mengambil keputusan untuk berhenti sekolah dan serius dalam bidang berkenaan.

Dia terlebih dahulu menimba pengalaman di spa milik bapa saudaranya sebelum berdikari tiga tahun kemudian.

Sejak itu, khidmat urutannya mula mendapat sambutan bukan sahaja dalam kalangan penduduk tempatan, malah pelancong yang menginap di hotel terkemuka di pulau peranginan ini.

“Sebelum ini, saya cuma mengurut ahli keluarga secara suka-suka, mungkin bakat itu memang turun daripada ayah.

“Kalau sehari tidak mengurut, badan rasa lain macam, boleh jadi letih dan demam,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Berbekalkan pengalaman yang dimiliki, Jamilah memberanikan diri membuka perniagaan urutan kaki secara terbuka di Kuah sejak 10 tahun lalu.

Bagi membantu menguruskan perniagaan itu, dia turut melatih sembilan ahli keluarga termasuk tiga abang, selain sepupu dan anak saudara.

Langkah itu secara tidak langsung membolehkan kemahiran mengurut terus diwarisi dalam keluarganya.

“Saya pun tidak sangka abang-abang ada bakat mengurut kerana sebelum ini mereka tidak pernah menunjukkan minat.

“Bila saya buka kedai, mereka sedia membantu dan saya ajar sedikit demi sedikit teknik urutan.

“Anak saudara pun saya latih sejak kecil, sekurang-kurangnya mereka ada kemahiran dan boleh dapat duit poket untuk perbelanjaan sekolah,” katanya.

Malah, Jamilah turut membawa ahli keluarganya ke hotel untuk memberikan khidmat urutan apabila menerima tempahan.

Antara hotel yang menjadi lokasi tetap khidmat urutan mereka ialah Temple Tree Resort di Pantai Cenang.

Urut tradisional kekal pilihan

Walaupun terdapat pelbagai jenis urutan, kaedah tradisional Melayu masih menjadi pilihan, termasuk dalam kalangan pelancong antarabangsa.

Katanya, urutan berkenaan menggunakan tekanan pada bahagian tertentu, terutama kawasan yang terasa tegang selepas melakukan aktiviti atau duduk terlalu lama.

Penggunaan minyak serai pula menjadi antara elemen yang melengkapkan pengalaman urutan berkenaan, selain memberikan aroma menyegarkan.

“Urutan tradisional lebih kuat berbanding fusion kerana memfokuskan kepada bahagian otot yang tegang.

“Selain merehatkan badan, ia juga membantu melancarkan peredaran darah dan memberikan kelegaan kepada pelanggan yang mengalami masalah angin.

“Pelancong asing, termasuk dari Eropah, memang menggemarinya, bahkan ada yang datang semula kerana sudah biasa dengan pengalaman ini,” katanya.

Jamilah turut turun padang mengurut pelanggan sendiri, terutama apabila menerima tempahan yang memerlukan sentuhannya.

Katanya, teknik tangan yang agak kuat menjadi antara keistimewaan urutan yang dilakukannya.

The post Jamilah latih keluarga jadi tukang urut appeared first on Utusan Malaysia .

Why it is new

Not enough measurements yet to explain the score. Explanations are generated only from stored data.

Attention graph

Attention

Not enough history in this window yet. The engine measures every five minutes.

Timeline

No timeline yet.

Where it started

Unknown.

How it spread

Not enough data to show how this spread.

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Nothing independently established yet.

What we don’t know

  • No open questions flagged by the rules.

All sources (1)

Jamilah latih keluarga jadi tukang urut
Utusan MalaysiaNewsmainstreamBM

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.