
Jenayah pelajar 'loceng amaran' buat ibu bapa, masyarakat
Only social or community posts, or a single source.
What happened
SEDIH, sayu dan hampa. Begitulah perasaan seorang ibu apabila saban hari membaca berita mengenai anak masih di bangku sekolah sudah terpalit dengan kes buli, pergaduhan dan keganasan. (Berita Harian, 08:22)
Read the reporting
1 report
Jenayah pelajar 'loceng amaran' buat ibu bapa, masyarakat
SEDIH, sayu dan hampa. Begitulah perasaan seorang ibu apabila saban hari membaca berita mengenai anak masih di bangku sekolah sudah terpalit dengan kes buli, pergaduhan dan keganasan.
Lebih menyedihkan hati seorang ibu apabila anak disayang, ditatang dan diasuh sejak kecil, terjebak dengan perkara sangat tidak diingini, iaitu terbabit dengan kes mencederakan sehingga ke tahap membunuh.
Sebagai seorang ibu yang dipanggil mama oleh anak-anak, hati ini sering tertanya-tanya dengan nasib anak yang terjebak dengan kes jenayah, termasuk membunuh.
Bayangkan jika anak sedang belajar peringkat menengah yang sepatutnya sibuk mengejar ilmu, bermain bersama rakan, menghormati guru dan pulang ke rumah membawa cerita dari sekolah, tiba-tiba muncul dalam berita kerana terbabit dengan kes jenayah dan keganasan.
Lebih menyedihkan, ada yang menjadi mangsa, ada keluarga kehilangan anak buat selama-lamanya dan ada terpaksa hidup dengan trauma.
Keresahan ini bukan lagi sesuatu yang boleh dianggap cerita terpencil. Pada September lalu, kematian seorang pelajar Tingkatan Dua di sebuah sekolah di Kuala Pilah diklasifikasikan sebagai kes bunuh dan beberapa pelajar ditahan bagi membantu siasatan.
Pada awal bulan ini, kematian seorang pelajar perempuan Tingkatan Empat di sekolah dekat Yong Peng, Batu Pahat turut mengundang kebimbangan masyarakat.
Sebelum itu, pada Oktober 2025, seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun maut akibat ditikam di sebuah sekolah di Petaling Jaya.
Membaca laporan berita kes ini dan kemudian mendapat data kes keganasan pelajar di sekolah cukup membuatkan 'mama' termenung panjang. Bagi 2025, sebanyak 2,889 kes salah laku buli dan 3,570 kes salah laku jenayah direkodkan di sekolah.
Angka itu bukan sekadar nombor. Di sebaliknya ada seorang anak, seorang ibu, seorang ayah dan sebuah keluarga yang mungkin berubah selama-lamanya.
Hari ini dunia anak-anak jauh berbeza. Dengan satu telefon pintar, mereka boleh masuk ke dunia mungkin ibu bapa sendiri tidak pernah kenal.
Mereka boleh terdedah kepada kandungan ganas, seksual, vape, dadah, perjudian, budaya kekerasan dan pelbagai pengaruh lain.
Sebab itu ibu bapa tidak boleh sekadar belajar menggunakan telefon. Kita perlu belajar memahami dunia anak.
Kita perlu tahu apa mereka lihat, siapa mereka ikuti, dengan siapa mereka bergaul dan mengapa tiba-tiba mereka berubah, mudah marah atau semakin menjauhkan diri.
Soalan kecil seperti 'Ada sesiapa ganggu kamu' atau 'Kamu ada ganggu orang lain' mungkin kelihatan remeh. Tetapi mungkin soalan itulah membuka ruang untuk seorang anak meluahkan masalah sebelum sesuatu lebih buruk berlaku.
Kita tidak boleh meletakkan seluruh tanggungjawab mendidik di bahu guru. Sekolah memang mempunyai tanggungjawab memastikan keselamatan dan kebajikan murid, tetapi guru juga manusia berdepan puluhan, malah ratusan murid serta pelbagai tuntutan tugas.
Rumah ialah sekolah pertama. Ibu dan ayah guru pertama. Sekolah menyambung pendidikan itu, manakala masyarakat membentuk persekitarannya.
Kita perlu belajar melihat isu remaja bersekolah ini dengan lebih manusiawi. Apabila seorang anak didakwa melakukan kesalahan berat, jangan lupa di rumah, dia tetap seorang anak. Ada ibu, emak, mama atau ummi menangis, ayah kecewa dan keluarga terpaksa menanggung stigma.
Terap pendidikan agama berterusan
Ini bukan bermakna kesalahan boleh dimaafkan begitu sahaja tanpa proses undang-undang. Salah tetap salah dan mangsa tetap perlu mendapat keadilan.
Pada masa sama, kita perlu memikirkan bagaimana anak-anak ini boleh dibentuk sebelum mereka sampai ke titik menghancurkan masa depan sendiri dan orang lain.
Kita perlu sedar pendidikan agama tidak boleh berhenti diberikan kepada anak sehingga remaja dan dewasa. Anak perlu diajar soal dosa dan pahala, adab, tanggungjawab, maruah manusia dan nilai nyawa.
Mereka perlu tahu kekuatan sebenar bukan kemampuan menakutkan atau mencederakan orang lain, tetapi mengawal diri dan bersabar ketika marah membara.
Ibu dan bapa tidak mungkin berada di sisi anak 24 jam sehari. Kita tidak mampu memeriksa telefon mereka setiap masa atau mengetahui setiap orang mereka temui.
Akan tetapi kita boleh membina hati dan akal mereka supaya apabila bersendirian, mereka masih mampu sedar dan berkata 'Ini salah, aku tidak boleh buat'.
Akhirnya, seorang ibu, emak atau mama tidak meminta dunia sempurna. Mereka cuma mahu anak masuk ke pagar sekolah pada waktu pagi dan pulang dengan selamat pada petang hari.
Golongan ibu mahu mereka membawa pulang buku, bukan trauma, bercakap mengenai pendidikan, universiti, pekerjaan dan cita-cita, bukan penjara, mahkamah dan hukuman.
Kepada anak-anak, jangan rosakkan seluruh masa depan hanya kerana satu saat kemarahan. Berhenti ketika marah. Berhenti apabila diprovokasi. Berhenti apabila diajak membuli. Berhenti apabila rakan mengajak melakukan perkara salah.
Keberanian bukan terbukti apabila kita mampu menyakiti orang, tetapi apabila kita mampu berhenti daripada meneruskan sesuatu yang salah, berdosa dan bahaya.
Kepada ibu bapa, guru serta masyarakat, jangan tunggu tragedi berlaku baru hendak bertanya siapa bersalah. Bertanyalah sekarang apa yang boleh dilakukan untuk menyelamatkan anak-anak kita.
Mereka bukan sekadar anak-anak kita, tetapi masa depan kita. Seorang ibu hanya mahu melihat masa depan anaknya hidup dalam dunia lebih aman, beradab, beragama dan penuh perikemanusiaan.
Akan tetapi apabila anak terjebak dalam kancah jenayah yang mungkin dia sendiri tidak faham apa sebab dan akibatnya, ibu bapa perlu mula menyedarkan anak bujang dan anak dara masing-masing.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Berita Harian) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian08:22
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.