
Kabel semboyan dipotong punca operasi tren Padang Jawa-Batu Tiga terjejas
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
KUALA LUMPUR: Tindakan tidak bertanggungjawab pihak tertentu memotong kabel semboyan (signalling) sepanjang kira-kira 60 meter dipercayai menjadi punca utama gangguan pengesanan landasan di laluan Padang Jawa, dekat sini, awal pagi tadi. (Berita Harian, 10:41)
Read the reporting
1 report
Kabel semboyan dipotong punca operasi tren Padang Jawa-Batu Tiga terjejas
KUALA LUMPUR: Tindakan tidak bertanggungjawab pihak tertentu memotong kabel semboyan (signalling) sepanjang kira-kira 60 meter dipercayai menjadi punca utama gangguan pengesanan landasan di laluan Padang Jawa, dekat sini, awal pagi tadi.
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dalam kenyataannya, memaklumkan, kehilangan kabel jenis 4 teras 16 milimeter (mm) itu dikesan susulan laporan gangguan laluan dari Padang Jawa melalui Shah Alam ke Batu Tiga pada jam 6.20 pagi.
Menurut kenyataan itu, anggota Polis Bantuan KTMB digerakkan ke lokasi kejadian sebaik menerima laporan berhubung gangguan berkenaan.
"Susulan laporan awal gangguan pengesanan landasan itu, anggota digerakkan ke lokasi untuk menjalankan pemeriksaan terperinci.
"Hasil pemeriksaan di lokasi mendapati kabel semboyan jenis 4 teras 16 mm sepanjang kira-kira 60 meter telah dipotong," katanya, hari ini.
KTMB berkata, kerja-kerja membaik pulih dan penyambungan semula kabel sedang giat dijalankan oleh pasukan teknikal bagi memastikan jadual perjalanan tren kembali normal.
Dalam pada itu, KTMB memberi jaminan akan terus memperketatkan kawalan di sepanjang laluan berisiko bagi mengekang jenayah vandalisme dan kecurian aset kereta api.
"KTMB melalui pasukan Polis Bantuan akan terus mempergiat rondaan dan pemantauan keselamatan bagi melindungi infrastruktur landasan serta memastikan kelancaran operasi tren pada tahap optimum," katanya.
Sehubungan itu, pihak KTMB menyeru kerjasama masyarakat setempat untuk menjadi 'mata dan telinga' kepada pihak berkuasa bagi membendung jenayah ini daripada terus berleluasa.
"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan aktiviti mencurigakan di kawasan landasan diminta menghubungi Pusat Pengumpulan & Penyaluran Maklumat Polis Bantuan KTMB di talian 03-2263 1194 yang beroperasi 24 jam.
"Maklumat juga boleh disalurkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhampiran untuk tindakan segera," katanya.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- 3 independent sources, 2 new in the last hour
- Driven by news coverage (3 mainstream mentions in 6h) with little social discussion so far
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian10:41
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 3 established outlet(s): Berita Harian, Harian Metro, Utusan Malaysia
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (3)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.