
Keluar kem 64 kali, alasan beri makan cicak, basuh kereta, pegawai tentera kena tindakan tatatertib
Only social or community posts, or a single source.
What happened
Seoul: Mahkamah di Korea Selatan mengekalkan penggantungan selama dua bulan terhadap seorang pegawai tentera yang berulang kali meninggalkan kem tanpa kebenaran, memaki hamun anggota tentera dan melengahkan kelulusan permohonan cuti mereka, lapor The Korea Herald. (Harian Metro, 11:10)
Read the reporting
1 report
Keluar kem 64 kali, alasan beri makan cicak, basuh kereta, pegawai tentera kena tindakan tatatertib
Seoul: Mahkamah di Korea Selatan mengekalkan penggantungan selama dua bulan terhadap seorang pegawai tentera yang berulang kali meninggalkan kem tanpa kebenaran, memaki hamun anggota tentera dan melengahkan kelulusan permohonan cuti mereka, lapor The Korea Herald.
Mahkamah Daerah Busan pada 15 Oktober, semalam, menolak saman pegawai itu terhadap komander unitnya bagi membatalkan tindakan tatatertib berkenaan.
Rekod pintu keluar masuk menunjukkan pegawai itu memandu keluar dari kem sebanyak 64 kali ketika waktu bekerja pada hari biasa dalam tempoh 10 bulan tanpa memohon cuti atau melaporkan pemergiannya kepada komander.
Dalam pada itu, seorang komander pengawal memberi keterangan bahawa pegawai itu kerap meninggalkan kem dengan alasan seperti mahu 'memberi makan cicaknya' dan 'mencuci keretanya'.
Antara Oktober 2023 hingga November 2024, pegawai itu turut melengahkan kelulusan 698 permohonan keluar, pas bermalam dan cuti yang dikemukakan oleh 26 anggota tentera.
Kelewatan itu menyebabkan anggota terbabit tidak dapat memperoleh tiket kereta api yang ditanggung pihak tentera, sekali gus memaksa mereka membayar sendiri kos pengangkutan.
Menurut media sama, apabila anggota tentera memohon kelulusan cuti, pegawai itu akan menjawab, "Adakah ini pusat khidmat masyarakat?.
Dia turut memaki hamun seorang anggota tentera yang memohon pertukaran penempatan kerana sakit belakang, malah mencadangkan anggota itu memohon pelepasan daripada perkhidmatan tentera atas alasan penyakit mental.
Menurut mahkamah, di bawah peraturan tatatertib tentera, tahap salah laku itu boleh dikenakan hukuman pemecatan, manakala pelbagai pelanggaran boleh menjadi alasan untuk penyingkaran.
Kedua-dua hukuman itu menyebabkan perkhidmatan ketenteraan ditamatkan, namun hukuman lebih berat yang dikenali sebagai 'pamyeon' turut membabitkan pengurangan faedah persaraan.
Sementara itu, pemecatan biasa atau 'haeim' secara amnya membolehkan faedah persaraan dikekalkan, kecuali dalam kes rasuah tertentu.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Harian Metro) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro11:10
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.