
Kerajaan boleh pertimbang guna dua laluan perundangan akibat jerebu
Only social or community posts, or a single source.
What happened
Kerajaan boleh pertimbang guna dua laluan perundangan akibat jerebu (Harian Metro, 08:16)
Read the reporting
1 report
Kerajaan boleh pertimbang guna dua laluan perundangan akibat jerebu
am@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Kerajaan boleh mempertimbangkan segera dua laluan perundangan bagi mengambil tindakan terhadap pihak yang mengarahkan atau menyebabkan pembakaran terbuka di luar negara, tanpa perlu menunggu penggubalan akta baharu.
Pengerusi Jawatankuasa Undang-Undang Jenayah Majlis Peguam, Vivekananda Sukumaran berkata, menerusi Seksyen 29A Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan Peguam Negara wajar menyiasat dan menguji perundangan itu di mahkamah sekiranya terbukti arahan untuk membakar diberikan dari Malaysia.
Katanya, ia boleh digunakan bersama seksyen 108A Kanun Keseksaan, jika berlaku subahat bagi perbuatan di luar negara yang perlu dibuktikan juga.
"Bagaimanapun bukti arahan seperti dokumen, e-mel dan minit mesyuarat yang berada di Malaysia boleh diperoleh di sini tanpa bergantung kepada Indonesia.
"Selain itu, kerajaan juga boleh mempertimbangkan penggunaan Seksyen 2(3) Akta Kesalahan-Kesalahan di Luar Negeri 1976, yang membolehkan Yang di-Pertuan Agong atas nasihat kerajaan, menambah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 ke dalam jadual akta berkenaan melalui perintah.
"Langkah itu berpotensi membolehkan warganegara dan pemastautin tetap Malaysia yang melakukan, mengarahkan atau menyebabkan pembakaran terbuka di luar negara didakwa di negara ini.
"Kedua-dua pendekatan itu belum pernah diuji di mahkamah dan mungkin ditafsirkan secara sempit, namun kerajaan wajar meneliti pilihan berkenaan bagi menentukan ruang tindakan yang tersedia di bawah undang-undang sedia ada," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.
Beliau berkata, walaupun Malaysia belum mempunyai akta jerebu rentas sempadan seperti Akta Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan 2014 Singapura, kerajaan boleh melakukan beberapa langkah seperti menggunakan Perjanjian ASEAN mengenai Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan (AATHP) untuk meminta maklumat dan bukti daripada Indonesia.
"Selain itu, menyokong siasatan pihak berkuasa Indonesia yang sedang berjalan terhadap syarikat terbabit dan meminta Suruhanjaya Sekuriti meneliti pernyataan kemampanan syarikat induk yang tersenarai di Bursa Malaysia.
"Jika dakwaan seperti 'sifar pembakaran' terbukti palsu atau mengelirukan, Seksyen 369 Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 membolehkan pendakwaan terhadap syarikat dan pengarahnya, walaupun ia belum pernah digunakan untuk pendedahan kemampanan.
"Bagaimanapun untuk tindakan jenayah terhadap syarikat asing itu masih memerlukan undang-undang baharu. Namun, individu di Malaysia yang mengarahkan pembakaran di luar negara, sudah boleh mula diuji di bawah undang-undang sedia ada," katanya.
Menyentuh mengenai tindakan terhadap syarikat asing yang mencetuskan jerebu, beliau berkata, masih wujud kelemahan dalam undang-undang di negara ini untuk mendakwa syarikat berkenaan.
"Tiga kelemahan utama ialah sifat wilayah di mana undang-undang kita tidak menjangkau perbuatan di luar sempadan walaupun kesannya dirasai di sini. Isu ini sudah dikaji sejak jerebu tahun 2019, dan kerajaan kini sedang menelitinya, tetapi akta khusus masih belum digubal.
"Selain itu, beban pembuktian. Tanpa anggapan undang-undang, pendakwa perlu membuktikan siapa yang menyalakan api di tanah negara lain, namun ia hampir mustahil tanpa kerjasama negara berkenaan.
"Tiada kuasa memaksa maklumat. Kita tidak boleh memaksa syarikat, termasuk syarikat induk Malaysia, mengemukakan maklumat mengenai operasi anak syarikat mereka di luar negara.
"Selain itu, mangsa tiada hak tuntutan statutori dan AATHP tidak mempunyai sebarang saksi jika kewajipan tidak dipatuhi," katanya.
Bagaimanapun, beliau berkata, Malaysia boleh menggunakan bukti saintifik dan teknologi satelit untuk menyokong tindakan undang-undang menerusi data titik panas dan imej kawasan terbakar menunjukkan di mana, bila dan seluas mana kebakaran berlaku.
"Selain itu, apabila ditindih dengan peta konsesi, ia boleh menunjukkan kebakaran dalam kawasan syarikat tertentu serta model trajektori asap boleh mengaitkan asap itu dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Malaysia," katanya.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Harian Metro) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro08:16
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.