Kerjasama JIETF buru sindiket seludup migran - JIM
Only social or community posts, or a single source.
What happened
SHAH ALAM - Satu kerjasama strategik dilaksanakan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) bersama pelbagai negara dalam tindakan penguatkuasaan berkaitan sindiket penyeludupan migran menerusi Joint Immigration Enforcement Task Force (JIETF).Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, berdasarkan kepada siasatan yang dijalankan terhadap mereka yang ditahan semasa operasi penguatkuasaan membawa kepada maklumat awal berkaitan penglibatan sindiket yang beroperasi atau menguruskan di negara jiran seperti Indonesia dan Thailand.Menurutnya, bagi memastikan sindiket dapat dilumpuhkan secara tota (Sinar Harian, 10:47)
Read the reporting
1 reportKerjasama JIETF buru sindiket seludup migran - JIM
SHAH ALAM - Satu kerjasama strategik dilaksanakan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) bersama pelbagai negara dalam tindakan penguatkuasaan berkaitan sindiket penyeludupan migran menerusi Joint Immigration Enforcement Task Force (JIETF).Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, berdasarkan kepada siasatan yang dijalankan terhadap mereka yang ditahan semasa operasi penguatkuasaan membawa kepada maklumat awal berkaitan penglibatan sindiket yang beroperasi atau menguruskan di negara jiran seperti Indonesia dan Thailand.Menurutnya, bagi memastikan sindiket dapat dilumpuhkan secara total, maka pihak JIM telah mengambil inisiatif menjalinkan kerjasama strategik antara negara."Antaranya JIM dan Imigrasi Indonesia menerusi Joint Immigration Enforcement Task Force (JIETF)."Kolaborasi ini merangkumi pertukaran maklumat perintipan (tactical intelligence) secara real-time untuk memotong rantaian jaringan transporter dan rumah transit sebelum tiba di sempadan negara," katanya kepada Sinar Harian.Tambahnya, melalui pendekatan berstruktur ini, JIM tidak lagi sekadar menahan PATI di hujung rantai (Malaysia), sebaliknya menumpukan usaha melumpuhkan keseluruhan ekosistem, rantaian kewangan, serta dalang utama (mastermind) sindiket berkenaan.Sinar Harian menerusi laporan eksklusif pada Isnin melaporkan transit antarabangsa melalui lapangan terbang utama negara menjadi modus operandi terkini sindiket penyeludupan migran.Helah sindiket penyeludupan dan pemerdangangan orang yang dikesan JIM kini semakin kompleks, bertingkat (multi-layered) dan sering mengubah modus operandi bagi menghilangkan jejak risikan oleh pihak berkuasa.Bahkan, sejak 2024, JIM memberkas seramai 105 ahli sindiket penyeludupan migran membabitkan pelbagai kumpulan antaranya 'Ali Rohingya', 'Pade Ajak' serta sindiket 'Iqbal'.Kata Zakaria, jumlah penahanan seramai 105 individu merujuk kepada jumlah keseluruhan tangkapan merangkumi ketua sindiket, ejen, transporter dan penjaga premis yang disyaki mempunyai kaitan langsung dengan sindiket-sindiket berkenaan."Hasil daripada operasi khas dan risikan berterusan JIM, sebahagian besar daripada ahli serta dalang utama bagi rangkaian tersebut telah berjaya diberkas."Kertas siasatan telah dibuka dan tindakan pendakwaan di mahkamah sedang giat dilaksanakan mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa, manakala sebahagian kes masih di peringkat akhir siasatan," ujarnya.Tegasnya, JIM komited untuk meneruskan operasi bagi melumpuhkan sepenuhnya sisa rangkaian sindiket ini demi memastikan kedaulatan dan keselamatan negara terus terpelihara.
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Sinar Harian) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsSinar Harian10:47
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Sinar Harian
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.