
Lelaki 'kaki' air berkarbonat, kekal sihat di usia 101 tahun
Only social or community posts, or a single source.
What happened
Beijing: Ketika ramai mengamalkan pemakanan sihat dan mengurangkan pengambilan gula, warga emas berusia 101 tahun di China mencuri perhatian kerana masih kekal sihat walaupun gemar minum minuman berkarbonat. (Harian Metro, 11:04)
Read the reporting
1 report
Lelaki 'kaki' air berkarbonat, kekal sihat di usia 101 tahun
Beijing: Ketika ramai mengamalkan pemakanan sihat dan mengurangkan pengambilan gula, warga emas berusia 101 tahun di China mencuri perhatian kerana masih kekal sihat walaupun gemar minum minuman berkarbonat.
Lu Shizeng yang menetap di wilayah Zhejiang, timur China tular di media sosial selepas tabiat pemakanannya yang dianggap kurang sihat pada usia lebih seabad menarik perhatian ramai.
Walaupun sudah lanjut usia, Lu yang juga seorang moyang masih berselera menikmati pelbagai makanan termasuk ikan, udang, ketam, daging serta sayur-sayuran yang dibelinya di pasar bandar setiap lima hari dengan menaiki beca.
Malah, sehingga tahun lalu, warga emas itu masih menunggang basikal roda tiga sendiri ke bandar, namun keluarganya melarangnya selepas terjatuh yang menyebabkan pergerakannya semakin perlahan.
Lu yang mengakui membelanjakan sebahagian besar wang simpanannya untuk makanan kini dijaga seorang pembantu yang diupah dua anak lelakinya, masing-masing menetap di Beijing dan mengusahakan kilang berhampiran kediamannya.
Menurut Lu dia jarang diserang selsema, mempunyai tekanan darah agak rendah dan masih mampu mengingati pelbagai peristiwa ketika zaman mudanya.
"Sesetengah warga emas mungkin diserang strok selepas terjatuh, tetapi saya langsung tidak mengalami masalah.
"Saya juga masih boleh mengingati perkara ketika muda dengan baik," katanya yang turut berpuas hati menerima elaun warga emas sebanyak 800 yuan (RM488) sebulan.
Sementara itu, pembantunya berkata, Lu mempunyai selera makan yang sangat baik sehingga mampu menghabiskan setengah mangkuk nasi bersama sepinggan penuh ketam dalam satu hidangan.
Katanya, Lu turut menggemari Sprite sejuk yang dicampurkan beberapa titis wain putih serta buah-buahan manis seperti tembikai, pir dan limau mandarin.
"Dia mengamalkan waktu tidur teratur dengan berehat selepas makan malam pada jam 5 petang sebelum tidur kira-kira 8 malam dan bangun seawal 4 pagi.
"Dia kemudian menghabiskan dua jam melakukan regangan badan secara santai di atas katil sebelum bangun pada 6 pagi selain turut tidur sebentar setiap tengah hari," katanya.
Kisah Lu mengundang pelbagai reaksi pengguna media sosial dengan ada yang berseloroh bahawa tabiatnya mungkin mengejutkan pakar kesihatan manakala sebahagian lagi berpendapat emosi positif dan jadual tidur teratur mungkin antara faktor menyumbang kepada usianya yang panjang.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Harian Metro) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro11:04
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.