
Malaysia boleh contohi Jepun tangani kematian sunyi
Only social or community posts, or a single source.
What happened
Details are being gathered from the sources below.
Read the reporting
1 report
Malaysia boleh contohi Jepun tangani kematian sunyi
PETALING JAYA – Penggunaan peranti pintar yang dilengkapi ciri pemantauan kesihatan dan pengesanan kecemasan serta pembangunan pangkalan data bersepadu antara agensi merupakan antara pendekatan yang diterima guna oleh pihak berkaitan bagi mengawal sebarang kes kematian sunyi.
Pensyarah kanan di Jabatan Bimbingan dan Kaunseling, Fakulti Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Dr Hapsah Md Yusof berkata, Malaysia boleh mencontohi Jepun yang telah lama menerima guna pelbagai pendekatan bagi menjaga kebajikan warga emas mereka termasuk menangani kematian sunyi.
“Pengalaman Jepun menangani fenomena kodokushi atau kematian bersendirian menunjukkan teknologi perlu bergerak seiring dengan sistem penjagaan komuniti, lawatan berkala serta pendaftaran warga emas di peringkat pihak berkuasa tempatan,” katanya kepada Bernama.
Menurut beliau, di Jepun, peranti dilengkapi teknologi canggih dipasang pada tubuh warga emas yang menghuni pusat jagaan bagi memantau keadaan kesihatan dan aktiviti harian mereka.
Di Malaysia, walaupun telah tersedia jam tangan pintar yang memantau kadar degupan jantung dan tekanan darah di pasaran, beliau berkata satu teknologi khusus termasuk kemampuan mengesan kejadian seperti si pemakai terjatuh, pengsan atau berlaku pergerakan di luar kebiasaan, perlu dibangunkan.
“Peranti berkenaan juga perlu dihubungkan dengan aplikasi yang membolehkan anak-anak, penjaga, pusat jagaan atau petugas kecemasan menerima amaran segera sekiranya berlaku perubahan mendadak pada keadaan kesihatan atau pergerakan warga emas,” katanya.
Beliau berkata, ciri pengesanan jatuh amat penting memandangkan kajian kesihatan awam tempatan merekodkan kadar kejadian jatuh dalam kalangan warga emas Malaysia antara 4.07 hingga 14.1 peratus, dengan risiko lebih dua kali ganda bagi mereka yang tinggal bersendirian berbanding yang tinggal dengan keluarga.
Kajian di sebuah pusat perubatan tempatan pula mendapati hampir satu perempat atau 24 peratus pesakit warga emas yang mengalami kejadian jatuh meninggal dunia dalam tempoh setahun akibat komplikasi berkaitan
Selain itu, Hapsah turut mencadangkan supaya satu pangkalan data bersepadu bagi warga emas yang tinggal bersendirian diwujudkan dengan melibatkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), pihak berkuasa tempatan serta kepimpinan komuniti.
Beliau berkata pada masa ini maklumat berkaitan warga emas yang ditemukan meninggal dunia bersendirian masih berada dalam rekod berasingan mengikut bidang kuasa setiap agensi, menyebabkan tindakan susulan sukar diselaraskan. – BERNAMA
The post Malaysia boleh contohi Jepun tangani kematian sunyi appeared first on Kosmo Online .
Why it is new
Not enough measurements yet to explain the score. Explanations are generated only from stored data.
Attention graph
Not enough history in this window yet. The engine measures every five minutes.
Timeline
No timeline yet.
Where it started
Unknown.
How it spread
Not enough data to show how this spread.
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Nothing independently established yet.
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.