
Nak beli ‘seafood’ murah, hilang duit RM8,000
Only social or community posts, or a single source.
What happened
PETALING JAYA – Seorang individu mendakwa kehilangan wang RM8,000 di dalam akaun banknya selepas dipercayai ditipu bagi pembelian ikan dan makanan laut yang lain. (Kosmo!, 10:55)
Read the reporting
1 report
Nak beli ‘seafood’ murah, hilang duit RM8,000
PETALING JAYA – Seorang individu mendakwa kehilangan wang RM8,000 di dalam akaun banknya selepas dipercayai ditipu bagi pembelian ikan dan makanan laut yang lain.
Menerusi hantaran Thread Bazerind, dia mendakwa menjadi mangsa penipuan seorang wanita yang menawarkan jualan makanan laut murah menerusi Facebook.
“Saya baru kena scam, tiga jam lepas duit dalam akaun bank saya RM8,000 lebih hilang. Baru perasan saya kena tipu dengan seorang perempuan pura-pura jual seafood (makanan laut).
“Suruh bayar deposit dulu tapi tak berjaya. Sebab lepas masuk dalam Maybank MAE, page (Facebook) tu terus hilang. Dia telefon saya ajar macam mana nak buat tempahan. Tak sangka scammer.
“Tak tahu macam mana dia buat, dah empat jam saya periksa MAE nak guna, baki tinggal RM6.04. Ada satu transaksi RM8,000 lebih,” katanya pada hantaran semalam.
Dia meminta orang ramai menyebarkan maklumat tersebut bagi mengelakkan lebih ramai mangsa tertipu.
“Minta tolong sesiapa yang tahu macam mana nak buat, ada kemungkinan dapat balik duit saya dan orang ni ditangkap? Apa perlu saya buat,” katanya.
Katanya, dia telah melaporkan perkara itu kepada polis dan pihak bank, selain diberitahu ramai yang telah terkena penipuan tersebut.
Hantaran itu mendapat pelbagai maklum balas termasuk ada yang berkongsi pernah menjadi mangsa penipuan oleh scammer.
“Ayah mentua saya kena RM15,000, tapi bukan jual seafood murah. Jual ayam segar, modus operandi sama je. Hati-hati ya,” kata Farahinn.a.
“Beli ikan di pasar lebih selamat. Saya pernah kena beli ikan online, saya hilang RM19,000. Serik tak mahu beli online,” kata Salbiah Abdullah.
“Isteri saya kena RM28,000. Nak baiki mesin basuh je pun, Facebook juga,” kongsi Therealdaddy16. – KOSMO! ONLINE
The post Nak beli ‘seafood’ murah, hilang duit RM8,000 appeared first on Kosmo Online .
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Kosmo!) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsKosmo!10:55
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Kosmo!
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.