Malaysian Attention Engine
Live wire
56PRN Melaka: Bekas ketua menteri buat ‘come back’, cuba nasib DUN Sungai Udang44Baby’s body found in Kuala Berang drain missing head and hand, police investigating40Most of Indonesia’s fires outside Malaysian-owned concessions, says Fahmi39Jerebu: Tiada keperluan hantar nota diplomatik kepada Indonesia36Sesi sulung jurucakap baharu White House, lebih banyak puji Trump, kurang jawab soalan wartawan36Ab Ghani mahu Harimau Muda mengaum di Selayang36General : Man Critical After Fish Bomb Explodes At Home36Isu tular Hospital Jitra, usaha kurangkan masa menunggu35'Jangan hina wartawan sukan' - SAM34Penemuan mayat terbakar di Pasir Gudang diklasifikasi SDR34Tesla Model 3 2026 Malaysia: New upgrades, same price34General : Haze: Johor Wants ASEAN To Call For A Meeting To Discuss Future Preventive Measures
NewUnconfirmedupdated 1 h ago

Oksigen pun boleh eksport?

Only social or community posts, or a single source.

Attention
17
−100% / 60 min
Momentum
19
0 vs 1 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 17 Oct, 08:15 MYTLatest activity 17 Oct, 08:15BMconfidence 60%

What happened

Baru-baru ini, rakyat Malaysia dan Singapura dikejutkan oleh kenyataan seorang menteri dari negara seberang. (Kosmo!, 08:15)

Read the reporting

1 report
Photo: Kosmo!
Kosmo!·News·BM·2 min read

Oksigen pun boleh eksport?

By WAN AZHAR WAN ABDULLAH · 17 Oct, 08:15 MYT

Baru-baru ini, rakyat Malaysia dan Singapura dikejutkan oleh kenyataan seorang menteri dari negara seberang.

Kenyataan sangat ‘jauh dari kotak’ itu bagi ‘menyedarkan’ rakyat kedua-dua negara. Selama ini mereka menghirup oksigen sebagai nadi kehidupan yang dibekalkan oleh negara seberang.

Lantaran, selama ini juga, apa yang diajar oleh para guru sains di sekolah adalah satu ‘pembohongan’ semata-mata. Rupa-rupanya oksigen yang kita nikmati diimport dari Indonesia.

Sebenarnya, warga di sini tak kisah dan tidak mahu masuk campur tentang apa yang dilakukan di sana.

Hendak bakar hutan, bakarlah, walaupun sudah berkali-kali dinasihati para saintis dan ilmuwan bahawa apa saja onar yang kita lakukan pada alam sekitar, akan ada balasannya.

Banyak haiwan liar mati dan spesies hutan yang hidup selama ribuan tahun juga mati, tidak mengapa, jika tidak mahu mendengar nasihat, bakarlah.

Yang menjadi masalah, kebakaran hutan dan tanah gambut itu menghasilkan jerebu tebal yang merentas sempadan dan menjejaskan kehidupan rakyat di negara lain.

Itu yang menimbulkan kemarahan ramai orang di sini dan Singapura. Itu masalahnya.

Jangan susahkan negara-negara jiran.

Indonesia mempunyai tanah gambut tropika terbesar atau satu pertiga tanah gambut dunia dan apabila terbakar, boleh mengeluarkan asap berminggu-minggu malah berbulan-bulan, tambahan pula fenomena cuaca kering El Nino tahun ini adalah antara yang paling kuat dalam sejarah.

Menurut badan bukan kerajaan Pantau Gambut, lebih 16 juta hektar daripada jumlah keseluruhan 24.3 juta hektar tanah gambut di Indonesia berisiko diancam kebakaran.

Jerebu yang dihasilkan dan merebak ke negara ini pula bukanlah asap semata-mata.

Ia mengandungi partikel halus berbahaya dikenali sebagai PM 2.5. Zarah pencemaran ini boleh masuk jauh ke dalam salur darah dan jika berterusan serta terkumpul, boleh menyebabkan paru-paru terjejas atau bahasa mudah, ‘tersumbat’.

Itu yang membuatkan rakyat Malaysia dan Singapura marah. Tak kan, itu pun barisan pemimpin di sana kena diberikan taklimat.

Masalah pembakaran hutan di Indonesia pada hemat penulis, boleh diselesaikan dan tidak sukar untuk menyelesaikannya melalui undang-undang yang tegas dan teknik pembersihan hutan alternatif walaupun kosnya lebih mahal.

Benarlah kata pepatah Melayu bahawa hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Oksigen pun hendak ‘claim’, halah, halah, halah.

The post Oksigen pun boleh eksport? appeared first on Kosmo Online .

As published in Kosmo!’s feed.Read at Kosmo!

1 / 1 · arrow keys switch reports

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 31NEWnow09:00
Latest 09:45 MYT
17New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Kosmo!) source

Where it started

Kosmo! (News)
17 Oct, 08:15 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Kosmo!
    08:15

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Kosmo!

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Oksigen pun boleh eksport?
Kosmo!NewsmainstreamBM

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.

Oksigen pun boleh eksport? · Malaysian Attention Engine