'Pandang skil kami, bukan fizikal kami'
Only social or community posts, or a single source.
What happened
'Pandang skil kami, bukan fizikal kami' (Harian Metro, 08:16)
Read the reporting
1 report
'Pandang skil kami, bukan fizikal kami'
hafizithnin@mediaprima.com.my
Kuala Lumpur: Hampir 81 peratus majikan mengakui etika kerja orang kurang upaya (OKU) setanding pekerja lain namun hanya sekitar 22 peratus daripada 1,830 majikan yang terlibat dalam kajian Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) pada 2025 mempunyai pekerja OKU.
Jurang antara penerimaan dan pengambilan itu semakin mendapat perhatian apabila jumlah OKU berdaftar mencecah 856,169 orang sehingga Julai lalu, meningkat hampir 46 peratus berbanding 586,558 pada 2020.
Namun, isu pekerjaan OKU bukan hanya membabitkan mereka yang sedang mencari pekerjaan. Kemalangan dan penyakit juga boleh menyebabkan seseorang hilang upaya ketika masih produktif, sekali gus menjadikan pemulihan, peluang kembali bekerja dan perlindungan keselamatan sosial semakin penting.
Razif Abd Rahman, 34, pekerja swasta
Bagi Razif Abd Rahman, kehidupannya berubah sekelip mata apabila kemalangan ketika dalam perjalanan ke tempat kerja di Desaru pada 2020 menyebabkan kaki kanannya terpaksa dipotong.
Razif, 34, yang kini bekerja di sektor swasta berkata, dia mengalami kemalangan di Jalan Kota Tinggi–Desaru menyebabkan tulang kakinya hancur sebelum koma hampir sebulan dan menghabiskan kira-kira empat bulan di hospital.
Selepas keluar hospital, dia mengambil masa beberapa bulan untuk pulih sebelum bersedia kembali bekerja, namun perjalanan membina semula kerjaya tidak semudah disangka.
Katanya, lebih 10 permohonan pekerjaan dihantar, tetapi tidak membuahkan hasil sebelum dia akhirnya mendapat pekerjaan kira-kira tujuh hingga lapan bulan kemudian.
"Saya rasa didiskriminasi sebab mereka melihat kekurangan saya pada fizikal. Mereka tidak memandang kepada kemahiran saya dalam bekerja.
"Kemampuan saya bekerja bukan dinilai dari segi fizikal, tetapi dinilai dari segi kemahiran saya dalam pentadbiran dan pengurusan," katanya.
Razif akhirnya diterima sebagai pembantu tadbir di sebuah syarikat perladangan dan bekerja selama lima tahun sebelum berpindah ke syarikat lain.
Disebabkan kemalangan berlaku ketika dalam perjalanan ke tempat kerja, dia turut menerima perlindungan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) menerusi Faedah Hilang Upaya Kekal (HUK).
Menurut Razif, proses mendapatkan faedah berkenaan mengambil masa kira-kira enam bulan kerana perlu melalui penilaian termasuk menentukan tahap kelayakan berdasarkan keputusan Jemaah Doktor.
Kesnya turut dimulakan di bawah Program Return To Work (RTW), namun dia terlebih dahulu mendapat pekerjaan melalui usahanya sendiri sebelum proses penempatan selesai.
Katanya, Perkeso kemudian melakukan pemantauan sebanyak dua kali di tempat kerjanya bagi melihat keadaan dan penyesuaiannya selepas kembali bekerja.
"Pada saya bantuan kewangan sahaja tidak mencukupi bagi OKU yang masih berkemampuan bekerja, khususnya mereka yang mempunyai keluarga dan tanggungan.
"Memang kita kena bekerja yang sesuai dan tak membebankan kita sebagai OKU untuk bekerja," katanya.
Nurul Hadfina Afande, 22, mahasiswa UPM
Jika Razif perlu membina semula kerjaya selepas menjadi OKU, Nurul Hadfina Afande pula sudah mempersiapkan dirinya menghadapi cabaran pasaran pekerjaan sebelum menamatkan pengajian.
Hadfina, 22, kini mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dengan Kepujian di Universiti Putra Malaysia (UPM) yang merupakan OKU fizikal, kerdil dan menggunakan kerusi roda.
Dia didiagnosis sebagai kerdil ketika berusia empat tahun dan mula menggunakan kerusi roda sejak berusia 10 tahun selepas menjalani pembedahan.
Meskipun berjaya mengekalkan Anugerah Dekan setiap semester, Hadfina mengakui pengalaman rakan dan senior OKU menyebabkan beliau tidak meletakkan jangkaan terlalu tinggi apabila tiba masanya mencari pekerjaan.
Menurutnya, terdapat senior yang mempunyai keputusan akademik cemerlang dan pernah belajar di luar negara tetapi masih berdepan kesukaran mendapatkan pekerjaan.
"Masa temu duga, perkara pertama yang majikan tengok adalah fizikal dan status OKU mereka. Bila nampak saja status kami, majikan terus lupa kemahiran yang kita ada," katanya.
Hadfina berkata, dia tidak mahu kebimbangan berkenaan mematahkan keyakinannya dan percaya masih terdapat syarikat yang bersedia memberikan peluang kepada pekerja OKU.
"Aksesibiliti tempat kerja sebagai antara faktor penting kerana ketiadaan kemudahan mesra OKU boleh menjadi penghalang walaupun terdapat galakan kepada majikan untuk mengambil golongan seperti kami.
"Aspek perlindungan juga perlu diberikan perhatian apabila golongan OKU memasuki alam pekerjaan kerana sesetengah daripada mereka mempunyai komitmen tambahan berkaitan ketidakupayaan," katanya yang turut menerima Bantuan Kewangan Pelajar OKU (BKOKU) daripada Kementerian Pendidikan Tinggi bagi yuran pengajian dan elaun wang saraan.
Katanya, dari segi perubatan, kos OKU lebih tinggi berbanding orang lain kerana terdapat komitmen tambahan.
"Contohnya macam saya yang berkerusi roda, setiap bulan atau beberapa bulan sekali perlu buat penyelenggaraan. Orang lain tak perlu fikir kos kerusi roda atau alat pendengaran," katanya.
Dr Mohamad Zuber Abd Maji, Pensyarah Kanan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Dr Mohamad Zuber Abd Maji, 36, mengakui pernah berdepan kesukaran menerima dirinya sebagai OKU selepas kehilangan pendengaran ketika berusia sekitar 21 tahun.
Pensyarah Kanan di Pusat Kajian Inovasi Pembelajaran dan Pengajaran, Fakulti Pendidikan, UKM itu berkata, keadaan tersebut turut menjejaskan keyakinannya untuk mengisytiharkan status OKU.
Katanya, dia kehilangan sepenuhnya pendengaran telinga kanan, manakala telinga kiri masih boleh mendengar dengan bantuan alat pendengaran.
"Pada awalnya memang sukar untuk saya menerima diri sebagai OKU. Saya juga bimbang dengan perspektif dan penerimaan orang terhadap saya.
"Kebimbangan saya itu berterusan ketika mula mencari pekerjaan sehingga memilih untuk tidak menyatakan status OKU dalam resume bagi beberapa permohonan kerana bimbang status berkenaan menyebabkan permohonan kerja ditolak sebelum majikan berpeluang menilai kelayakan dan kemampuan," katanya.
Mohamad Zuber berkata, beliau bagaimanapun dipanggil menghadiri temu duga oleh beberapa universiti selepas menamatkan pengajian Doktor Falsafah sebelum membina kerjaya sebagai ahli akademik di UKM.
Jelasnya, pengalaman itu turut mengubah cara beliau melihat status OKU dan menjadikannya lebih terbuka untuk mengisytiharkan keadaan dirinya.
Sebagai penasihat kepada Sekretariat Mahasiswa Orang Kurang Upaya (SMOKU) UKM, beliau berkata, kebimbangan terhadap diskriminasi dan penerimaan turut dilihat dalam kalangan sebahagian pelajar OKU.
Menurutnya, majikan juga perlu memahami bahawa keperluan setiap OKU berbeza mengikut kategori ketidakupayaan dan tidak boleh dinilai berdasarkan keadaan fizikal semata-mata.
"Cabaran utama mereka bukanlah persaingan mendapatkan pekerjaan semata-mata, tetapi persaingan untuk mendapatkan penerimaan majikan agar diberi peluang bekerja," katanya.
Peluang OKU masih belum menyeluruh
Putrajaya: Kesiapsiagaan sektor pekerjaan dalam menyediakan peluang inklusif dan adil kepada orang kurang upaya (OKU) semakin berkembang, namun masih belum menyeluruh.
Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Datuk Che Murad Sayang Ramjan berkata, antara cabaran yang dikenal pasti ialah persepsi majikan terhadap keupayaan OKU serta ketidakpadanan antara calon dengan keperluan jawatan.
Beliau berkata, isu aksesibiliti tempat kerja dan pengangkutan, penyediaan penyesuaian munasabah serta sokongan di tempat kerja turut mempengaruhi peluang golongan itu untuk mendapatkan dan mengekalkan pekerjaan.
"Tahap kesiapsiagaan dan kebolehpasaran calon OKU serta pelaksanaan dasar yang tidak seragam juga antara cabaran yang masih perlu ditangani.
"Jumlah OKU berdaftar dengan JKM meningkat daripada 586,558 orang pada 2020 kepada 856,169 sehingga Julai 2026. Jumlah itu menunjukkan pertambahan 269,611 pendaftaran atau hampir 46 peratus berbanding 2020," katanya kepada Harian Metro di sini, baru-baru ini.
Bagaimanapun, Che Murad menjelaskan, JKM tidak mempunyai pecahan khusus mengenai punca ketidakupayaan sama ada disebabkan kemalangan, penyakit atau sejak lahir kerana rekod pendaftaran dibuat berdasarkan kategori dan subkategori OKU.
Tambahnya, dalam usaha meningkatkan kefahaman mengenai kesaksamaan ketidakupayaan, katanya, JKM melaksanakan Disability Equality Training (DET) yang turut melibatkan majikan.
Katanya, sehingga Jun 2026, kira kira 10,000 peserta termasuk majikan sudah mengikuti latihan berkenaan.
Beliau menambah, Program Perkhidmatan Job Coach (PPJC) pula memberi perkhidmatan kepada 1,870 pekerja OKU sehingga Jun 2026.
"JKM turut menyediakan latihan dan pembangunan kemahiran melalui Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan (PLPP) Bangi, Bengkel Daya, Program Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) serta Independent Living Centre (ILC).
"Kerjasama turut dijalankan dengan suruhanjaya perkhidmatan awam dan syarikat swasta dalam usaha memperluas peluang pekerjaan kepada OKU," katanya.
JKM juga sedang membangunkan Garis Panduan Kerjaya Inklusif OKU di Sektor Awam (KISA) bagi memperkukuh pengambilan dan pengekalan pekerja OKU dalam sektor awam.
Katanya, garis panduan itu merangkumi aspek penempatan, pembangunan kerjaya, penyesuaian munasabah serta pemantauan dan akauntabiliti.
"KISA turut melengkapi dasar sedia ada berkaitan penyertaan OKU dalam sektor awam serta usaha di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 untuk memperkukuh penyertaan golongan berkenaan dalam pasaran pekerjaan," katanya.

"KISA turut melengkapi dasar sedia ada berkaitan penyertaan OKU dalam sektor awam serta usaha di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 untuk memperkukuh penyertaan golongan berkenaan dalam pasaran pekerjaan,"
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Harian Metro) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro08:16
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.