Malaysian Attention Engine
Live wire
56PRN Melaka: Bekas ketua menteri buat ‘come back’, cuba nasib DUN Sungai Udang44Baby’s body found in Kuala Berang drain missing head and hand, police investigating40Most of Indonesia’s fires outside Malaysian-owned concessions, says Fahmi39Jerebu: Tiada keperluan hantar nota diplomatik kepada Indonesia36Sesi sulung jurucakap baharu White House, lebih banyak puji Trump, kurang jawab soalan wartawan36Ab Ghani mahu Harimau Muda mengaum di Selayang36General : Man Critical After Fish Bomb Explodes At Home36Isu tular Hospital Jitra, usaha kurangkan masa menunggu35'Jangan hina wartawan sukan' - SAM34Penemuan mayat terbakar di Pasir Gudang diklasifikasi SDR34Tesla Model 3 2026 Malaysia: New upgrades, same price34General : Haze: Johor Wants ASEAN To Call For A Meeting To Discuss Future Preventive Measures
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

Penduduk Palestin berjuang demi buah zaitun

Only social or community posts, or a single source.

Attention
20
no previous hour
Momentum
24
0 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 17 Oct, 07:10 MYTLatest activity 17 Oct, 07:10BMconfidence 60%

What happened

BURQA - Petani Palestin, Abdellatif Bazzari dengan mata lebam dan wajah berbalut hanya mampu memandang sayu deretan pokok zaitunnya yang baru dipetik separuh sedangkan musim menuai rasmi masih belum bermula.Bazzari cedera akibat serangan dilancarkan pelampau Yahudi di ladangnya yang turut meragut nyawa sepupunya, Ali Bazzari. Insiden keganasan pada minggu lalu itu meninggalkan trauma mendalam hingga dia bimbang untuk kembali ke ladang.Seperti kebanyakan petani Palestin di Tebing Barat yang diduduki Israel, Bazzari mengambil keputusan memulakan tuaian lebih awal demi menyelamatkan hasil tanaman (Sinar Harian, 07:10)

Read the reporting

1 report
Sinar Harian·News·BM·2 min read

Penduduk Palestin berjuang demi buah zaitun

By MARLISSA MOHAMMAD KAMAL · 17 Oct, 07:10 MYT

BURQA - Petani Palestin, Abdellatif Bazzari dengan mata lebam dan wajah berbalut hanya mampu memandang sayu deretan pokok zaitunnya yang baru dipetik separuh sedangkan musim menuai rasmi masih belum bermula.Bazzari cedera akibat serangan dilancarkan pelampau Yahudi di ladangnya yang turut meragut nyawa sepupunya, Ali Bazzari. Insiden keganasan pada minggu lalu itu meninggalkan trauma mendalam hingga dia bimbang untuk kembali ke ladang.Seperti kebanyakan petani Palestin di Tebing Barat yang diduduki Israel, Bazzari mengambil keputusan memulakan tuaian lebih awal demi menyelamatkan hasil tanaman dan mengelakkan diri daripada menjadi mangsa serangan ganas puak ekstremis Yahudi.Namun, usaha itu tidak menjamin keselamatan mereka di tengah-tengah ketegangan politik semakin memuncak menjelang Pilihan Raya Umum Israel pada 27 Oktober ini. Sebahagian petani bimbang keganasan akan terus meningkat memandangkan Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu berusaha mempertahankan sokongan pengundi berhaluan kanan."Netanyahu seboleh-bolehnya mahu menjaga hati puak itu dan tidak mengambil sebarang tindakan terhadap mereka yang sengaja mengganggu ketenteraman kami," katanya yang berharap keadaan akan bertambah baik sekiranya pemimpin veteran itu tewas dalam pemilihan tersebut.Bagi penduduk Palestin, buah zaitun bukan sekadar sumber pendapatan malah menjadi lambang identiti, warisan turun-temurun dan ikatan mendalam mereka dengan tanah air.Industri buah zaitun menyumbang kira-kira 15 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sektor pertanian di Tebing Barat.Pada 7 Oktober lalu, kumpulan terdiri daripada 15 hingga 20 pelampau Yahudi bertindak menyerbu ladang ketika Bazzari dan keluarganya sedang memetik buah zaitun secara manual. Mereka dipukul tanpa belas kasihan sebelum tentera rejim Zionis campur tangan dan menembak mati sepupunya, Ali Bazzari."Darahnya membasahi tanah di sekeliling pohon zaitun menyatu dengan bumi yang menyimpan seribu kesedihan," ujarnya dalam nada hiba.Bagi petani Palestin seperti Bazzari, keselamatan mereka ketika di ladang pertanian semakin terancam dek peluasan projek penempatan haram Israel di wilayah berkenaan."Mereka tidak mahu kami menanam atau mengusahakan apa-apa. Tetapi, kami tetap akan berjuang melindungi hak kami," menurutnya.Musim menuai zaitun yang berlangsung lebih sebulan biasanya menjadi detik berharga buat penduduk Palestin berkumpul bersama keluarga, rakan dan pekerja untuk memetik hasil tanaman.Kementerian Pertanian Palestin merekodkan 300 insiden melibatkan keganasan ekstremis Yahudi di ladang zaitun sepanjang musim luruh meskipun musim menuai rasmi hanya bermula pada Khamis.Sementara itu, kumpulan hak asasi Israel, Yesh Din melaporkan kira-kira 100 kes kecurian hasil zaitun termasuk tindakan puak pelampau Yahudi merampas guni hasil tuaian.Bagi Bazzari dan ribuan petani Palestin, musim menuai kali ini bukan sekadar usaha mengutip hasil pertanian malah menjadi perjuangan mempertahankan sumber rezeki mereka.

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 31NEWnow08:0009:00
Latest 09:45 MYT
20New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Sinar Harian) source

Where it started

Sinar Harian (News)
17 Oct, 07:10 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Sinar Harian
    07:10

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Sinar Harian

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.

Penduduk Palestin berjuang demi buah zaitun · Malaysian Attention Engine