Malaysian Attention Engine
Live wire
48Politics : BN Candidates List For Melaka: State Election To Be Announced On Oct 28 - Ab Rauf47‘Suami arwah hubungi adik, dia sudah bunuh isteri’46PRN Melaka: Bekas ketua menteri buat ‘come back’, cuba nasib DUN Sungai Udang42Go away, I don’t want to see you, Tuanku Muhriz rebukes Negeri Sembilan MB38Nafuzi mahu benteng kebal, buru keputusan positif36Kanak-kanak lelaki maut terjatuh dari tingkat 1136Gabungan dipimpin Saudi tembak jatuh 4 dron di Riyadh, wilayah timur dan selatan Arab Saudi36Melaka polls could determine if Umno needs PAS for GE16, says analyst35Tunku Zain terajui SRAM, misi emas LA28 jadi keutamaan35Gajah didakwa musnahkan tanaman, pekebun rugi lebih RM100,0003512 rakyat Palestin, wartawan AS cedera dalam serangan peneroka Israel di Tebing Barat34PSG fight back to beat Strasbourg after Dembele penalty miss
NewConfirmedupdated 1 h ago

Penubuhan Pahang Barat Plus lonjak Bentong sebagai Gerbang Pantai Timur

Reported by two or more established outlets, or an official source.

Attention
21
−100% / 60 min
Momentum
19
0 vs 1 mentions/h
Sources
2
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 18 Oct, 08:14 MYTLatest activity 18 Oct, 08:14BMconfidence 80%

What happened

Penubuhan Pahang Barat Plus lonjak Bentong sebagai Gerbang Pantai Timur Utusan Malaysia (Google News Malaysia (BM), 08:14)

Read the reporting

1 report
Photo: Utusan Malaysia
Utusan Malaysia·News·BM·2 min read

Penubuhan Pahang Barat Plus lonjak Bentong sebagai Gerbang Pantai Timur

By . MOHAMAD SHOFI MAT ISA · 18 Oct, 08:14 MYT

BENTONG: Penubuhan koridor pembangunan Pahang Barat Plus disifatkan sebagai pemangkin strategik yang bakal melonjakkan kedudukan daerah Bentong secara optimum sebagai Gerbang Utama Pantai Timur.

Pemangku Ketua UMNO Bahagian Bentong, Senator Datuk Seri Mohamad Zaini Salleh berkata, pendekatan itu menterjemahkan komitmen berterusan kerajaan Pahang di bawah pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail untuk memastikan keadilan pengagihan ekonomi di seluruh negeri.

Menurutnya, kedudukan geografi Bentong yang bersempadan secara langsung dengan Lembah Klang menjadikannya pintu masuk utama yang paling bersedia untuk menerima limpahan pelaburan dan kemajuan pesat hasil daripada inisiatif khas tersebut.

“UMNO Bahagian Bentong merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan menyambut baik penubuhan Pahang Barat Plus yang dilihat mampu merapatkan jurang pembangunan antara wilayah demi manfaat 1.67 juta rakyat Pahang.

“Bentong memegang peranan yang amat signifikan. Sebagai pintu masuk utama dari pusat ekonomi negara ke Pantai Timur, kita berada pada posisi terbaik untuk memanfaatkan setiap perancangan pembangunan, perindustrian, dan keterhubungan infrastruktur yang dirangka,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohamad Zaini mengulas kenyataan Wan Rosdy pada Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) 2026 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) yang menegaskan kerajaan negeri berhasrat mewujudkan pembangunan seimbang antara Pahang Barat, Timur, dan Pahang Tengah.

Mengulas lanjut, Mohamad Zaini berkata, menerusi tumpuan khusus Pahang Barat Plus, pelbagai sektor teras di Bentong seperti pelancongan tanah tinggi, eko-pelancongan, dan pertanian moden termasuk industri durian Musang King akan menerima dorongan pembangunan yang lebih tersusun dan berimpak tinggi.

Jelas beliau, pemantapan rangkaian perhubungan jalan raya serta logistik di bawah koridor baharu itu bukan sahaja merancakkan rantaian bekalan perdagangan rentas negeri, malah membuka lebih banyak peluang pekerjaan berkualiti untuk anak muda tempatan.

“Hasrat Menteri Besar menerusi Pahang Barat Plus ini bukan sekadar tentang pertumbuhan angka ekonomi semata-mata, tetapi komitmen memakmurkan rakyat berasaskan nilai Kesejahteraan menyeluruh dan mampan.

“Justeru, UMNO Bentong memberi jaminan dan ikrar komitmen penuh untuk mendokong serta bekerjasama rapat dengan kerajaan negeri bagi memastikan sasaran Pahang Barat Plus merealisasikan Bentong sebagai Gerbang Pantai Timur yang gilang-gemilang,” katanya. – UTUSAN

The post Penubuhan Pahang Barat Plus lonjak Bentong sebagai Gerbang Pantai Timur appeared first on Utusan Malaysia .

Why it is new

  • 2 independent sources
  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 35NEWnow09:00
Latest 09:28 MYT
21New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources2Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Google News Malaysia (BM)) source
  2. Detected
    First detected (Utusan Malaysia) source
  3. News
    First news outlet reports it (Utusan Malaysia) source

Where it started

Google News Malaysia (BM) (News)
18 Oct, 08:14 MYT
Origin confidence 60% · 1 min ahead of the next source
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Google News Malaysia (BM)
    08:14

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 2 established outlet(s): Google News Malaysia (BM), Utusan Malaysia

What we don’t know

  • No open questions flagged by the rules.

All sources (2)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.