
Pertingkat penguatkuasaan elak lebih banyak nyawa tergadai di jalan raya
Only social or community posts, or a single source.
What happened
JALAN raya sepatutnya menjadi laluan menghubungkan manusia dengan destinasi, keluarga dan kehidupan. Namun, sikap segelintir pengguna memandu tanpa memikirkan keselamatan orang lain menjadikan perjalanan harian satu risiko boleh meragut nyawa pada bila-bila masa. (Berita Harian, 07:35)
Read the reporting
1 report
Pertingkat penguatkuasaan elak lebih banyak nyawa tergadai di jalan raya
JALAN raya sepatutnya menjadi laluan menghubungkan manusia dengan destinasi, keluarga dan kehidupan. Namun, sikap segelintir pengguna memandu tanpa memikirkan keselamatan orang lain menjadikan perjalanan harian satu risiko boleh meragut nyawa pada bila-bila masa.
Kejadian baru-baru ini wajar membuka mata kita. Di Alam Budiman, Shah Alam, sebuah lori 10 tan merempuh 11 kenderaan berhenti di lampu isyarat pada 9 Oktober lalu.
Empat individu cedera, termasuk seorang lelaki dilaporkan kritikal. Pemandu lori berusia 51 tahun itu didapati positif amphetamine dan methamphetamine dalam ujian saringan air kencing, manakala dia mendakwa lori mengalami masalah brek ketika menuruni bukit. Siasatan perlu menentukan punca sebenar kejadian.
Di Jalan Kuching, Kuala Lumpur, seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun pula maut dalam nahas membabitkan enam kenderaan pada 10 Oktober.
Kereta dinaiki mangsa bersama bapanya dipercayai dilanggar dari belakang ketika trafik bergerak perlahan. Mangsa mengalami kecederaan parah di kepala sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur.
Mac lalu, penunggang motosikal, lelaki berusia 33 tahun, maut selepas dirempuh kereta dipercayai dipandu laju dan memasuki laluan bertentangan. Pemandunya didapati positif alkohol dan dadah melalui ujian saringan.
Ketiga-tiga kejadian ini berbeza, tetapi mengingatkan kita keselamatan jalan raya tidak boleh dipandang ringan. Kegagalan mengawal kenderaan, tindakan berbahaya atau keputusan memandu ketika diri berada dalam keadaan tidak layak mengendalikan kenderaan ternyata boleh mengancam nyawa pengguna lain yang langsung tidak bersalah.
Sebenarnya ada banyak lagi kes kemalangan jalan raya yang membawa maut tetapi secebis kisah ini patut menjadi amaran kepada kita betapa keselamatan jalan raya tidak boleh dipandang ringan.
Malangnya, masih ada yang menganggap tidak penting untuk mematuhi peraturan jalan raya atau ia satu pilihan. Jika tidak 'berlaku apa-apa' maka dianggap selamat. Ini menunjukkan orang kita menganggap undang-undang jalan raya sebagai perkara remeh.
Itu sebabnya ada pemandu yang memandu terlalu laju, mengekori kenderaan rapat, leka menggunakan telefon, mencelah sesuka hati atau memandu di bawah pengaruh bahan terlarang.
Ini semua bukan kesalahan kecil. Kegagalan mengawal kenderaan beberapa saat sahaja boleh memusnahkan kehidupan sebuah keluarga. Akhirnya ada keluarga kehilangan tonggak pencari nafkah, anak kehilangan ibu bapa dan masa depan berubah sekelip mata.
Justeru, pada era digital ini ketika banyak pemandu kenderaan leka dengan gajet ketika memandu, penguatkuasaan bukan satu opsyen tetapi wajib konsisten. Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) perlu lebih tegas memantau dan bertindak.
Selain memastikan kenderaan diselenggara dengan baik dan 'lulus' untuk berada di atas jalan, pemandu juga perlu dipastikan layak memandu dari segi kesihatan mental dan fizikal.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Berita Harian) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian07:35
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.