
Peruntukan KPT perlu buktikan impak kepada negara
Only social or community posts, or a single source.
What happened
LEBIH satu pertiga pekerja berpendidikan tinggi di Malaysia masih melakukan pekerjaan yang tidak setaraf dengan kelayakan mereka. (Utusan Malaysia, 09:00)
Read the reporting
1 report
Peruntukan KPT perlu buktikan impak kepada negara
LEBIH satu pertiga pekerja berpendidikan tinggi di Malaysia masih melakukan pekerjaan yang tidak setaraf dengan kelayakan mereka.
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, sebanyak 35.2 peratus pekerja berpendidikan tinggi berada dalam pekerjaan yang tidak memerlukan tahap kemahiran setinggi kelayakan mereka pada suku kedua 2026.
Keadaan ini menunjukkan bahawa kejayaan pendidikan tinggi bukan sekadar melahirkan ramai graduan, tetapi juga memastikan ilmu dan kemahiran yang diperoleh dapat digunakan dalam pekerjaan yang sesuai serta memberi manfaat kepada kehidupan mereka dan masyarakat.
Dalam keadaan itu, peruntukan RM19.1 bilion kepada Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menerusi Belanjawan 2027 membawa harapan besar.
Ketika membentangkan belanjawan, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengumumkan pelbagai usaha melibatkan kemudahan kampus dan kebajikan mahasiswa.
Namun, persoalan utama bukan berapa besar peruntukan yang diumumkan itu, tetapi sejauh mana pelaburan tersebut menghasilkan graduan berkualiti, penyelidikan berguna dan manfaat kepada masyarakat.
Di sinilah universiti memainkan peranan yang lebih penting. Apabila masih ramai graduan bekerja dalam pekerjaan yang tidak setaraf dengan kelayakan dan kemahiran mereka, universiti perlu memastikan kursus dan latihan yang ditawarkan sesuai dengan keperluan dunia pekerjaan masa kini.
Pelajar juga perlu diberi peluang menjalani latihan industri yang berkualiti, mempelajari teknologi terkini dan menyelesaikan masalah sebenar.
Dengan cara ini, mereka bukan sahaja memperoleh ijazah, malah mempunyai ilmu, kemahiran dan pengalaman yang diperlukan apabila memasuki alam pekerjaan.
Kerjasama antara universiti dengan pihak industri juga tidak seharusnya terhenti setakat menandatangani perjanjian sahaja. Syarikat perlu memainkan peranan dengan memberi peluang kepada pelajar mendapat pengalaman kerja sebenar.
Pada masa sama, universiti perlu melihat kejayaan graduan bukan sekadar berdasarkan jumlah yang mendapat pekerjaan, tetapi juga melihat graduan menerima gaji yang sesuai dengan kelayakan dan mempunyai peluang untuk meningkatkan kerjaya pada masa hadapan.
Rakyat tidak semestinya mahu mengetahui berapa banyak jurnal diterbitkan atau anugerah dimenangi. Mereka lebih ingin melihat benih tanaman yang meningkatkan hasil petani, teknologi yang memudahkan rawatan pesakit atau inovasi yang membantu peniaga kecil.
Jika hasil penyelidikan dapat mengurangkan kos, membuka pekerjaan dan meningkatkan kualiti hidup, masyarakat akan lebih mudah memahami mengapa universiti memerlukan pelaburan besar.
Universiti juga perlu hadir dalam kehidupan masyarakat di luar pagar kampus. Melalui inisiatif Komuniti Angkat Madani, institusi pendidikan tinggi dan latihan kemahiran dilibatkan untuk membantu penduduk perumahan rakyat.
Kepakaran pensyarah serta tenaga mahasiswa boleh diterjemahkan kepada latihan perniagaan, bimbingan akademik dan kemahiran digital. Kesan sebenar terletak pada perubahan yang berpanjangan, bukan jumlah program atau gambar aktiviti yang dikongsi.
RM19.1 bilion bukan sekadar angka yang besar dalam dokumen belanjawan. Ia amanah yang perlu diterjemahkan kepada kampus lebih baik, mahasiswa lebih terbela, graduan lebih bersedia dan masyarakat yang menikmati hasil kepakaran universiti.
Penarafan antarabangsa dan penerbitan akademik tetap penting, tetapi ukuran paling bermakna ialah apabila ilmu yang dibina di universiti dapat memperbaiki kehidupan rakyat dan masa depan negara. – UTUSAN
MOHAMAD AMIRUL MOHD. ADNAN ALI
Pegawai Komunikasi Korporat, Pusat Strategi dan Perhubungan Korporat, Universiti Putra Malaysia
The post Peruntukan KPT perlu buktikan impak kepada negara appeared first on Utusan Malaysia .
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Utusan Malaysia) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsUtusan Malaysia09:00
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Utusan Malaysia
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.