
PH berisiko hilang sokongan, kaum Cina 'kurang semangat' undi DAP
Only social or community posts, or a single source.
What happened
DAP berdepan cabaran mempertahankan sokongan pengundi menjelang PRN Melaka dan PRU16 susulan kelewatan reformasi serta perubahan sentimen politik masyarakat Melayu dan Cina. Kedudukan PH di Selangor turut berdepan persaingan, manakala kemunculan parti baharu menuntut penilaian semula strategi politik. Ikuti pandangan bekas pemimpin DAP, Dr Ong Kian Ming mengenai masa depan DAP dan prospek PH menghadapi kedua-dua pilihan raya berkenaan. (Berita Harian, 09:07)
Read the reporting
1 report
PH berisiko hilang sokongan, kaum Cina 'kurang semangat' undi DAP
DAP berdepan cabaran mempertahankan sokongan pengundi menjelang PRN Melaka dan PRU16 susulan kelewatan reformasi serta perubahan sentimen politik masyarakat Melayu dan Cina. Kedudukan PH di Selangor turut berdepan persaingan, manakala kemunculan parti baharu menuntut penilaian semula strategi politik. Ikuti pandangan bekas pemimpin DAP, Dr Ong Kian Ming mengenai masa depan DAP dan prospek PH menghadapi kedua-dua pilihan raya berkenaan.
Soalan (S): Apakah penelitian mengenai masa depan DAP, terutama menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16)?
Jawapan (J): DAP kini berdepan tekanan politik semakin kuat daripada pihak lawan. Keadaan ini boleh mendorong parti itu kembali bergantung kepada pengundi tradisionalnya, khususnya masyarakat Cina, berbanding meneruskan usaha menarik sokongan pengundi Melayu seperti dilakukan sebelum 2018.
Jika kecenderungan itu berterusan, DAP dan Pakatan Harapan (PH) berisiko kehilangan kuasa bukan sahaja pada peringkat Persekutuan, malah di Selangor. Cabaran DAP bukan sekadar mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen dimenangi, tetapi memastikan parti itu terus relevan kepada pengundi pelbagai kaum.
S: Adakah Selangor berpotensi jatuh ke tangan gabungan politik lain?
J: Potensi itu memang ada, walaupun persaingan dijangka sengit. Jika naratif penyatuan ummah dibawa pihak lawan berkesan, sedangkan PH gagal menawarkan naratif kepemimpinan dan hala tuju kerajaan negeri meyakinkan, Barisan Nasional (BN) dan PAS berpeluang mencabar kedudukan PH.
Prestasi pentadbiran yang baik sahaja tidak semestinya menjamin kemenangan. Sentimen pengundi, kekuatan jentera parti dan keupayaan membina naratif politik berkesan turut memainkan peranan.
Sekiranya Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dapat melengkapkan penggalnya, PRU mungkin berlangsung pada akhir 2027 atau suku pertama 2028. Saya menjangkakan PRN Selangor dan Pulau Pinang berkemungkinan diadakan serentak dengan PRN Kelantan, Terengganu dan Kedah.
S: Apakah faktor boleh menjejaskan sokongan pengundi Cina terhadap PH dan DAP?
J: Majoriti pengundi Cina yang keluar mengundi masih menyokong PH dan DAP, tetapi tahap sokongan serta kesediaan mereka untuk mengundi perlu diberikan perhatian. Sebagai gambaran, saya menganggarkan kira-kira 90 peratus pengundi Cina yang keluar mengundi di Negeri Sembilan menyokong PH, berbanding sekitar 80 peratus di Johor. Angka itu berdasarkan pemerhatian saya terhadap pola sokongan di kedua-dua negeri.
Namun, sebahagian pengundi Cina semakin kurang bersemangat untuk mengundi. Ada kemungkinan wujud unsur boikot kerana mereka kecewa terhadap PH dan DAP, terutama apabila janji berkaitan reformasi politik belum ditunaikan sepenuhnya.
Saya juga melihat jurang kadar keluar mengundi antara pengundi Melayu dengan pengundi Cina di Johor dan Negeri Sembilan sekitar 10 hingga 15 peratus. Jika trend ini berterusan, ia boleh menjejaskan peluang PH dalam pertandingan sengit.
S: Adakah trend itu akan berterusan pada PRN Melaka dan PRU akan datang?
J: Saya menjangkakan trend berkenaan berterusan di Melaka, dengan pengundi Melayu lebih bermotivasi untuk keluar mengundi. Jurang kadar keluar mengundi mungkin kekal sekitar 10 hingga 15 peratus.
Dalam kalangan pengundi Cina muda, saya melihat sedikit kecenderungan beralih kepada BN, tetapi belum pada tahap ketara. Ujian lebih besar bagi PH ialah PRU akan datang kerana pengundi muda Cina mungkin mempertimbangkan pilihan politik lain, termasuk Parti Bersama Malaysia (BERSAMA).
PRU16 juga berbeza daripada PRU15. Ketika itu, naratif mengembalikan kerajaan kepada PH dipengaruhi peristiwa Langkah Sheraton. Naratif sama mungkin tidak lagi berkesan pada pilihan raya seterusnya.
Pada masa sama, sentimen gelombang biru-hijau dan penyatuan ummah berpotensi menjadi lebih kuat dalam kalangan pengundi Melayu. Gabungan faktor ini boleh menyukarkan PH memulihkan momentum.
S: Bagaimana ketidakpuasan hati pengundi Cina terhadap Kerajaan Perpaduan boleh mempengaruhi sokongan kepada DAP?
J: Pengundi Cina mungkin mempunyai pandangan bercampur-campur terhadap Kerajaan Perpaduan. Mereka sedar kerajaan memerlukan UMNO dan BN dan mungkin melihat kerjasama itu sebagai pilihan lebih baik berbanding kemungkinan PAS memperoleh pengaruh lebih besar.
Namun, mereka juga tidak semestinya berpuas hati dengan kompromi politik yang terpaksa dilakukan kerajaan. Antaranya ialah isu pelepasan tanpa pembebasan (DNAA) membabitkan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, serta persepsi mengenai tekanan politik berkaitan permohonan pengampunan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Isu seperti ini boleh menjejaskan keyakinan pengundi yang mengharapkan PH membawa perubahan dari segi integriti dan tadbir urus. Oleh itu, DAP perlu membuktikan penyertaannya dalam kerajaan masih selari dengan prinsip diperjuangkan.
S: Adakah MCA mampu merampas kembali sokongan pengundi Cina daripada DAP?
J: MCA belum berjaya membina naratif cukup kukuh untuk mencabar DAP. Antara kekangannya ialah persepsi terhadap kepemimpinan UMNO, khususnya Ahmad Zahid, yang saya lihat masih kurang popular dalam kalangan pengundi Cina. MCA juga memerlukan calon mampu memberikan imej baharu dan mendekati pengundi muda.
Calon BERSAMA mungkin jadi pilihan alternatif
Beberapa nama seperti Ketua Penerangan Pemuda MCA, Neow Choo Seong, yang fasih berbahasa Melayu dan pernah berkhidmat sebagai pegawai tadbir diplomatik, serta Ahli Jawatankuasa Pusat MCA, Mike Chong Yew Chuan yang aktif mengkritik PH menerusi media sosial, menunjukkan potensi untuk diketengahkan.
Bagaimanapun, MCA belum mempunyai pasukan yang cukup kuat untuk membina tarikan politik secara menyeluruh, seperti usaha membawa masuk orang muda ke dalam DAP yang pernah dikaitkan dengan ahli strategi DAP, Tony Pua.
S: Adakah pengundi Cina yang kecewa dengan DAP berpotensi beralih kepada BN dan MCA?
J: Perkara ini bergantung pada kawasan. Di Lembah Klang, BERSAMA mungkin menjadi pilihan alternatif bagi sebahagian pengundi yang kecewa dengan PH dan DAP. Namun, di kawasan separa bandar seperti Tanjung Malim, Kampar, Labis, Raub dan Bentong, sebahagian pengundi Cina mungkin memilih calon MCA jika mereka berasakan peluang PH membentuk kerajaan semakin tipis.
Pertimbangan mereka mungkin bukan kerana kembali menyokong MCA, tetapi sebagai strategi menambah bilangan wakil MCA dalam BN. Dengan cara itu, mereka berharap BN mempunyai pengaruh lebih besar untuk mengimbangi PAS dan Perikatan Nasional (PN).
S: Bagaimana peluang BERSAMA untuk mencabar PH?
J: PRN dan PRU perlu dinilai secara berbeza kerana isu tempatan biasanya lebih menonjol dalam PRN manakala isu nasional berpotensi mempengaruhi keputusan PRU. Saya menjangkakan BERSAMA mungkin terus kehilangan wang deposit di kebanyakan kerusi ditandingi dalam PRN Melaka, walaupun parti itu berpotensi meningkatkan sedikit peratusan undi. Peningkatan itu boleh menjadi asas untuk memperkukuh keyakinan dan persediaan menghadapi PRU. Tumpuan BERSAMA mungkin lebih terarah kepada kerusi di Lembah Klang, yang mempunyai ramai pengundi bandar dan penyokong PH yang kecewa dengan prestasi kerajaan.
PH perlu berhati-hati apabila menyifatkan undi kepada BERSAMA sebagai undi yang dibazirkan. Pendekatan sedemikian boleh memakan diri jika pengundi melihatnya sebagai usaha menafikan hak mereka memilih alternatif.
S: Adakah kerjasama PH dengan BERSATU di Melaka berpotensi menimbulkan masalah?
J: Kerjasama itu berpotensi menimbulkan ketegangan dalam PH kerana DAP mahu mengekalkan imej sebagai parti berprinsip. Tindakan BERSATU dalam Langkah Sheraton masih menjadi faktor boleh menjejaskan keyakinan terhadap kemungkinan kerjasama politik antara kedua-dua pihak.
Jika kerjasama dilakukan tanpa asas prinsip jelas, pengundi mungkin melihatnya sebagai persefahaman sementara untuk mendapatkan kuasa. DAP perlu mempertimbangkan kesan politiknya kerana kerjasama sedemikian boleh menimbulkan persoalan mengenai konsistensi pendirian parti.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Berita Harian) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian09:07
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.