
Saat segala kemegahan dunia tidak bermakna
Only social or community posts, or a single source.
What happened
Pernahkah kita melihat kelkatu yang keluar beramai-ramai pada waktu malam, khususnya ketika musim hujan? Serangga kecil itu terbang ke sana sini, berpusu-pusu mengelilingi cahaya, malah ada yang kehilangan arah sehingga jatuh ke tanah. Pemandangan yang biasa dilihat dalam kehidupan seharian ini sebenarnya mengingatkan kita kepada satu gambaran besar yang disebut dalam al-Quran, iaitu keadaan manusia ketika menghadapi Hari Kiamat. (Harian Metro, 06:04)
Read the reporting
1 report
Saat segala kemegahan dunia tidak bermakna
Pernahkah kita melihat kelkatu yang keluar beramai-ramai pada waktu malam, khususnya ketika musim hujan? Serangga kecil itu terbang ke sana sini, berpusu-pusu mengelilingi cahaya, malah ada yang kehilangan arah sehingga jatuh ke tanah. Pemandangan yang biasa dilihat dalam kehidupan seharian ini sebenarnya mengingatkan kita kepada satu gambaran besar yang disebut dalam al-Quran, iaitu keadaan manusia ketika menghadapi Hari Kiamat.
Allah SWT berfirman dalam Surah al-Qari'ah, ayat 4 hingga 5:
Maksudnya: "Pada hari itu manusia adalah seperti kelkatu yang bertebaran dan gunung-ganang adalah seperti bulu yang dihambur-hamburkan."
Ayat ini membawa kita membayangkan suasana yang sangat dahsyat. Manusia yang selama ini hidup dengan pelbagai kedudukan, kekayaan dan kekuasaan akan berhadapan dengan suatu keadaan yang tidak pernah mereka alami. Mereka digambarkan seperti serangga yang bertebaran, bergerak tanpa arah yang jelas, dalam keadaan bingung dan tidak berdaya menghadapi kedahsyatan hari pembalasan. Namun, perumpamaan ini bukan sekadar gambaran tentang peristiwa akhirat. Ia juga mengandungi peringatan yang wajar direnungkan dalam kehidupan kita hari ini.
Apabila manusia hilang arah
Kelkatu lazimnya tertarik kepada cahaya. Apabila banyak sumber cahaya berada di sekelilingnya, serangga ini boleh berterbangan secara tidak menentu. Gambaran ini boleh dijadikan renungan tentang manusia yang mudah terpengaruh dengan tarikan dunia apabila tidak mempunyai panduan yang kukuh.
Dalam kehidupan moden, manusia berhadapan dengan pelbagai tarikan. Ada yang terlalu mengejar wang sehingga mengabaikan keluarga. Ada yang sanggup mengorbankan prinsip demi pangkat dan kedudukan. Ada juga yang mengukur nilai diri berdasarkan jumlah pengikut, tanda suka dan pujian di media sosial. Lebih membimbangkan, ada yang sanggup menyebarkan berita palsu, mengaibkan orang lain atau menjatuhkan maruah seseorang semata-mata untuk mendapatkan perhatian.
Semua ini memperlihatkan betapa manusia boleh kehilangan arah apabila menjadikan kepentingan dunia sebagai matlamat utama kehidupan. Sudah tentu, mencari rezeki, mengejar kecemerlangan kerjaya dan membina kehidupan yang selesa bukanlah suatu kesalahan. Islam tidak melarang umatnya berusaha mencapai kejayaan dunia. Sebaliknya, kejayaan itu perlu dipandu oleh iman, ilmu, akhlak dan tanggungjawab kepada Allah SWT.
Persoalannya bukan berapa banyak yang kita miliki, tetapi bagaimana kita memperoleh dan menggunakan apa yang kita miliki.
Gunung yang kukuh juga akan hancur
Ayat kelima Surah al-Qari'ah pula menggambarkan gunung-ganang seperti bulu yang dihambur-hamburkan. Gunung yang selama ini kelihatan teguh dan tidak berganjak akhirnya mengalami perubahan besar ketika berlakunya peristiwa yang digambarkan dalam ayat tersebut. Gambaran ini mengingatkan manusia bahawa kekuatan dan kemegahan dunia tidak bersifat kekal.
Jawatan boleh berakhir
Kekayaan boleh berkurangan. Kesihatan boleh merosot. Populariti boleh hilang. Malah, manusia yang paling berpengaruh sekalipun tidak mempunyai kuasa untuk mengelakkan kematian apabila tiba ketetapan Allah SWT. Oleh itu, janganlah kita terlalu berbangga dengan kedudukan sehingga memandang rendah orang lain. Jangan pula kekayaan menjadikan kita bakhil, atau ilmu menyebabkan kita sombong. Segala kelebihan yang dimiliki ialah amanah yang perlu digunakan untuk membawa manfaat kepada manusia.
Orang yang benar-benar memahami hakikat kehidupan bukanlah orang yang tidak mempunyai cita-cita, tetapi orang yang mempunyai cita-cita tanpa melupakan tujuan akhir kehidupannya.
Bersedia sebelum terlambat
Surah al-Qari'ah tidak berhenti pada gambaran kedahsyatan Hari Kiamat. Ayat-ayat berikutnya menjelaskan bahawa manusia akan berhadapan dengan penilaian terhadap amalan masing-masing. Allah SWT berfirman dalam Surah al-Qari'ah, ayat 6 hingga 9, yang menjelaskan bahawa orang yang berat timbangan amal kebaikannya akan berada dalam kehidupan yang menyenangkan, manakala orang yang ringan timbangan amalnya akan berhadapan dengan akibat yang berat.
Peringatan ini mengajak kita bertanya kepada diri sendiri: apakah yang sedang kita persiapkan untuk kehidupan akhirat?
Persediaan itu tidak semestinya bermula dengan perkara yang besar. Ia boleh bermula dengan menjaga solat, bercakap benar, menunaikan amanah, menghormati ibu bapa, mendidik anak dengan baik, membantu jiran dan menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.
Dalam dunia pekerjaan, persediaan akhirat termasuklah bekerja dengan jujur, tidak menyalahgunakan kuasa, mengelakkan rasuah dan melaksanakan tanggungjawab dengan sebaik-baiknya.
Dalam kehidupan bermasyarakat pula, kita perlu menjauhi fitnah, permusuhan, penghinaan dan perbuatan yang merosakkan hubungan sesama manusia. Ibadah yang baik seharusnya turut membentuk akhlak yang baik. Kita tidak perlu menunggu usia tua untuk berubah. Tiada siapa yang mengetahui berapa lama lagi masa yang masih dimilikinya. Selagi diberikan kesempatan hidup, selagi itulah pintu untuk bertaubat, memperbaiki diri dan menambah amal kebaikan terbuka.
Jangan tertipu dengan cahaya dunia
Perumpamaan kelkatu akhirnya membawa kita kepada satu persoalan penting: apakah cahaya yang sedang kita kejar? Adakah kita mengejar sesuatu yang benar-benar membawa kebaikan, atau sekadar tertarik kepada perkara yang kelihatan indah pada pandangan mata?
Dunia menawarkan pelbagai keseronokan, tetapi tidak semuanya membawa ketenangan. Ada kejayaan yang dicapai dengan cara yang salah. Ada kekayaan yang diperoleh dengan menzalimi orang lain. Ada pujian yang membuatkan seseorang semakin jauh daripada sifat rendah hati. Justeru, iman dan ilmu perlu menjadi panduan supaya kita tidak mudah terpedaya dengan sesuatu yang bersifat sementara.
Kita juga tidak seharusnya menggunakan ayat al-Quran ini untuk menghukum atau merendahkan orang lain. Sebaliknya, peringatan tentang Hari Kiamat perlu dimulakan dengan muhasabah diri. Sebelum menilai kesalahan orang lain, tanyalah diri sendiri sama ada kita sudah menunaikan tanggungjawab sebagai hamba Allah dan anggota masyarakat.
Akhirnya, gambaran manusia seperti kelkatu yang bertebaran bukan sekadar kisah tentang hari yang akan datang. Ia merupakan peringatan agar kita tidak menjalani kehidupan tanpa arah dan tujuan. Jangan sampai kita terlalu sibuk mengejar dunia sehingga terlupa mempersiapkan diri untuk akhirat. Jadikan iman sebagai panduan, ilmu sebagai cahaya, akhlak sebagai perhiasan dan amal soleh sebagai bekalan.
Dunia ialah tempat berusaha, manakala akhirat ialah tempat menerima balasan. Sebelum tiba hari ketika segala-galanya tidak lagi dapat diubah, marilah kita memperbaiki diri dan kembali kepada Allah SWT.
Penulis Timbalan Pengarah USIM Alamiyyah (International Office) USIM
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Harian Metro) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro06:04
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.