
Tresoldi hattrick fires Brugge past Inter Milan
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
Club Brugge’s forward Nicolo Tresoldi celebrates after scoring during the UEFA Champions League match against Inter Milan. (EPA Images pic) MILAN: Club Brugge and their young forward Nicolo Tresoldi shocked Inter Milan 4–3 in the Champions League on Tuesday. (Free Malaysia Today, 05:51)
Read the reporting
2 reports
Hatrik Tresoldi malukan Inter
Milan: Nicolo Tresoldi mencuri tumpuan apabila meledak hatrik untuk membantu Club Brugge mengejutkan Inter Milan 4-3 dalam aksi Liga Juara-Juara, sekali gus menambah tekanan terhadap gergasi Itali itu yang masih gagal meraih mata dalam saingan berkenaan.
Penyerang muda itu meledak tiga gol pertama pasukan Belgium berkenaan dalam aksi mendebarkan di San Siro, sekali gus meranapkan harapan Inter untuk bangkit selepas turut tewas kepada Real Madrid dalam perlawanan pembukaan.
Bekas penjaga gol Inter, Yann Sommer yang kini menyarung jersi Brugge, turut memainkan peranan penting apabila menafikan percubaan Lautaro Martinez pada minit ke-10, manakala Marcus Thuram gagal memanfaatkan peluang awal untuk tuan rumah.
Brugge kemudian membuka jaringan menerusi sepakan penalti Tresoldi menjelang minit ke-30 selepas Hakan Calhanoglu mengasari Carlos Forbs.
Inter cuba memberikan tindak balas, namun kesilapan penjaga gol tuan rumah selepas sejam permainan membolehkan Tresoldi menambah jaringan kedua, sebelum penyerang itu melengkapkan hatrik kira-kira 15 minit sebelum tamat perlawanan.
"Ia malam yang luar biasa dan menakjubkan. Saya berkali-kali mengimpikan malam seperti ini dan inilah impian terbaik saya," kata Tresoldi.
Inter bagaimanapun enggan mengalah apabila Martinez merapatkan kedudukan sebelum rehat hasil gerakan yang dimulakan Thuram dan disudahkan menerusi bantuan tumit Federico Dimarco.
Penyerang Argentina itu sekali lagi menghidupkan peluang tuan rumah apabila menjaringkan gol kedua pada minit ke-81 untuk menjadikan kedudukan 2-3.
Namun, kelemahan benteng pertahanan Inter sekali lagi dihukum apabila Romeo Vermant menambah gol keempat Brugge pada minit ke-87, sebelum Ange Yoan Bonny merapatkan kedudukan buat tuan rumah pada masa kecederaan.
Kebangkitan lewat Inter tetap tidak cukup untuk menyelamatkan mereka daripada kekalahan, sekali gus menyaksikan juara Itali itu kekal tanpa mata selepas dua perlawanan.
Selepas tewas 1-2 kepada Real Madrid di Santiago Bernabeu dalam aksi pembukaan, Inter kini berdepan tekanan besar untuk mendapatkan kemenangan apabila melayani kunjungan Shakhtar Donetsk dalam perlawanan seterusnya.
Sementara itu, Brugge yang turut tewas kepada Aston Villa pada perlawanan pertama akan berusaha meneruskan momentum apabila menerima kunjungan kelab Perancis, Lens.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- 2 independent sources, 1 new in the last hour
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
- Discussed in English, Bahasa Malaysia
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsFree Malaysia Today05:51
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 2 established outlet(s): Free Malaysia Today, Harian Metro
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (3)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.