
Sentuhan klasik tampil kediaman tampak anggun dan menarik
Only social or community posts, or a single source.
What happened
Sentuhan klasik tampil kediaman tampak anggun dan menarik (Harian Metro, 06:23)
Read the reporting
1 report
Sentuhan klasik tampil kediaman tampak anggun dan menarik
mhafis@mediaprima.com.my
KLASIK tidak semestinya kelihatan sarat, manakala kemewahan tidak perlu dipamerkan secara berlebihan, sebaliknya gabungan elemen yang tepat mampu mencipta kediaman 'anggun,' selesa dan kekal menawan sepanjang zaman.
Itulah konsep yang diterapkan ahli perniagaan, Nurul Aimi Mohammad Kamil, 39, dalam menghias kediamannya di Kota Bharu, Kelantan, menerusi sentuhan moden klasik yang menggabungkan keanggunan gaya Eropah dengan kesederhanaan moden.
Menerusi kos kira-kira RM680,000 merangkumi pembinaan rumah dan dekorasi, setiap sudut kediaman yang siap dibina pada Januari 2026 itu dirancang dengan teliti, daripada pemilihan warna neutral, perincian panel dinding hinggalah penggunaan chandelier dan perabot tempahan khas.
Hasilnya, sebuah kediaman yang menyerlahkan kemewahan secara bersahaja, membuktikan keindahan sebenar bukan terletak pada banyaknya hiasan, tetapi pada keseimbangan reka bentuk, fungsi dan keselesaan.
Nurul Aimi berkata, rumah ini mula dibuat 2024 dan siap dibina pada Januari lalu. Sejak awal lagi, dia memang tertarik dengan konsep moden klasik kerana ia menggabungkan keanggunan elemen klasik dengan kesederhanaan moden.
"Bagi saya, konsep ini mempunyai daya tarikan tersendiri yang akan kekal relevan walaupun selepas bertahun-tahun," katanya.
Inspirasinya banyak datang daripada kediaman bergaya Eropah yang mempunyai karakter klasik dan elegan.
"Saya juga banyak mendapatkan idea melalui Instagram terutamanya dari segi reka bentuk rumah yang mempunyai sentuhan mewah tetapi masih kelihatan sederhana.
"Saya tidak mahu rumah kelihatan terlalu 'old-fashioned,' jadi saya gabungkan elemen klasik seperti 'moulding,' 'wall panel,' arch dan chandelier dengan perabot moden, warna neutral serta susun atur yang lebih clean. Gabungan ini menghasilkan suasana yang elegan tetapi masih praktikal untuk kehidupan seharian.
"Saya cuba mengekalkan satu palet warna yang lembut dan neutral bagi memastikan keseluruhan rumah kelihatan harmoni manakala untuk warna asas, saya menggunakan cat Morning Fog Majestic di seluruh ruang rumah," katanya.
Menurut Nurul Aimi, apabila warna asas sudah cukup tenang, lebih mudah untuk dia memilih perabot dan aksesori yang boleh menjadi titik fokal tanpa menjadikan ruang kelihatan terlalu sarat.
"Saya juga sangat mementingkan 'proportion' dan saiz perabot supaya setiap item sesuai dengan keluasan ruang dan kelihatan seimbang.
"Sebahagian besar dekorasi rumah ini saya urus dan pilih sendiri. Saya memang meminati dekorasi dalaman dan suka mencari idea, melihat material, memilih perabot serta menentukan setiap perincian mengikut cita rasa saya." katanya.
Katanya, dia juga menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk membantu membuat visualisasi dan melihat kesesuaian sesuatu reka bentuk, warna atau susun atur sebelum membuat keputusan.
"Cara ini memudahkan saya membayangkan hasil akhir dan memastikan setiap elemen yang dipilih sepadan dengan konsep keseluruhan rumah.
"Palet warna utama rumah ini terdiri daripada cream, beige, warm white, taupe dan sedikit sentuhan warna kayu. Saya memilih tona ini kerana ia memberikan suasana yang hangat, tenang dan mewah tanpa kelihatan terlalu berlebihan.
"Untuk pemilihan perabot, saya lebih cenderung kepada reka bentuk yang mempunyai perincian Eropah klasik tetapi masih mengekalkan sentuhan moden yang ringkas.
"Saya percaya kemewahan bukan semata-mata terletak pada dekorasi yang banyak, tetapi lebih kepada bentuk, kualiti material, kemasan dan kesesuaian setiap perabot dengan ruang," katanya.
Tambahnya, antara bahagian yang paling disukai ialah kabinet dapur kering yang bersambung secara terbuka dengan ruang tamu, lengkap dengan chandelier sebagai elemen utama.
"Saya juga sangat menyukai bahagian 'fireplace' kerana ia memberikan karakter Eropah yang saya inginkan. Bagi saya, kedua-dua bahagian ini mempunyai daya tarikan tersendiri dan menjadi antara elemen yang menyerlahkan identiti moden klasik di dalam rumah.
"Ada sesetengah barangan di dalam rumah ini kami kumpulkan sedikit demi sedikit, manakala banyak juga perabot yang kami tempah khas mengikut cita rasa sendiri.
"Kebanyakan perabot dipilih dan direka bersama suami. Setiap pilihan dibuat berdasarkan kesesuaian ruang, fungsi dan reka bentuk yang kami gemari. Jadi, rumah ini bukan sekadar tempat tinggal, tetapi turut menggambarkan cita rasa, usaha dan perjalanan kami sebagai sebuah keluarga," katanya.
Kuncinya ialah keseimbangan, jika menggunakan elemen klasik seperti 'wall moulding,' chandelier atau arch yang mempunyai perincian tersendiri, dia akan mengimbanginya dengan sofa, meja dan aksesori yang lebih minimalis.
"Saya juga mengelakkan penggunaan terlalu banyak corak dan warna dalam satu ruang. Dengan cara ini, elemen klasik dapat menjadi karakter utama rumah tanpa menjadikan ruang kelihatan terlalu sarat. Saya mahu rumah ini kekal elegan, tetapi pada masa yang sama selesa dan praktikal untuk kegunaan seharian.
"Banyak perabot di dalam rumah ini dibuat secara 'custom-made' mengikut ukuran ruang dan cita rasa saya serta suami.
"Saya memang gemar konsep tempahan khas kerana kami boleh menentukan sendiri ukuran, warna, material dan reka bentuk supaya benar-benar bersesuaian dengan rumah. Selain memberikan kebebasan dari segi rekaan, perabot custom-made juga membantu memastikan setiap ruang digunakan secara optimum dan kelihatan lebih kemas serta tersusun," katanya.
"Rumah yang cantik bukan hanya berkenaan kemewahan atau penampilan, tetapi yang paling penting ialah bagaimana ruang itu mampu memberikan keselesaan dan membuatkan setiap orang berasa seperti di rumah sendiri.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Harian Metro) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro06:23
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.