
Shah berdepan dilema, siapa perlu mengalah?
Only social or community posts, or a single source.
What happened
PETALING JAYA: Peluang pelumba berbasikal trek negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom beraksi dalam acara pecut berpasukan pada Kejohanan Dunia Berbasikal Trek 2026 di Shanghai, China, esok mencetuskan dilema pemilihan buat skuad negara apabila seorang daripada trio utama sedia ada mungkin terpaksa memberi laluan jika pelumba itu dipilih. (Utusan Malaysia, 09:30)
Read the reporting
1 report
Shah berdepan dilema, siapa perlu mengalah?
PETALING JAYA: Peluang pelumba berbasikal trek negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom beraksi dalam acara pecut berpasukan pada Kejohanan Dunia Berbasikal Trek 2026 di Shanghai, China, esok mencetuskan dilema pemilihan buat skuad negara apabila seorang daripada trio utama sedia ada mungkin terpaksa memberi laluan jika pelumba itu dipilih.
Ketua jurulatih berbasikal trek negara, Harnizam Basri berkata, keputusan sama ada Shah akan diturunkan masih belum dimuktamadkan kerana pelumba berusia 31 tahun itu perlu melalui tempoh percubaan sebelum pemilihan dibuat pada hari perlumbaan.
“Shah sudah menyertai pasukan ke Shanghai, tetapi buat masa ini kami masih belum tahu sama ada dia akan beraksi dalam acara pecut berpasukan.
“Dia sudah disenaraikan dalam kelompok calon dan kami masih menjalankan tempoh percubaan sebelum membuat keputusan pada hari perlumbaan,” kata Harnizam kepada Utusan Malaysia.
Persoalan utama kini ialah sama ada Shah mampu meyakinkan barisan kejurulatihan untuk mengubah gandingan yang sudah dibentuk sejak dua musim lalu, dengan Muhammad Fadhil Zonis, Mohd Akmal Nazimi Jusena dan adiknya, Muhammad Ridwan Sahrom menjadi pilihan utama Malaysia dalam acara berkenaan.
Jika Shah mendapat kepercayaan untuk beraksi di Velodrom Shanghai, seorang daripada tiga pelumba itu perlu diketepikan, sekali gus menjadikan keputusan Harnizam penting dalam menentukan keseimbangan pasukan bagi menghadapi kejohanan bertaraf dunia itu.
Shah sebelum ini menjalani pembedahan lutut pada penghujung tahun lalu dan masih belum kembali ke tahap terbaik, berdasarkan catatan 9.850 saat (s) dalam kelayakan pecut individu pada Sukan Asia Aichi-Nagoya, berbanding rekod peribadinya 9.481s yang dicatatkan awal tahun lalu.
Bagaimanapun, Shah masih berpeluang menyumbang kepada skuad negara menerusi acara pecut berpasukan selepas gagal layak ke acara pecut individu dan keirin di Shanghai akibat kutipan mata yang tidak mencukupi dalam tiga saingan Piala Dunia Trek musim ini.
Sementara itu, Harnizam mengesahkan Nurul Izzah Izzati Asri, Nur Alyssa Farid dan Nurul Aliana Syafika Azizan akan menjadi taruhan utama dalam acara pecut berpasukan wanita, dengan Anis Amira Rosidi disenaraikan sebagai pelumba simpanan selepas kuartet itu meraih pingat perak pada Sukan Asia Aichi-Nagoya baru-baru ini. – UTUSAN
The post Shah berdepan dilema, siapa perlu mengalah? appeared first on Utusan Malaysia .
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Utusan Malaysia) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsUtusan Malaysia09:30
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Utusan Malaysia
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.