Malaysian Attention Engine
Live wire
46AMANAH tangguh Konvensyen Nasional, sebagai persediaan PRN Melaka44Trump says he is talking to Russia and China about denuclearisation42Sindiket transit minyak masak di lokasi terpencil sebelum seludup ke negara jiran37Pemimpin kanan parti politik ditangkap khalwat37MRT laluan Kajang alami kelewatan akibat cubaan curi kabel di landasan36ADUN PH gesa DUN Negeri Sembilan segera bersidang36General : M'sia Has No Plans To Take Legal Action Or Issue Diplomatic Note Over Haze - Mohamad Hasan35Bantuan khas RM1,000: APAD minta pemilik, pengusaha bas sekolah kemas kini maklumat pemandu35Kak Ani mantapkan latihan vokal demi Gema Bumantara35LKIM sedia 1,600 tan stok penimbal ikan hadapi MTL35Jerebu: 36 kawasan catat IPU tidak sihat, Seremban dan Segamat tertinggi35PRN Melaka: Bekas ketua menteri buat ‘come back’, cuba nasib DUN Sungai Udang
NewUnconfirmedupdated 1 h ago

Skim Persijilan PPS: Melahirkan Tenaga Kerja Kompeten

Only social or community posts, or a single source.

Attention
30
no previous hour
Momentum
32
1 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 16 Oct, 11:33 MYTLatest activity 16 Oct, 11:33BMconfidence 60%

What happened

PEMBANGUNAN pesat dalam sektor perindustrian, kesihatan dan penyelidikan di Malaysia telah meningkatkan kebergantungan terhadap teknologi menggunakan tenaga atom. (Utusan Malaysia, 11:33)

Read the reporting

1 report
Photo: Utusan Malaysia
Utusan Malaysia·News·BM·4 min read

Skim Persijilan PPS: Melahirkan Tenaga Kerja Kompeten

By MONALIJA KOSTOR · 16 Oct, 11:33 MYT

PEMBANGUNAN pesat dalam sektor perindustrian, kesihatan dan penyelidikan di Malaysia telah meningkatkan kebergantungan terhadap teknologi menggunakan tenaga atom.

Penggunaan teknologi ini hadir bersama risiko yang tinggi jika tidak dikendalikan dengan bertanggungjawab. Daripada pengujian ketahanan paip di sektor minyak dan gas sehinggalah kepada rawatan kanser di hospital, teknologi ini membawa pelbagai manfaat.

Kelancaran operasi yang mengaplikasi teknologi ini perlu diselia bagi memastikan keselamatannya, dan tanggungjawab ini digalas oleh Pegawai Perlindungan Sinaran (PPS).

Bagi memastikan keselamatan terpelihara, Jabatan Atom Malaysia (Atom Malaysia) telah menetapkan piawaian kompetensi yang ketat. Sistem yang diunjurkan melalui Skim Persijilan PPS dan Program Pendidikan Berterusan (CEP) ini diwujudkan bagi melahirkan tenaga kerja yang bukan sahaja kompeten, malahan mempunyai pengetahuan luas dan berintegriti tinggi dalam mengendalikan sumber sinaran.

SIAPA ITU PPS?

PPS ialah individu yang berwibawa dari segi teknik yang dilantik oleh pemegang lesen dan diluluskan oleh Atom Malaysia. Kewajipan untuk melantik PPS ditetapkan di bawah Akta Tenaga Atom 1984 (Akta 304) melalui Peraturan-peraturan Pelesenan Tenaga Atom (Perlindungan Sinaran Keselamatan Asas) 2010 yang mengkehendaki pemegang lesen mengambil kerja seorang PPS.

Jika tiada PPS, pemegang lesen boleh mengambil kerja seorang pakar berkelayakan yang diluluskan oleh Atom Malaysia untuk menjalankan kewajipan seorang PPS.

PENENTUAN TAHAP PERSIJILAN PPS

Skim Persijilan PPS memberikan pengiktirafan kepada kelayakan individu mengikut Tahap Persijilan PPS yang dinilai berdasarkan pengkategorian sumber sinaran. Pengkategorian ini diperkenalkan bagi menentukan kedudukan sumber sinaran berdasarkan potensinya dalam menyebabkan bahaya terhadap kesihatan. Sistem pengkategorian ini adalah sejajar dengan panduan antarabangsa dan keperluan dalam negara yang diperkenalkan bagi memastikan seseorang yang akan berurusan dengan sumber sinaran mempunyai Tahap Persijilan PPS yang bersesuaian dengan risiko kemudaratannya.

MONALIJA KOSTOR

LATIHAN PPS

Atom Malaysia menetapkan bahawa calon PPS perlu terlebih dahulu menghadiri latihan yang ditetapkan bagi memastikan calon benar-benar mempunyai keupayaan untuk memahami dan melaksanakan prinsip perlindungan sinaran dalam operasi. Bergantung kepada Tahap Persijilan yang diambil, calon diwajibkan menjalani latihan berstruktur minimum 43 jam yang dikendalikan oleh pusat latihan yang diiktiraf Atom Malaysia.

Bagi memastikan kelestarian ilmu calon, sijil kehadiran latihan hanya sah digunakan untuk membolehkan calon menduduki Peperiksaan Persijilan PPS dalam tempoh tiga tahun daripada tarikh tamat menghadiri latihan tersebut. Jika tempoh ini dilangkaui, dan calon masih belum menduduki atau gagal peperiksaan, calon diwajibkan menjalani latihan ulangan sepenuhnya.

PEPERIKSAAN PERSIJILAN PPS

Calon perlu menduduki Peperiksaan Persijilan PPS sebelum melayakkan diri untuk bergelar PPS. Peperiksaan terbahagi kepada dua iaitu teori dan amali. Untuk lulus, calon hendaklah memperoleh markah melebihi 70% bagi kedua-dua peperiksaan.

Sekiranya gagal, calon dibenarkan mengulang semula bahagian peperiksaan yang gagal sahaja. Calon boleh menduduki peperiksaan ulangan tanpa had bilangan, selagi ia dilakukan dalam tempoh tiga tahun daripada tarikh tamat latihan.

Calon yang berjaya, layak menerima sijil lulus dan memohon pengiktirafan sebagai PPS. Sekiranya seseorang PPS yang pernah diiktiraf, atau calon yang telah lulus tetapi belum diiktiraf, didapati tidak melibatkan diri secara langsung dengan aktiviti tenaga atom untuk tempoh melebihi 5 tahun berturut-turut, kelulusan pengiktirafan akan terbatal. Individu yang berhasrat aktif semula hendaklah memulakan dari asal keseluruhan proses peperiksaan.

KELESTARIAN KOMPETENSI MELALUI CEP

Lulus Peperiksaan Persijilan PPS semata-mata tidak mencukupi untuk menjamin pengiktirafan sepanjang hayat. Seorang PPS perlu berkembang sejajar dengan teknologi, menyesuaikan diri dengan perkembangan semasa dan memahami kehendak prosedur keselamatan terkini.

Berikutan itu, Atom Malaysia telah menguatkuasakan perlaksanaan CEP yang menjadi syarat wajib sekiranya PPS berhasrat memohon pengiktirafan semula. CEP merangkumi sebarang proses menimba ilmu untuk meningkatkan pengetahuan, kemahiran praktikal, kesedaran etika kerja dan amalan yang memenuhi tuntutan semasa berkaitan keselamatan sinaran.

Aktiviti menimba ilmu ini dirangka untuk memastikan PPS kekal kompeten memikul tanggungjawab dan sentiasa berusaha menggarap kemajuan. Untuk membuktikan bahawa seseorang itu sentiasa menimba ilmu, individu tersebut diwajibkan mengumpul mata CEP.

Atom Malaysia tidak membataskan proses menimba ilmu kepada satu kaedah sahaja, sebaliknya, sembilan aktiviti CEP telah ditetapkan bagi membolehkan PPS menyumbang secara holistik kepada masyarakat dan profesion mereka, serta mengumpul mata, antaranya melalui latihan, penulisan atau penerbitan, persatuan, pengajian formal, khidmat perundingan, penyelidikan dan pembangunan, program tanggungjawab sosial dan persijilan pembangunan profesional.

Bagi pengiktirafan baharu, sekiranya permohonan dikemukakan melepasi 12 bulan daripada tarikh lulus peperiksaan, calon hendaklah mengemukakan rekod aktiviti CEP dan kelulusan tempoh sah pengiktirafan bergantung kepada pengumpulan mata CEP terkini.

Jika calon memohon pengiktirafan dalam tempoh 12 bulan pertama selepas lulus peperiksaan, pengiktirafan akan diberikan tempoh sah tiga tahun.

Bagi pengiktirafan semula, apabila tempoh pengiktirafan sedia ada tamat, pemohon hendaklah mengemukakan rekod aktiviti CEP. Berdasarkan mata CEP yang dikumpulkan dalam tempoh 3 tahun terkini, tempoh pengiktirafan semula adalah di antara 1 hingga 3 tahun.

Atom Malaysia melaksanakan audit verifikasi kepada mana-mana pemohon mata CEP untuk mengesahkan kesahihan rekod mata yang dikemukakan. Sekiranya berlaku kesalahan seperti pemalsuan sijil berkaitan aktiviti CEP, perubahan silibus latihan berbanding kelulusan, dan lain-lain, kelulusan mata CEP akan dibatalkan atau ditarikbalik.

PELAKSANAAN SKIM PERSIJILAN PPS DAN CEP

PPS bukan sekadar jawatan untuk memenuhi keperluan mendapatkan lesen di bawah Akta 304, sebaliknya satu amanah yang menuntut intelektual, integriti dan ketegasan demi keselamatan. Pelaksanaan Skim Persijilan PPS dan CEP adalah langkah berterusan Atom Malaysia dalam memastikan keselamatan sinaran sentiasa terpelihara. Melalui piawaian dan pembelajaran berterusan ini, Malaysia bersedia ke arah pembangunan program tenaga nuklear yang didokong oleh pakar tempatan yang berintegriti dan berkompetensi tinggi. – UTUSAN

The post Skim Persijilan PPS: Melahirkan Tenaga Kerja Kompeten appeared first on Utusan Malaysia .

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 31NEWnow12:00
Latest 12:14 MYT
30New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Utusan Malaysia) source

Where it started

Utusan Malaysia (News)
16 Oct, 11:33 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Utusan Malaysia
    11:33

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Utusan Malaysia

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.