Malaysian Attention Engine
Live wire
46AMANAH tangguh Konvensyen Nasional, sebagai persediaan PRN Melaka44Trump says he is talking to Russia and China about denuclearisation42Sindiket transit minyak masak di lokasi terpencil sebelum seludup ke negara jiran37Pemimpin kanan parti politik ditangkap khalwat37MRT laluan Kajang alami kelewatan akibat cubaan curi kabel di landasan36ADUN PH gesa DUN Negeri Sembilan segera bersidang36General : M'sia Has No Plans To Take Legal Action Or Issue Diplomatic Note Over Haze - Mohamad Hasan35Bantuan khas RM1,000: APAD minta pemilik, pengusaha bas sekolah kemas kini maklumat pemandu35Kak Ani mantapkan latihan vokal demi Gema Bumantara35LKIM sedia 1,600 tan stok penimbal ikan hadapi MTL35Jerebu: 36 kawasan catat IPU tidak sihat, Seremban dan Segamat tertinggi35PRN Melaka: Bekas ketua menteri buat ‘come back’, cuba nasib DUN Sungai Udang
NewUnconfirmedupdated 1 h ago

Tak mampu bayar bil elektrik dan air, suri rumah bersama 4 anak terpaksa tidur dalam kereta

Only social or community posts, or a single source.

Attention
30
no previous hour
Momentum
32
1 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 16 Oct, 11:36 MYTLatest activity 16 Oct, 11:36BMconfidence 60%

What happened

KUALA TERENGGANU: Seorang suri rumah bersama empat anak berusia tiga hingga 10 tahun terpaksa menjadikan kereta sebagai 'rumah' selepas bekalan elektrik dan air di rumah dipotong kerana tidak mampu membayarnya. (Berita Harian, 11:36)

Read the reporting

1 report
Photo: Berita Harian
Berita Harian·News·BM·2 min read

Tak mampu bayar bil elektrik dan air, suri rumah bersama 4 anak terpaksa tidur dalam kereta

By Baharom Bakar · 16 Oct, 11:36 MYT

KUALA TERENGGANU: Seorang suri rumah bersama empat anak berusia tiga hingga 10 tahun terpaksa menjadikan kereta sebagai 'rumah' selepas bekalan elektrik dan air di rumah dipotong kerana tidak mampu membayarnya.

Tengku Nur Surfina Tengku Mazman, 34, dari Taman Desa Putra, Manir, di sini, yang bekerja di kedai makan dengan pendapatan RM50 sehari bersama anak, Abdul Haqq Muzafar A Muhsin, 10; Nur Hawa Musfirah, 6; Nur Hazwani Mukrizah dan Nur Hilyaa Madinah, 3, juga terpaksa mandi di stesen minyak.

Berdasarkan semakan, Tengku Nur Surfina gagal menjelaskan bayaran bil elektrik sehingga tertunggak melebihi RM2,000 sejak Mac lalu, selain bil air tertunggak melebihi RM1,800.

Dia juga dikenakan tindakan atas kesalahan mencuri bekalan air kerana melakukan penyambungan paip secara haram tanpa melalui meter kira-kira RM1,278 selepas gagal menjelaskan bayaran bil air sehingga tertunggak melebihi RM650 sebelum itu.

"Saya terpaksa membawa anak bermalam dalam kereta kerana rumah tiada bekalan elektrik dan air bersih sejak Jumaat lalu.

"Saya juga terpaksa bawa anak ke beberapa pantai peranginan terutama pada sebelah petang bagi mengelakkan mereka tidak selesa tinggal dalam rumah berikutan cuaca panas," katanya ketika ditemui.

Tengku Nur Surfina berkata, dia akan membawa empat anaknya mandi di masjid, surau atau stesen minyak sebelum pulang ke rumah dan tidur dalam kereta di hadapan kediamannya.

Katanya, semasa dia bekerja di kedai makan di Jalan Kampung Kolam, di sini, empat anak dijaga suami, A Muhsin A Aziz, 38, dan dia akan membawa pulang makanan tidak habis dijual dari kedai untuk mereka.

"Saya mengakui tidak mampu untuk menjelaskan bayaran tunggakan bil eletrik dan air. Pendapatan diperoleh hanya cukup untuk beli lampin pakai buang dan susu anak-anak, terutama Hazwani Mukrizah dan Nur Hilyaa Madinah," katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM), Prof Madya Datuk Dr Ahmad Azrin Adnan ketika dihubungi berkata, pihaknya akan melakukan semakan bagi membantu Tengku Nur Surfina.

Berdasarkan data MAIDAM, katanya, suri rumah itu adalah penerima bantuan dan ada mengemukakan permohonan mendapatkan bantuan kategori kos sara hidup.

"Kita akan melakukan siasatan dan menyelesaikan masalah tunggakan bil air dan elektrik dihadapi Tengku Nur Surfina itu.

"Kita dimaklumkan, bekalan elektrik yang dipotong sejak minggu lalu sudah disambung semula semalam," katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow12:00
Latest 12:34 MYT
30New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Berita Harian) source

Where it started

Berita Harian (News)
16 Oct, 11:36 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Berita Harian
    11:36

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.