
Tauke musang king mula susah hati
Only social or community posts, or a single source.
What happened
JERANTUT – Masalah jerebu yang melanda negara pada masa ini bukan sahaja meresahkan rakyat yang terpaksa mengehadkan aktiviti harian, tetapi turut menimbulkan kebimbangan pekebun durian yang risau hasil tanaman itu termasuk musang king akan terjejas. (Kosmo!, 08:45)
Read the reporting
1 report
Tauke musang king mula susah hati
JERANTUT – Masalah jerebu yang melanda negara pada masa ini bukan sahaja meresahkan rakyat yang terpaksa mengehadkan aktiviti harian, tetapi turut menimbulkan kebimbangan pekebun durian yang risau hasil tanaman itu termasuk musang king akan terjejas.
Seorang pekebun durian di Damak di sini, Frankie Loh, 45, berkata, jika keadaan jerebu berterusan, ia dikhuatiri menyebabkan daun susah ‘bernafas’ kerana matahari tidak memancar sepenuhnya, seterusnya menjejaskan hasil raja buah itu.
“Pokok durian amat memerlukan sinaran matahari penuha selepas berbunga.
“Malah sebelum ini jika hujan turun ketika berbunga pun menyebabkan buah banyak tidak menjadi,” katanya ketika ditemui di sini semalam.
Menurutnya, dia dan bapa saudaranya yang mengusahakan 4.8 hektar tanah untuk tanaman durian berhadapan pelbagai cabaran termasuk pokok yang mati dan sakit.
Katanya selain masalah kekurangan buah, dia juga bimbang keadaan jerebu ini akan menyebabkan banyak penyakit menyerang pokok durian sehingga menjejaskan hasil.
“Penjagaan durian khususnya musang king memang agak rumit kerana ia boleh diserang pelbagai penyakit, sudah banyak pokok musang king saya mati,” katanya.
Sementara itu, pekebun dan peraih durian di Damak, Zulkifly Mahmud, 51, berkata, musim durian di Damak dijangka bermula Februari tahun depan apabila kebanyakan pokok baru mengeluarkan bunga pada masa ini.
Katanya, dengan keadaan jerebu pada masa ini dia dan pekebun lain bimbang akan memberi kesan kepada hasil durian memandangkan pokok durian
memerlukan pencahayaan yang baik semasa berbunga.
“Kalau jerebu berterusan memang kami bimbang.
“Pada masa ini pun bunga damak king dilihat lambat berkembang, kami tidak tahu kenapa ia jadi begitu sama ada jerebu, cuaca dan sebagainya.
“Kami risau kalau bunga-bunga ini habis gugur dan buah akan rosak akibat cuaca, penyakit atau pun keadaan jerebu,” ujarnya.
The post Tauke musang king mula susah hati appeared first on Kosmo Online .
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Kosmo!) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsKosmo!08:45
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Kosmo!
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.