
Tidak kisah dan bersemangat bersaing dengan peserta negara luar
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
Tidak kisah dan bersemangat bersaing dengan peserta negara luar (Google News Malaysia (BM), 06:00)
Read the reporting
1 report
Tidak kisah dan bersemangat bersaing dengan peserta negara luar
norhayati_nordin@hmetro.com.my
SEKITAR 12 tahun lalu, Aina Abdul, 33, pernah melangkah mewakili Malaysia di pertandingan World Championship of Performing Arts (WCOPA) di Los Angeles, Amerika Syarikat (USA).
Pada penampilan itu, Aina memenangi kategori Vocalist of the World dan terkini pada 14 November depan pula, dia bakal mewakili negara dalam pertandingan Eurovision Asia 2026.
Cuma, kali ini acara berprestij itu bakal berlangsung di negara jiran, Thailand, dan Aina mengakui dia sedikit-sebanyak sudah bersedia untuk bersaing mengharumkan nama Malaysia di bumi Bangkok.
Bersua dengannya pada sesi pelancaran eksklusif lagu terbaharu, Bluest Sky di Rex Kuala Lumpur (KL), baru-baru ini, Aina yang tampil menggayakan busana berwarna biru laut, kelihatan yakin dan bersedia.
Katanya, dia memohon doa yang baik-baik daripada rakyat Malaysia dan terbuka menerima apa sahaja komen untuk lagu Bluest Sky itu, asalkan ia pandangan membina serta menyuntik semangat.
"Saya tahu tidak semua apa yang kita buat akan disukai. Tetapi, lagu Bluest Sky ini sudah saya hasilkan sebaik mungkin mengikut apa dirasai, dan inilah 'surat cinta' atau bahasa cinta daripada saya.
"Proses menghasilkan karya ini (Bluest Sky) turut memberi cabaran berbeza kepada saya terutama ketika rakaman lagu di studio yang mengambil masa selama 10 jam, dan boleh dikatakan agak sukar.
"Selama ini saya tidak pernah mengambil masa lama untuk menyiapkan proses rakaman lagu, namun Bluest Sky untuk saya sangat mencabar serta sudah lama tidak merasakan kesukaran begini.
"Proses penulisan lagunya lebih mudah, dan apa pun inilah hasil terbaik sebagaimana yang kalian perdengarkan. Ketika menulis lagu ini, memang saya ada satu perasaan yang terbuku di hati.
"Apatah lagi, semasa rakaman dibuat, ia melibatkan emosi yang berbeza kerana saya perlu menjiwai watak itu, dan saya masih ingat dari pagi sampai ke malam, rakaman tidak selesai," jelasnya.
Kata pemilik nama sebenar, Nurul Aina Abdul Ghani ini lagi, bagi mendapatkan rakaman melodi lagu menepati keinginannya, dia sanggup berpindah studio dari Seremban ke Kuala Lumpur.
"Walaupun mungkin lagu Bluest Sky ini kedengaran indah, namun di sebaliknya memang banyak liku dan cabaran. Tetapi, tidak apalah sebab ini semua pengalaman berharga saya untuk Eurovision Asia 2026.
"Besar harapan saya untuk harumkan nama Malaysia di pentas pertandingan antarabangsa dengan muzik kita, tetapi dengan lirik bahasa Inggeris yang universal, sekali gus membawa Bluest Sky 'terbang tinggi'.
"Saya juga mengharapkan agar kerjaya saya dapat berkembang ke luar negara pula selepas ini dengan Bluest Sky diterima baik, dan disukai pendengar luar. Semoga menjadi kenyataan," katanya.
Berbicara lanjut mengenai Eurovision Asia 2026, Aina memaklumkan satu lagi cabaran paling besar adalah menyampaikan keseluruhan emosi lagu dalam masa tiga minit yang ditetapkan dalam pertandingan itu.
"Pada saya, lagu Bluest Sky ini emosinya cukup 'besar' dan tiada ruang rehat. Jadi, bila durasi itu mestilah tepat tiga minit, ia satu kesukaran untuk saya yang suka buat persembahan lebih masa.
"Saya selalunya kalau menyanyi mesti sampai empat atau lima minit, tetapi Alhamdulillah, saya berjaya juga lakukan perkara yang sukar dibuat ini untuk mencurah segala emosi marah, cinta dan sedih dalam tiga minit sahaja.
"Ia memang cabaran mendebarkan buat saya kerana dalam Eurovision Asia 2026 ini juga, saya tidak mahu tahu mengenai peserta dari negara lain sebab pertarungan utama adalah diri sendiri," katanya.
Aina bagaimanapun mengakui semua peserta pasti mempunyai satu keinginan untuk muncul juara kerana menggalas tanggungjawab besar bagi negara masing-masing dengan persembahan terbaik dan menarik.
Bluest Sky buat 'dia' yang terpenting
Mendengar melodi dan lirik lagu Bluest Sky, memang dapat dirasakan perasaan kasih dan cinta diluahkan Aina buat seseorang yang mungkin insan terpenting serta istimewa dalam hidupnya
Mengulas andaian itu, Aina yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Muzik Kontemporari tanpa berselindung, menyifatkan lagu baharunya memang ditujukan khas buat seseorang yang dikenali dan terpenting dalam hidupnya.
"Dalam penghasilan lagu-lagu saya, ia adalah kisah yang dekat dengan pengalaman sendiri. Mengenai perasaan kasih, sayang serta apa sahaja saya rasakan diluah menjadi karya lagu.
"Sebagaimana saya katakan lagu Bluest Sky adalah surat cinta saya kepada seseorang yang penting dalam hidup ini. Siapa dia, cukup saya yang tahu, dan tidak semestinya orang itu masih ada atau tidak.
"Biarkan itu menjadi imaginasi saya sebagai penulis lagu ini. Apa pun, saya akui bahawa ilham lagu Bluest Sky memang daripada kisah benar. Harapan saya, terimalah karya ini dengan baik.
"Saya adalah seorang yang 'fall for love'. Sebab itu ayat terakhir saya dalam lagu ini, 'If losing you means finding myself, then I don't want this to be over'. Aina Abdul sentiasa berharap," katanya.
Semakin disayangi peminat, Aina juga di awal pembabitan pernah menjadi protege Ella dalam program realiti Mentor Legend di TV3 pada 2014, dan seterusnya berjaya meraih naib juara.
Pada Anugerah Juara Lagu ke-40 (AJL40) lalu, Aina merangkul Anugerah Persembahan Terbaik dan Anugerah Ikon Artis Pilihan Shopee menerusi lagu Kamu sekali gus dipilih oleh TV3 dan Media Prima Berhad (MPB) ke Eurovision Asia 2026.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- 2 independent sources
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsGoogle News Malaysia (BM)06:00
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 2 established outlet(s): Google News Malaysia (BM), Harian Metro
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.