
Trio emas Sukan Asia perkukuh Melaka Titans
Only social or community posts, or a single source.
What happened
Details are being gathered from the sources below.
Read the reporting
1 report
Trio emas Sukan Asia perkukuh Melaka Titans
MELAKA: Tiga pemain kebangsaan yang membantu Malaysia meraih pingat emas acara regu berpasukan Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 memperkuatkan cabaran Melaka Titans menghadapi Liga Sepak Takraw (STL) Premier 2026 yang bermula 21 hingga 26 Oktober ini.
Trio tersebut ialah tekong dunia, Mohammad Syahir Mohd. Rosdi, Muhammad Zarif Marican Ibrahim Marican (tekong) dan Mohamad Azlan Alias (apit kanan) yang dijangka menjadi sandaran utama pasukan itu dalam misi memperbaiki pencapaian selepas menduduki tempat ketiga dalam saingan STL Premier 2025.
Yang Dipertua Persatuan Sepak Takraw Melaka (Pastam), Datuk Akramuddin Abdul Aziz berkata, ketiga-tiga pemain itu antara tonggak skuad kebangsaan yang menyumbang pingat emas selepas 36 tahun itu meningkatkan keyakinan terhadap kemampuan Melaka Titans untuk menjuarai STL Premier musim ini.
Menurutnya, selain tiga pemain tersebut Melaka Titans turut diperkuatkan pemain import dari Thailand, Aekksit Naphom (apit kanan), selain Muhammad Zaim Razali (apit kiri), Muhammad Asyraaf Zawawi (apit kanan) dan Muhammad Raqib Effendi (apit kiri) bagi melengkapkan barisan pemain.
“Gabungan pemain berpengalaman dan tenaga baharu itu diyakini mampu memberikan impak positif kepada prestasi pasukan sepanjang tujuh sirkit STL Premier yang akan dilalui nanti.
“Kita tidak menetapkan sasaran untuk memenangi kesemua tujuh sirkit kerana tidak mahu meletakkan bebanan kepada pemain. Sebaliknya, kita akan berusaha mendapatkan sebanyak mungkin kejuaraan.
“Saya percaya dengan pengalaman yang dimiliki pemain serta gandingan yang dibentuk, sesuatu yang membanggakan mampu dihasilkan untuk negeri Melaka,” katanya kepada pemberita selepas majlis memperkenalkan pemain dan jersi Melaka Titans di Melaka, kelmarin.
Majlis tersebut telah disempurnakan Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Dr. Mohd. Ali Mohd. Rustam.
Dalam majlis sama, Mohd. Ali turut mengumumkan insentif RM5,000 kepada setiap seorang pemain Melaka yang mewakili Malaysia di Aichi-Nagoya 2026 manakala pemain yang tidak mewakili Melaka termasuk pemain dan jurulatih menerima RM1,000 setiap seorang. – UTUSAN
The post Trio emas Sukan Asia perkukuh Melaka Titans appeared first on Utusan Malaysia .
Why it is new
Not enough measurements yet to explain the score. Explanations are generated only from stored data.
Attention graph
Not enough history in this window yet. The engine measures every five minutes.
Timeline
No timeline yet.
Where it started
Unknown.
How it spread
Not enough data to show how this spread.
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Nothing independently established yet.
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.