Malaysian Attention Engine
NewConfirmedupdated 1 h ago

Tuanku Nadzaruddin, Undang Yang Empat tegaskan krisis takhta Negeri Sembilan selesai

Reported by two or more established outlets, or an official source.

Attention
31
0% / 60 min
Momentum
35
1 vs 1 mentions/h
Sources
4
2 mentions
Platforms
1
News
First detected 20 Oct, 20:41 MYTLatest activity 20 Oct, 21:51BMconfidence 79%

What happened

Tuanku Nadzaruddin, Undang Yang Empat tegaskan krisis takhta Negeri Sembilan selesai (Google News Malaysia (BM), 20:41)

Read the reporting

1 report
Photo: Harian Metro
Harian Metro·News·BM·2 min read

Tuanku Nadzaruddin, Undang Yang Empat tegaskan krisis takhta Negeri Sembilan selesai

By Mohd Amin Jalil · 20 Oct, 20:44 MYT

am@hmetro.com.my

Seremban: Tunku Nadzaruddin Tuanku Ja'afar dan Undang Yang Empat yang dipertikaikan serta Tunku Besar Tampin mendakwa krisis takhta dan adat di Negeri Sembilan telah selesai serta tidak wajar dipolemik atau dipolitikkan selepas Proklamasi ditandatangani Menteri Besar Datuk Ismail Lasim pada 3 Ogos lalu.

Dalam satu kenyataan hari ini, mereka menegaskan bahawa dakwaan isu berkenaan belum selesai adalah tidak tepat dan menggesa pihak terbabit menghormati pentadbiran kerajaan negeri yang telah diberikan mandat besar oleh rakyat pada Pilihan Raya Negeri (PRN), 1 Ogos lalu.

"Kami menegaskan bahawa isu adat dan takhta Negeri Sembilan telah pun selesai dengan sempurna apabila Proklamasi Penurunan Takhta Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir di bawah Perkara 10(2) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan (UUTKNS) 1959.

"Proklamasi tersebut juga telah diterima dan diputuskan untuk dilaksanakan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Negeri Sembilan yang dipengerusikan oleh Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim pada 15 September 2026.

"Pemakluman rasmi mengenainya juga telah dibuat kepada Majlis Raja-Raja oleh Kerajaan Negeri Sembilan melalui surat rasmi YAB Menteri Besar pada 21 September 2026," kata kenyataan itu.

Dalam kenyataan itu juga, mereka turut menjunjung setinggi-tinggi kasih titah Raja-Raja Melayu bertarikh 14 Oktober lalu yang menyeru semua pihak terbabit dalam pertikaian takhta Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan agar mengutamakan kebijaksanaan, kesabaran dan penghormatan terhadap adab, adat dan maruah institusi diraja.

Mereka turut menyambut baik peringatan supaya pihak luar tidak mencampuri atau mempolitikkan pertikaian takhta Negeri Sembilan.

Kumpulan berkenaan menegaskan bahawa hal kedudukan takhta Yang di-Pertuan Besar adalah prerogatif mutlak Undang Yang Empat sebagaimana yang termaktub menurut adat dan UUTKNS 1959.

Kata mereka, Perkara 71(1) Perlembagaan Persekutuan turut memberikan perlindungan terhadap penyelesaian pertikaian hak menaiki takhta sesebuah negeri berdasarkan perlembagaan negeri masing-masing.

"Bagi Negeri Sembilan, pihak berkuasa itu ialah Undang Yang Empat di bawah Perkara 10 dan 11 UUTKNS 1959. Kerajaan Persekutuan, jabatan dan agensinya tidak mempunyai bidang kuasa dalam perkara ini.

"Mereka hendaklah menghormati kedaulatan Kerajaan Negeri Sembilan dan keluhuran adat serta UUTKNS 1959," katanya.

Kenyataan bersama itu turut menyentuh titah Tuanku Muhriz yang membatalkan perkenan pelantikan 10 EXCO Kerajaan Negeri Sembilan dan disusuli perwartaan berkaitan.

Mereka menyeru seluruh anggota pentadbiran dan pelaksana kerajaan negeri memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Menteri Besar dengan penuh dedikasi tanpa tunduk kepada tekanan mana-mana pihak.

"Kami menyeru seluruh rakyat Negeri Sembilan agar bertenang dan menjaga tutur kata. Rakyat juga diseru agar tidak menyebarkan khabar yang belum disahihkan dan tidak terpengaruh dengan naratif yang memecahbelahkan," katanya.

Kenyataan bersama ini hadir dipercayai selepas Raja-Raja Melayu pada 14 Oktober lalu menyeru pihak yang terbabit dalam pertikaian takhta Negeri Sembilan supaya menghormati adat, Perlembagaan negeri dan kewibawaan institusi raja.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • 4 independent sources, 1 new in the last hour
  • Driven by news coverage (4 mainstream mentions in 6h) with little social discussion so far
  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 35NEWnow21:0022:00
Latest 22:27 MYT
31New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources4Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Google News Malaysia (BM)) source
  2. Detected
    First detected (Harian Metro) source
  3. News
    First news outlet reports it (Harian Metro) source
  4. News
    First news outlet reports it (Berita Harian) source

Where it started

Google News Malaysia (BM) (News)
20 Oct, 20:41 MYT
Origin confidence 60% · 4 min ahead of the next source
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Google News Malaysia (BM)
    20:41

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 4 established outlet(s): Berita Harian, Google News Malaysia (BM), Harian Metro, Malaysiakini (BM)

What we don’t know

  • No open questions flagged by the rules.

All sources (4)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.