
UMWT catat jualan 24,500 unit pada suku ketiga
Only social or community posts, or a single source.
What happened
SHAH ALAM: UMW Toyota Motor (UMWT) merekodkan jualan lebih 24,500 unit kenderaan bagi tempoh Julai hingga September 2026, menjadikan jumlah jualan terkumpul sejak awal tahun melebihi 60,800 unit. (Berita Harian, 12:05)
Read the reporting
2 reports
UMWT catat jualan 24,500 unit pada suku ketiga
SHAH ALAM: UMW Toyota Motor (UMWT) merekodkan jualan lebih 24,500 unit kenderaan bagi tempoh Julai hingga September 2026, menjadikan jumlah jualan terkumpul sejak awal tahun melebihi 60,800 unit.
Prestasi itu mencerminkan usaha syarikat memperluaskan pengalaman pemilikan Toyota menerusi kemudahan digital, akses mobiliti lebih dan perkhidmatan selepas jualan.
Presiden UMW Toyota Motor, Datuk K Ravindran, berkata prestasi berkenaan mencerminkan kepercayaan berterusan rakyat Malaysia terhadap Toyota.
"Fokus kami adalah memastikan pelanggan yakin dengan pilihan mereka serta menikmati nilai Toyota jauh selepas meninggalkan bilik pameran," katanya menerusi satu kenyataan.
Bagi menggalakkan penggunaan perkhidmatan digital, kempen aplikasi Toyota MY diteruskan dari 14 September hingga 31 Disember 2026.
Pelanggan menerima 500 mata Loyal-T selepas pendaftaran aplikasi dan 500 mata bagi setiap tempahan servis yang dibuat menerusinya.
Dalam perkembangan lain, UMWT bekerjasama dengan chargEV dan JomCharge untuk menambah akses pengecasan kenderaan elektrik (EV) di lokasi Toyota dan Lexus seluruh negara.
Sebanyak 42 lokasi pengecasan awam di 21 lokasi disasarkan beroperasi secara berperingkat pada separuh pertama 2027, merangkumi 38 lokasi menerusi chargEV dan empat untuk JomCharge.
Setakat ini, tujuh lokasi sudah siap, manakala baki kemudahan akan dilaksanakan secara berperingkat.
Rangkaian itu terbuka kepada semua pengguna EV bagi memudahkan akses pengecasan dan menyokong perkembangan mobiliti elektrik di Malaysia.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- 2 independent sources, 1 new in the last hour
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
- First mainstream coverage by Berita Harian at 12:05, 88 min after first detection
- Discussed in English, Bahasa Malaysia
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1NewsPaul Tan's Automotive News10:37
- Step 2News outletsBerita Harian12:05 · +88 min
Internet reaction
- UMW Toyota Motor closes Q3 2026 with 24,500 units sold – 3,700 units up from Q2; YTD currently at 60,800 unitsu/Gerard Lye · Paul Tan's Automotive News · 10:37 · EN
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.