Malaysian Attention Engine
Live wire
56PRN Melaka: Bekas ketua menteri buat ‘come back’, cuba nasib DUN Sungai Udang44Baby’s body found in Kuala Berang drain missing head and hand, police investigating40Most of Indonesia’s fires outside Malaysian-owned concessions, says Fahmi39Jerebu: Tiada keperluan hantar nota diplomatik kepada Indonesia36Sesi sulung jurucakap baharu White House, lebih banyak puji Trump, kurang jawab soalan wartawan36Ab Ghani mahu Harimau Muda mengaum di Selayang36General : Man Critical After Fish Bomb Explodes At Home36Isu tular Hospital Jitra, usaha kurangkan masa menunggu35'Jangan hina wartawan sukan' - SAM34Penemuan mayat terbakar di Pasir Gudang diklasifikasi SDR34Tesla Model 3 2026 Malaysia: New upgrades, same price34General : Haze: Johor Wants ASEAN To Call For A Meeting To Discuss Future Preventive Measures
NewConfirmedupdated 1 h ago

Uruguay uji peranti elektronik ganti kad kuning, merah

Reported by two or more established outlets, or an official source.

Attention
24
no previous hour
Momentum
24
0 vs 0 mentions/h
Sources
2
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 17 Oct, 07:35 MYTLatest activity 17 Oct, 08:34BMconfidence 80%

What happened

MONTEVIDEO: Uruguay menguji penggunaan kad elektronik bagi menggantikan kad kuning dan merah yang digunakan pengadil ketika ini, dalam usaha memodenkan pengadilan bola sepak. (Berita Harian, 07:35)

Read the reporting

1 report
Photo: Berita Harian
Berita Harian·News·BM·1 min read

Uruguay uji peranti elektronik ganti kad kuning, merah

By REUTERS · 17 Oct, 07:35 MYT

MONTEVIDEO: Uruguay menguji penggunaan kad elektronik bagi menggantikan kad kuning dan merah yang digunakan pengadil ketika ini, dalam usaha memodenkan pengadilan bola sepak.

Percubaan itu dilakukan pengadil, Eduardo Varela, ketika perlawanan Copa Uruguay antara Nacional dan Rentistas, kelmarin, apabila beliau menggunakan peranti elektronik sebesar telefon pintar untuk memberikan amaran kepada pemain.

Pengarah syarikat REFe, Mauro Sacco, berkata inovasi itu bertujuan memperkenalkan teknologi dalam aspek pengadilan bola sepak yang masih menggunakan kaedah manual.

"Kami mahu membawa teknologi kepada satu-satunya perkara dalam bola sepak yang masih bersifat analog," katanya kepada radio Uruguay, El Espectador Deportes, semalam.

Idea itu tercetus lebih tiga tahun lalu apabila Sacco dan rakan pengarahnya, Diego de la Pena, memikirkan kesukaran pengadil merekodkan amaran secara manual sebelum memindahkan maklumat berkenaan ke sistem digital, terutama ketika cuaca hujan.

Peranti baharu itu merekodkan insiden perlawanan berserta cap masa bagi memudahkan penyediaan laporan rasmi dan penghantaran maklumat ke platform COMET milik Persatuan Bola Sepak Uruguay.

Varela menyifatkan peranti itu mudah digunakan dengan perisian yang bertindak balas pantas, namun mengakui penggunaan teknologi berkenaan mengurangkan sedikit elemen dramatik ketika pengadil melayangkan kad.

Percubaan itu bagaimanapun mendedahkan kelemahan dari segi keterlihatan apabila cahaya matahari menyukarkan paparan skrin dilihat.

Penonton di stadium dan televisyen juga menghadapi kesukaran membezakan sesetengah keputusan pengadil ketika perlawanan berlangsung.

De la Pena berkata teknologi itu masih perlu ditambah baik bagi memastikan warna kad kuning dan merah dapat dilihat dengan jelas oleh penonton di stadium serta menerusi siaran televisyen.

Syarikat berkenaan kini meneliti penggunaan lampu LED di sekeliling peranti untuk meningkatkan kejelasan warna.

Sacco berkata jenama itu sudah didaftarkan, manakala perkakasan dan perisiannya dipatenkan dengan pasukan pembangun berpangkalan di China.

Ujian berkenaan turut mencetuskan pelbagai reaksi dalam talian, namun REFe berharap teknologi itu dapat terus ditambah baik sebelum berpeluang digunakan oleh badan induk bola sepak Amerika Selatan, CONMEBOL, dan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 31NEWnow08:0009:00
Latest 09:45 MYT
24New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources2Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Berita Harian) source

Where it started

Berita Harian (News)
17 Oct, 07:35 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Berita Harian
    07:35

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (2)

Era baharu pengadilan, kad elektronik diuji
Harian MetroNewsmainstreamBMnear-duplicate

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.

Uruguay uji peranti elektronik ganti kad kuning, merah · Malaysian Attention Engine