
Usah biar tragedi pelajar bunuh diri, buli berlalu tanpa iktibar
Only social or community posts, or a single source.
What happened
AMAT menyayat hati apabila membaca laporan mengenai murid sekolah meninggal dunia akibat bunuh diri atau menjadi mangsa keganasan. Lebih memilukan apabila rakan sebaya mereka sendiri disyaki terbabit. (Berita Harian, 11:36)
Read the reporting
1 report
Usah biar tragedi pelajar bunuh diri, buli berlalu tanpa iktibar
AMAT menyayat hati apabila membaca laporan mengenai murid sekolah meninggal dunia akibat bunuh diri atau menjadi mangsa keganasan. Lebih memilukan apabila rakan sebaya mereka sendiri disyaki terbabit.
Kematian seorang pelajar di Sabah tahun lalu menggemparkan negara. Kini, berita kematian pelajar tingkatan empat di sekolah menengah di Yong Peng, Johor pada 3 Oktober lalu sekali lagi menyedarkan kita betapa tragisnya kehilangan seorang anak muda.
Kita tidak boleh membiarkan tragedi sebegini menjadi perkara sekadar mencetuskan reaksi, dibincangkan dan kemudian dilupakan.
Adakah kita sebagai orang dewasa, mengabaikan tanggungjawab terhadap anak kita. Secara bersama, kita perlu menilai sama ada benar-benar menunaikan tanggungjawab terhadap mereka.
Kita perlu berhenti menuding jari antara satu sama lain. Reaksi terburu-buru mungkin memberikan gambaran sesuatu sedang dilakukan, tetapi tanpa usaha berterusan, kesannya amat terbatas.
Sementara itu, anak kita terus terdedah kepada risiko. Bermula dari rumah dan sekolah hingga kepada masyarakat serta Kementerian Pendidikan (KPM), setiap pihak bertanggungjawab membantu anak membesar dalam keadaan selamat, dengan nilai kasih sayang, pegangan yang baik dan rasa hormat terhadap orang lain.
Apakah nilai sedang kita terapkan dalam diri anak hari ini? Adakah kita mengajar mereka mengurus kemarahan, menghadapi kekecewaan dan menyelesaikan perselisihan tanpa menghina atau menggunakan kekerasan?
Pada masa sama, adakah tingkah laku kita sendiri mencerminkan nilai berkenaan. Keluarga ialah unit asas masyarakat. Oleh itu, kita perlu mengemukakan beberapa soalan mungkin sukar dijawab.
Luangkan masa bersama anak
Sejauh manakah kita mengenali anak kita. Adakah kita mengenali rakan mereka, memahami ketakutan, kekecewaan dan keresahan mereka serta mengetahui aktiviti mereka dalam talian?
Adakah mereka berasa cukup selamat untuk memberitahu kita apabila menghadapi masalah atau apabila mereka menyakiti orang lain?
Soalan ini seharusnya mendorong muhasabah, bukan menjadi satu lagi alasan menyalahkan ibu bapa. Keluarga berhadapan pelbagai tekanan.
Namun, kita tetap perlu meluangkan masa mendengar, memerhatikan dan membina hubungan emosi erat dengan anak. Tinggal sebumbung tidak semestinya bermakna kita saling memahami.
Sekolah mesti menyediakan persekitaran membolehkan murid melaporkan perbuatan buli, ancaman dan tekanan emosi dengan keyakinan suara mereka didengar dan keselamatan mereka dilindungi.
Setiap kebimbangan perlu disusuli dengan tindakan segera, tanggungjawab jelas serta kerjasama antara keluarga, pendidik dan perkhidmatan sokongan berkaitan.
Mereka yang melakukan keganasan perlu dipertanggungjawabkan. Pada masa sama, kita mesti memahami keadaan mendahuluinya dan mengenal pasti peluang campur tangan mungkin terlepas pandang.
Kita juga perlu menyedari bunuh diri dan keganasan terhadap orang lain adalah dua tragedi berbeza. Kedua-duanya tidak wajar dijelaskan melalui satu punca sahaja atau dianggap akibat kelemahan didikan keluarga.
Tindak balas kita tidak boleh berakhir dengan kemarahan selepas berlaku kematian. Ia mesti diterjemahkan kepada perhatian setiap hari, batas tingkah laku jelas dan konsisten, bimbingan penuh empati serta sokongan mudah diperoleh.
Anak kita hari ini akan menjadi orang dewasa masa hadapan. Keselamatan dan perkembangan mereka tanggungjawab bersama perlu kita tunaikan sekarang.
Marilah berhenti sejenak, bermuhasabah dan bertindak bersama sebelum sebuah lagi keluarga terpaksa meratapi kehilangan anak mereka.
Dr K Gayathri,
Pakar perunding psikiatri, Melaka
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Berita Harian) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian11:36
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.