Malaysian Attention Engine
Live wire
43Man United, Tottenham terdesak menang42Go away, I don’t want to see you, Tuanku Muhriz rebukes Negeri Sembilan MB41Jerebu: 36 kawasan catat IPU tidak sihat, Seremban dan Segamat tertinggi40General : China Agrees In Principle With Malaysia's Proposal For World TVET Council - Ahmad Zahid39Seven charged with criminal conspiracy involving crypto scam39PRN Melaka: Bekas ketua menteri buat ‘come back’, cuba nasib DUN Sungai Udang36‘Suami arwah hubungi adik, dia sudah bunuh isteri’36Lumba haram, tonto berdepan hukuman lebih berat34கரப்பான் பூச்சி ஜனதா கட்சியின் தேசியக்கொடி பேரணி.. டெல்லியில் 6000 போலீசார் குவிப்பு: அபிஜித் தீப்கே கைதாக வாய்ப்பு34Arteta pertahan keputusan Arsenal buang 60 pekerja33Marc perlu magis di lima pusingan terakhir33Malaysia unveils six homegrown chips worth RM300m as it shifts from making to designing semiconductors
NewUnconfirmedupdated 1 h ago

Vivy, suami keluarkan RM11 juta melalui kaunter bank – Saksi

Only social or community posts, or a single source.

Attention
17
−100% / 60 min
Momentum
19
0 vs 1 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 17 Oct, 06:15 MYTLatest activity 17 Oct, 06:15BMconfidence 60%

What happened

KUALA LUMPUR: Pengasas bersama FashionValet, Datin Vivy Sofinas Yusof dan suaminya, Datuk Fadzarudin Shah Anuar masing-masing telah mengeluarkan wang sebanyak RM5.5 juta daripada akaun peribadi mereka pada 5 September 2018. (Utusan Malaysia, 06:15)

Read the reporting

1 report
Photo: Utusan Malaysia
Utusan Malaysia·News·BM·2 min read

Vivy, suami keluarkan RM11 juta melalui kaunter bank – Saksi

By ZAHRA MOHAMAD ZHAHIR · 17 Oct, 06:15 MYT

KUALA LUMPUR: Pengasas bersama FashionValet, Datin Vivy Sofinas Yusof dan suaminya, Datuk Fadzarudin Shah Anuar masing-masing telah mengeluarkan wang sebanyak RM5.5 juta daripada akaun peribadi mereka pada 5 September 2018.

Pengurus Perkhidmatan Perbankan Public Bank Cawangan Bukit Damansara, Tay Lay Hong, 54, memaklumkan perkara itu berdasarkan semakan penyata bank kedua-dua individu berkenaan yang menunjukkan pengeluaran wang dilakukan melalui kaunter bank pada tarikh sama.

“Pada 5 September 2018, terdapat satu transaksi pengelua­ran wang berjumlah RM5.5 juta daripada akaun Vivy melalui kaunter bank. Semakan terhadap penyata akaun Fadzarudin turut menunjukkan pengeluaran RM5.5 juta pada tarikh sama melalui kaunter bank.

“Saya sahkan pengeluaran ini adalah dilakukan secara pengeluaran wang di kaunter bank, cuma saya sahkan Branch 269 itu adalah bukan Public Bank Bukit Damansara kerana kod Public Bank Bukit Damansara adalah Branch 066,” katanya ketika membaca pernyataan saksinya di Mahkamah Sesyen di sini semalam.

Lay Hong yang merupakan saksi pendakwaan kelima ber­kata, semakan penyata bank turut mendapati kedua-dua tertuduh masing-masing menerima RM5 juta daripada syarikat 30 Maple Sdn. Bhd. beberapa hari sebelum pengeluaran wang berkenaan.

Menurutnya, wang RM5 juta dimasukkan ke dalam akaun peribadi Vivy pada 3 September 2018 manakala jumlah sama dimasukkan ke dalam akaun Fadzarudin sehari kemudian.

Pasangan suami isteri itu didakwa melakukan pemindahan dana pelaburan Khazanah Nasional Bhd. (Khazanah) dan Permodalan Nasional Bhd. (PNB) sebanyak RM8 juta daripada akaun bank FashionValet kepada syarikat 30 Maple tanpa kelulusan ahli lembaga penga­rah platform e-dagang berke­naan.

Pertuduhan dikemukakan men­gikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang dua tahun dan maksimum 20 tahun serta sebatan dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Pasangan itu turut berdepan dua pertuduhan pilihan kerana didakwa menyalahgunakan harta milik FashionValet, iaitu dana pelaburan Khazanah dan PNB berjumlah RM8 juta.

Pertuduhan pilihan itu dikemukakan mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama. Perbicaraan di hadapan Hakim Rosli Ahmad bersambung pada 3 November ini.- UTUSAN.

The post Vivy, suami keluarkan RM11 juta melalui kaunter bank – Saksi appeared first on Utusan Malaysia .

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow07:00
Latest 07:50 MYT
17New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Utusan Malaysia) source

Where it started

Utusan Malaysia (News)
17 Oct, 06:15 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Utusan Malaysia
    06:15

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Utusan Malaysia

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.

Vivy, suami keluarkan RM11 juta melalui kaunter bank – Saksi · Malaysian Attention Engine