Malaysian Attention Engine
Live wire
51Pelajar universiti ‘kantoi’ seludup 4 kilogram syabu dari Malaysia51630 warga asing ditahan di tapak pembinaan kilang bateri50Jet bawa dadah: Keterangan broker dedah lelaki Filipina sewa jet peribadi, miliki rekod dadah46Bukan tugas mudah berdepan Pohang Steelers - Munoz45[VIDEO] Warga emas pandu kereta 130 meter di landasan KTMB44Lima rakyat Malaysia ditahan di Jepun, seludup kokain RM3.1 juta dalam kasut44General : Federal-state Cooperation Key To Inclusive, Sustainable Development – Anwar42Jerebu: 36 kawasan catat IPU tidak sihat, Seremban dan Segamat tertinggi42Business : Malaysia Targets MEUFTA Signing By End-June 2027 - Johari41Budak lima tahun maut dirempuh kereta pandu melulu di Jalan Kuching41KPM pertahan kaedah gred SPM meskipun skor Pisa merosot41Askar maut tercampak dari jejambat hempap penunggang motor dekat TBS
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

Wujud SOP mohon warganegara anak dewasa, KDN diberitahu

Only social or community posts, or a single source.

Attention
20
no previous hour
Momentum
24
0 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 13 Oct, 18:45 MYTLatest activity 13 Oct, 18:45BMconfidence 60%

What happened

Teresa Kok (PH-Seputeh) berkata kebanyakan ibu berusia antara 60 hingga 80 tahun mahu kembali menetap di Malaysia bersama anak dewasa, yang juga merupakan penjaga utama mereka. (Gambar Bernama) KUALA LUMPUR: Teresa Kok (PH-Seputeh) menyeru Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyediakan SOP jelas bagi permohonan kewarganegaraan melalui proses naturalisasi untuk anak dewasa yang dilahirkan di luar negara oleh ibu warganegara Malaysia. (Free Malaysia Today, 18:45)

Read the reporting

1 report
Photo: Free Malaysia Today
Free Malaysia Today·News·BM·2 min read

Wujud SOP mohon warganegara anak dewasa, KDN diberitahu

By Anne Muhammad · 13 Oct, 18:45 MYT

Teresa Kok (PH-Seputeh) berkata kebanyakan ibu berusia antara 60 hingga 80 tahun mahu kembali menetap di Malaysia bersama anak dewasa, yang juga merupakan penjaga utama mereka. (Gambar Bernama) KUALA LUMPUR: Teresa Kok (PH-Seputeh) menyeru Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyediakan SOP jelas bagi permohonan kewarganegaraan melalui proses naturalisasi untuk anak dewasa yang dilahirkan di luar negara oleh ibu warganegara Malaysia.

Katanya, ketiadaan garis panduan khusus mengikut Perkara 19 Perlembagaan Persekutuan menyebabkan ibu warga emas berdepan pelbagai cabaran struktur dan pentadbiran ketika membantu anak mereka memohon kewarganegaraan.

Beliau berkata, kebanyakan ibu berusia antara 60 hingga 80 tahun dan mahu kembali menetap di Malaysia bersama anak dewasa, yang juga merupakan penjaga utama mereka.

“Golongan ibu warga Malaysia ini kini cuma berhasrat untuk pulang menetap di Malaysia bersama dengan anak-anak mereka yang telah dewasa yang merupakan penjaga utama kepada para ibu warga emas ini.

“Saya ingin minta KDN untuk mengambil langkah proaktif untuk membantu anak-anak dewasa kepada ibu warga Malaysia untuk menguruskan permohonan melalui saluran naturalisasi sedia ada,” katanya di Dewan Rakyat.

Pada sidang Parlimen lalu, katanya timbalan menteri dalam negeri memberi respons positif dengan menyatakan anak dewasa yang dilahirkan di luar negara dan tidak dapat memohon kewarganegaraan di bawah Perkara 15(2) boleh mengemukakan permohonan melalui proses naturalisasi di bawah Perkara 19.

Namun, ibu terbabit masih menghadapi kesukaran menguruskan permohonan anak mereka berikutan ketiadaan SOP.

Justeru, beliau meminta KDN mengambil langkah proaktif bagi membantu anak dewasa berkenaan menggunakan saluran naturalisasi sedia ada.

Dalam pada itu, Teresa turut menggesa kerajaan mengumumkan tarikh kuat kuasa Rang Undang-undang (RUU) Pindaan Perlembagaan 2025 berkaitan kewarganegaraan bagi anak yang dilahirkan di luar negara oleh ibu warganegara Malaysia.

Katanya, walaupun RUU itu diluluskan Dewan Rakyat dan Dewan Negara pada Disember 2024, diperkenan Yang di-Pertuan Agong pada 7 Mac 2025 dan diwartakan pada 20 Mac tahun sama, tarikh pelaksanaannya masih belum diumumkan.

Beliau berkata, ketidakpastian itu menimbulkan kebimbangan dalam kalangan ibu warganegara Malaysia yang menetap di luar negara, khususnya mereka yang sudah memasuki trimester ketiga kehamilan.

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 31NEWnow20:0021:00
Latest 21:07 MYT
20New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Free Malaysia Today) source

Where it started

Free Malaysia Today (News)
13 Oct, 18:45 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Free Malaysia Today
    18:45

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Free Malaysia Today

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.

Wujud SOP mohon warganegara anak dewasa, KDN diberitahu · Malaysian Attention Engine