
Jerebu berlarutan beri tekanan, ancam kelangsungan PMKS
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
PETALING JAYA: Perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dijangka berdepan tekanan kewangan paling besar sekiranya fenomena jerebu yang melanda negara berlarutan, susulan kekangan aliran tunai dan keupayaan terhad untuk menyerap peningkatan kos operasi. (Utusan Malaysia, 08:05)
Read the reporting
1 report
Jerebu berlarutan beri tekanan, ancam kelangsungan PMKS
PETALING JAYA: Perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dijangka berdepan tekanan kewangan paling besar sekiranya fenomena jerebu yang melanda negara berlarutan, susulan kekangan aliran tunai dan keupayaan terhad untuk menyerap peningkatan kos operasi.
Pensyarah Kanan Jabatan Ekonomi dan Pengajian Kewangan Universiti Teknologi MARA (UiTM), Dr. Mohamad Idham Md. Razak berkata, berbanding syarikat korporat besar, PMKS lebih terdedah kepada risiko gangguan perniagaan kerana mempunyai simpanan kewangan yang terhad untuk menampung kemerosotan pendapatan dalam tempoh berpanjangan.
Menurutnya, penurunan kehadiran pelanggan, kelewatan penghantaran serta peningkatan ketidakhadiran pekerja akibat masalah kesihatan boleh menjejaskan operasi perniagaan, sedangkan komitmen kewangan bulanan perlu terus dipenuhi.
“Apabila pelanggan berkurangan, penghantaran tertangguh atau pekerja terpaksa mengambil cuti sakit, perniagaan tetap perlu menanggung kos sewa, gaji dan utiliti walaupun pendapatan merosot.
“Keadaan ini bukan sahaja menjejaskan keuntungan bersih perniagaan, bahkan boleh mengganggu pembayaran kepada pembekal sekali gus menjejaskan kelangsungan operasi sekiranya gangguan berterusan,” katanya kepada Utusan Malaysia.
Mengulas lanjut, Idham berkata, jerebu tidak seharusnya dilihat semata-mata sebagai krisis alam sekitar, sebaliknya berpotensi menjadi risiko ekonomi yang menjejaskan pelbagai sektor utama negara secara serentak.
Antara sektor yang paling terdedah termasuk pelancongan, penerbangan, pertanian, pembinaan, logistik, pengangkutan dan peruncitan domestik, khususnya industri yang bergantung pada aktiviti luar serta pergerakan pengguna.
Beliau berkata, fenomena itu berpotensi mengakibatkan kerugian ekonomi mencecah RM1.5 bilion sebulan, bersamaan antara RM20 juta hingga RM50 juta sehari sekiranya krisis berlarutan.
Bagaimanapun, katanya, angka tersebut merupakan anggaran potensi kesan gandaan ekonomi dan bukannya jumlah kerugian sebenar yang telah direkodkan secara menyeluruh bagi semua perniagaan ketika ini.
Bagi mengurangkan kesan terhadap peniaga kecil, beliau menggesa kerajaan melaksanakan intervensi secara menyeluruh menerusi bantuan kewangan jangka pendek serta langkah penyelesaian jangka panjang bagi menangani punca kejadian jerebu.
“Antara langkah yang boleh dipertimbangkan ialah menyediakan kemudahan pembiayaan modal kerja, penjadualan semula pinjaman kepada peniaga terjejas dan bantuan pendigitalan bagi membolehkan PMKS meneruskan operasi melalui platform dalam talian.
“Pada masa sama, kerjasama serantau, termasuk dengan Indonesia, perlu diperkukuh menerusi penguatkuasaan yang lebih berkesan bagi membendung kebakaran hutan dan tanah gambut yang boleh mencetuskan jerebu rentas sempadan,” katanya.
Sementara itu, Pengarah Strategi Pelaburan dan Pakar Ekonomi Negara IPPFA Sdn. Bhd., Mohd. Sedek Jantan berkata, jerebu turut meningkatkan kos operasi perniagaan apabila majikan perlu menyediakan sistem penapisan udara, peralatan perlindungan dan sokongan kesihatan bagi mengurangkan risiko terhadap pekerja.
Menurut beliau, industri yang bergantung pada aktiviti luar seperti pembinaan, logistik dan rekreasi berkemungkinan mengalami kemerosotan produktiviti yang lebih ketara apabila kualiti udara semakin buruk.
“Peningkatan kepekatan zarah halus PM2.5 sebanyak satu mikrogram bagi setiap meter padu secara langsung dikaitkan dengan penurunan produktiviti pekerja antara 0.6 peratus hingga 1.9 peratus.
“Apabila isi rumah mula mengehadkan aktiviti luar, perjalanan dan aktiviti makan di luar, perbelanjaan pengguna akan menyusut sekali gus melembapkan aktiviti ekonomi domestik secara fizikal,” katanya. – UTUSAN
The post Jerebu berlarutan beri tekanan, ancam kelangsungan PMKS appeared first on Utusan Malaysia .
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Utusan Malaysia) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsUtusan Malaysia08:05
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Utusan Malaysia
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.
