
AMT2026 janjikan malam penuh debaran
Only social or community posts, or a single source.
What happened
KUALA LUMPUR: Persaingan merebut gelaran paling popular bakal memuncak apabila Anugerah Melodi Terhangat 2026 (AMT2026) mempertaruhkan 12 anugerah dan satu anugerah utama pada malam kemuncaknya yang berlangsung di Selangor International Trade Centre (SITC), malam esok. (Berita Harian, 11:31)
Read the reporting
1 report
AMT2026 janjikan malam penuh debaran
KUALA LUMPUR: Persaingan merebut gelaran paling popular bakal memuncak apabila Anugerah Melodi Terhangat 2026 (AMT2026) mempertaruhkan 12 anugerah dan satu anugerah utama pada malam kemuncaknya yang berlangsung di Selangor International Trade Centre (SITC), malam esok.
Bersiaran secara langsung menerusi TV3 dan platform penstriman Tonton pada jam 9 malam, AMT2026 bukan sahaja menghimpunkan nama besar industri hiburan, malah menjanjikan persembahan daripada barisan penghibur merentas genre dan generasi.
Edisi kali ini turut menyaksikan pelakon dan pengacara, Kamal Adli, mengemudi pentas anugerah berskala besar buat kali pertama bersama Ain Edruce sebagai hos utama.
Antara penghibur yang bakal memeriahkan pentas ialah Misha Omar, Ernie Zakri, Nadeera, DOLLA, Haqiem Rusli, Aisha Retno, Adira Suhaimi, Wany Hasrita, Shiha Zikir, Alyph, Aman RA, Tuju, Yasin Sulaiman, Bunga, Luqman Podolski, Mariam Saim dan Mohsein Kush.
Kemuncak acara turut diserikan dengan kehadiran barisan penyampai anugerah daripada pelbagai latar dunia hiburan, termasuk Datuk Seri Siti Nurhaliza, Phei Yong, Encik KC Hoe, Datuk Rosyam Nor, Erra Fazira, Zarif Ghazzi, Siti Saleha, Hael Husaini, Dayang Nurfaizah, Sharif Zero, Janna Nick dan Daiyan Trisha.
Sebelum acara utama bermula, perhatian peminat terlebih dahulu tertumpu pada Karpet Merah AMT2026 yang dikendalikan Ceddy Ang, Fiza Frizzy dan Ferra Mazlan bermula jam 8 malam.
Penonton juga berpeluang mengikuti perkembangan di sebalik pentas menerusi siaran langsung di TikTok Melodi Terhangat.
Walaupun malam kemuncak AMT2026 bakal menyaksikan pengumuman sebahagian besar pemenang, persaingan merebut gelaran Terhangat belum berakhir sepenuhnya.
Empat gelaran lain hanya akan diumumkan pada CUCKOOTOPIA - Konsert Penghargaan Ulang Tahun Ke-12 Dihangatkan oleh AMT2026, yang dijadual berlangsung di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur, pada 24 Oktober ini.
Kategori berkenaan ialah Keluarga Selebriti Terhangat, Selebriti Fit Terhangat, Selebriti Chemistry Terhangat dan Selebriti Mandarin Terhangat.
Pengumuman itu dijangka meneruskan debaran peminat ke pentas konsert, sekali gus memberi peluang kepada mereka untuk meraikan selebriti pilihan masing-masing.
AMT2026 dihangatkan oleh CUCKOO selaku Penaja Terhangat.
Maklumat lanjut mengenai acara itu boleh diikuti menerusi akaun media sosial rasmi TV3 dan Melodi Terhangat di Facebook, Instagram, X, Threads serta TikTok di @TV3Malaysia dan @MelodiTerhangat.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Berita Harian) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian11:31
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.