Malaysian Attention Engine
Live wire
52‘Suami arwah hubungi adik, dia sudah bunuh isteri’50Sindiket transit minyak masak di lokasi terpencil sebelum seludup ke negara jiran475 sekolah di Nilai terima bungkusan misteri46General : Malaysia Airlines To Resume Flights To Jeddah, Madinah Tomorrow45General : Suspicious Packages At Schools: MOE Leaves Probe To Police - Fadhlina45Penemuan barang mencurigakan di sekolah perlu dilapor segera44'Saya sudah lakukan yang terbaik' - Ramanan yakin Sungai Buloh kekal kerusi selamat44ATM kaji semula elaun Askar Wataniah44Arteta yakin Gyokeres mampu tamatkan kemarau gol42Go away, I don’t want to see you, Tuanku Muhriz rebukes Negeri Sembilan MB41MOT rangka pindaan undang-undang kes curi kabel rel40Singapura keluar notis amaran kepada 7 syarikat Indonesia dikenal pasti jadi punca jerebu
NewConfirmedupdated 49 min ago

Arif Aiman mampu 'meletup' di Eropah - Diks

Reported by two or more established outlets, or an official source.

Attention
21
−100% / 60 min
Momentum
19
0 vs 1 mentions/h
Sources
2
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 17 Oct, 12:12 MYTLatest activity 17 Oct, 13:18BMconfidence 80%

What happened

KUALA LUMPUR: Kehebatan Arif Aiman Hanapi di atas padang bukan sahaja mendapat pengiktirafan peminat bola sepak tempatan, malah turut mencuri perhatian pertahanan Borussia Monchengladbach, Kevin Diks yang percaya bintang Johor Darul Ta'zim (JDT) itu berpotensi mencipta kejayaan di Eropah. (Berita Harian, 12:12)

Read the reporting

1 report
Photo: Berita Harian
Berita Harian·News·BM·1 min read

Arif Aiman mampu 'meletup' di Eropah - Diks

By Firdaus Hashim · 17 Oct, 12:12 MYT

KUALA LUMPUR: Kehebatan Arif Aiman Hanapi di atas padang bukan sahaja mendapat pengiktirafan peminat bola sepak tempatan, malah turut mencuri perhatian pertahanan Borussia Monchengladbach, Kevin Diks yang percaya bintang Johor Darul Ta'zim (JDT) itu berpotensi mencipta kejayaan di Eropah.

Pemain antarabangsa Indonesia itu menyifatkan Arif Aiman sebagai pemain berkualiti tinggi dan memiliki kemampuan untuk bersaing di pentas bola sepak Eropah berdasarkan apa yang dilihatnya ketika berdepan pemain sayap Harimau Malaya itu.

"Dia memang pemain yang sangat bagus. Saya difahamkan dia bermain di JDT, jika saya tidak silap.

"Saya rasa dia seorang pemain yang sangat bagus dan berpotensi untuk mencipta kejayaan di Eropah," katanya dalam temu bual bersama portal dalam talian OlahBola.

Pengiktirafan daripada Diks itu pastinya menjadi pujian bermakna buat Arif Aiman yang terus menjadi antara watak penting JDT, selain memainkan peranan besar bersama skuad kebangsaan.

Menerusi temu bual sama, Diks turut memilih Arif Aiman sebagai antara pemain paling sukar dihadapinya ketika saingan Piala ASEAN FIFA awal bulan ini, sekali gus menggambarkan ancaman yang mampu dicetuskan pemain berusia 24 tahun itu.

Keupayaan Arif Aiman melakukan gerakan pantas, mencabar pertahanan lawan secara satu lawan satu serta mencipta peluang di bahagian sayap menjadikannya pemain yang perlu diberikan perhatian khusus oleh barisan pertahanan lawan.

Bagaimanapun, Diks berpandangan Arif Aiman mungkin memilih untuk terus beraksi di Malaysia, meskipun mempunyai potensi untuk mengembangkan karier di Eropah.

"Tetapi berdasarkan apa yang saya faham, dia mungkin akan kekal di Malaysia kerana dia suka bermain di sana," katanya.

Arif Aiman sebelum ini terus membuktikan kepentingannya bersama JDT menerusi sumbangan dalam saingan domestik dan antarabangsa, selain menjadi antara pemain yang sering menjadi sandaran Harimau Malaya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow13:0014:00
Latest 14:04 MYT
21New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources2Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Berita Harian) source

Where it started

Berita Harian (News)
17 Oct, 12:12 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Berita Harian
    12:12

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (2)

Arif Aiman mampu 'meletup' di Eropah - Diks
Berita HarianNewsmainstreamBM
Arif Aiman layak ke Eropah
Harian MetroNewsmainstreamBMnear-duplicate

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.

Arif Aiman mampu 'meletup' di Eropah - Diks · Malaysian Attention Engine