Malaysian Attention Engine
Live wire
52‘Suami arwah hubungi adik, dia sudah bunuh isteri’50Sindiket transit minyak masak di lokasi terpencil sebelum seludup ke negara jiran475 sekolah di Nilai terima bungkusan misteri46General : Malaysia Airlines To Resume Flights To Jeddah, Madinah Tomorrow45General : Suspicious Packages At Schools: MOE Leaves Probe To Police - Fadhlina45Penemuan barang mencurigakan di sekolah perlu dilapor segera44'Saya sudah lakukan yang terbaik' - Ramanan yakin Sungai Buloh kekal kerusi selamat44ATM kaji semula elaun Askar Wataniah44Arteta yakin Gyokeres mampu tamatkan kemarau gol42Go away, I don’t want to see you, Tuanku Muhriz rebukes Negeri Sembilan MB41MOT rangka pindaan undang-undang kes curi kabel rel40Singapura keluar notis amaran kepada 7 syarikat Indonesia dikenal pasti jadi punca jerebu
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

Costa Rica bina penjara mega kawalan ketat ala El Salvador

Only social or community posts, or a single source.

Attention
31
no previous hour
Momentum
32
1 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 17 Oct, 12:00 MYTLatest activity 17 Oct, 12:00BMconfidence 60%

What happened

Details are being gathered from the sources below.

Read the reporting

1 report
Photo: Utusan Malaysia
Utusan Malaysia·News·BM·1 min read

Costa Rica bina penjara mega kawalan ketat ala El Salvador

By ISZ YUSLIZA · 17 Oct, 12:00 MYT

SAN JOSE: Presiden Costa Rica, Laura Fernandez Delgado melancarkan sebuah penjara kawalan ketat berkapasiti 5,100 banduan yang dibina berasaskan model Pusat Kurungan Pengganas (CECOT) kontroversial di El Salvador sebagai usaha memperkasakan penentangan terhadap jenayah terancang.

Pusat Bendungan Tinggi Jenayah Terancang (CACCO) baharu itu direka khas untuk menempatkan penjenayah berprofil tinggi dan terletak berhampiran penjara La Reforma, kira-kira 25 kilometer dari ibu negara, San Jose.

Penjara berkenaan dijangka menerima kumpulan banduan terawal menjelang akhir Oktober ini.

“Saya yakin hari ini kita menandakan penanda aras baharu dalam keselamatan penjara dan keselamatan negara secara keseluruhannya,” kata Fernandez pada sidang akhbar semasa majlis pelancaran tersebut.

Beliau menambah bermula hari ini, Costa Rica bakal menjadi rujukan global bagi sistem keselamatan penjara.

Fasiliti mega tersebut mengambil inspirasi daripada CECOT, sebuah penjara gergasi yang ditubuhkan di bawah pentadbiran Presiden El Salvador, Nayib Bukele susulan tindakan tegas kerajaannya memerangi kumpulan jenayah terancang.

Fernandez, yang mengambil alih pentadbiran awal tahun ini berikrar untuk meneruskan dasar pendahulunya, Rodrigo Chaves Robles yang secara terbuka mengagumi pendekatan keselamatan Bukele.

Pada 2025, Chaves mengumumkan bahawa Costa Rica memperoleh akses kepada reka bentuk, pelan binaan dan kaedah pembinaan fasiliti penjara El Salvador.

Kerjasama berkenaan dilaporkan berjaya menjimatkan kos pembinaan Costa Rica sebanyak kira-kira AS$25 juta (RM102 juta).

Bagaimanapun, sistem penjara El Salvador berdepan kecaman antarabangsa berhubung dakwaan penderaan serta pelanggaran hak asasi manusia yang serius.

Dalam laporan bagi tahun 2025, organisasi Human Rights Watch mendokumentasikan dakwaan kejadian pukulan berulang, penderaan dan keganasan seksual melibatkan 252 warga Venezuela yang diusir ke El Salvador oleh pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump. -AGENSI

The post Costa Rica bina penjara mega kawalan ketat ala El Salvador appeared first on Utusan Malaysia .

Why it is new

Not enough measurements yet to explain the score. Explanations are generated only from stored data.

Attention graph

Attention

Not enough history in this window yet. The engine measures every five minutes.

Timeline

No timeline yet.

Where it started

Unknown.

How it spread

Not enough data to show how this spread.

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Nothing independently established yet.

What we don’t know

  • No open questions flagged by the rules.

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.