Malaysian Attention Engine
Live wire
52‘Suami arwah hubungi adik, dia sudah bunuh isteri’50Sindiket transit minyak masak di lokasi terpencil sebelum seludup ke negara jiran475 sekolah di Nilai terima bungkusan misteri46General : Malaysia Airlines To Resume Flights To Jeddah, Madinah Tomorrow45General : Suspicious Packages At Schools: MOE Leaves Probe To Police - Fadhlina45Penemuan barang mencurigakan di sekolah perlu dilapor segera44'Saya sudah lakukan yang terbaik' - Ramanan yakin Sungai Buloh kekal kerusi selamat44ATM kaji semula elaun Askar Wataniah44Arteta yakin Gyokeres mampu tamatkan kemarau gol42Go away, I don’t want to see you, Tuanku Muhriz rebukes Negeri Sembilan MB41MOT rangka pindaan undang-undang kes curi kabel rel40Singapura keluar notis amaran kepada 7 syarikat Indonesia dikenal pasti jadi punca jerebu
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

Johor negeri pertama perluas skop i-FB Siswa

Only social or community posts, or a single source.

Attention
32
no previous hour
Momentum
32
1 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 17 Oct, 12:05 MYTLatest activity 17 Oct, 12:05BMconfidence 60%

What happened

Details are being gathered from the sources below.

Read the reporting

1 report
Photo: Harian Metro
Harian Metro·News·BM·2 min read

Johor negeri pertama perluas skop i-FB Siswa

By Izz Laily Hussein · 17 Oct, 12:05 MYT

am@hmetro.com.my

Segamat: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menjadikan Johor negeri pertama di Malaysia memperluas skop bantuan inisiatif Ihsan Food Bank (i-FB) Siswa melangkaui barangan makanan semata-mata.

Pengarah KPDN Johor, Lilis Saslinda Pornomo berkata, pendekatan terbaharu ini bukan sahaja membekalkan makanan, malah merangkumi pelbagai keperluan harian lain seperti alat tulis, barangan penjagaan diri serta keperluan lain yang bersesuaian demi menyokong urusan pembelajaran dan kehidupan seharian mahasiswa.

Katanya, pelancaran program peringkat negeri di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Johor Kampus Segamat itu bukan sekadar menyediakan bantuan makanan, malah menjadi manifestasi keprihatinan dan semangat kebersamaan dalam memastikan kebajikan mahasiswa terus diberikan perhatian, terutama dalam mendepani cabaran kos sara hidup.

"Inisiatif i-FB Siswa berteraskan konsep 3S iaitu Santuni Komuniti, Selamatkan Makanan dan Sayangi Alam. Konsep ini menekankan usaha membantu warga kampus yang memerlukan, menangani pembaziran makanan serta menyokong kelestarian alam sekitar melalui pengurusan dan penyaluran sumbangan secara bertanggungjawab.

"Ini juga sebagai salah satu usaha memperkukuh kebajikan mahasiswa menerusi pengurusan bantuan yang lebih tersusun dan berkesan, khususnya bagi membantu warga kampus yang memerlukan," katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Lilis Saslinda berkata, premis penempatan barangan sumbangan i-FB Siswa buat masa ini ditempatkan di Bangunan Pentadbiran UiTM Kampus Segamat.

Katanya, bagi membolehkan akses yang lebih mudah kepada pelajar, program berkenaan dirancang untuk dikembangkan secara berperingkat ke kolej-kolej kediaman di seluruh kampus.

"Pelaksanaan i-FB Siswa memerlukan kerjasama erat antara KPDN, institusi pendidikan tinggi, sektor swasta, badan korporat, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan rakan strategik bagi memastikan sumbangan dapat dikumpulkan dan disalurkan secara sistematik serta berkesan kepada kumpulan sasar.

"Sehubungan itu, KPDN Johor menggalakkan lebih banyak pihak tampil menyumbang mengikut kemampuan masing-masing, sama ada dalam bentuk makanan, barangan keperluan harian, alat tulis, barangan penjagaan diri, kepakaran, tenaga kerja atau sokongan lain bersesuaian.

"Pihak universiti turut memainkan peranan penting dalam mengenal pasti keperluan mahasiswa serta memastikan pengurusan dan pengagihan bantuan dilaksanakan secara teratur, telus dan berhemah supaya manfaat inisiatif ini dapat disampaikan kepada golongan yang benar-benar memerlukan," katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

Not enough measurements yet to explain the score. Explanations are generated only from stored data.

Attention graph

Attention

Not enough history in this window yet. The engine measures every five minutes.

Timeline

No timeline yet.

Where it started

Unknown.

How it spread

Not enough data to show how this spread.

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Nothing independently established yet.

What we don’t know

  • No open questions flagged by the rules.

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.