
Niat cari kenalan bertukar duka
Only social or community posts, or a single source.
What happened
Niat cari kenalan bertukar duka (Harian Metro, 11:53)
Read the reporting
1 report
Niat cari kenalan bertukar duka
mhafis@mediaprima.com.my
Kuala Lumpur: Seorang lelaki berputih mata selepas kerugian RM11,000 akibat menjadi mangsa pemerasan dalam talian oleh individu yang dikenalinya menerusi aplikasi mencari kenalan.
Mangsa berusia 24 tahun itu pada mulanya berkenalan dengan seorang wanita dikenali sebagai Lara yang mendakwa tinggal di Norzagaray, Filipina.
Menurut sumber, mereka kemudian meneruskan perbualan menerusi aplikasi pemesejan pada 11 Oktober lalu.
"Wanita terbabit kemudian mengajak mangsa melakukan panggilan video dan ketika itulah suspek merakam video mangsa.
"Suspek juga mengugut ingin menyebarkan video itu kepada rakan dan ahli keluarga mangsa jika dia tidak membayar sejumlah wang," katanya.
Sumber berkata, mangsa yang panik kemudian membuat beberapa kali transaksi berjumlah RM11,000 ke akaun diberikan suspek.
"Bagaimanapun selepas menerima wang itu, individu terbabit terus meminta bayaran tambahan menyebabkan mangsa yang trauma membuat laporan di Balai Polis Kepong, Isnin lalu," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Anuar Bakri ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Harian Metro) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro11:53
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.