
‘Rabbani juga ada konflik, bukan mudah jaga 13 anggota’
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
‘Rabbani juga ada konflik, bukan mudah jaga 13 anggota’ (Google News Malaysia (BM), 11:30)
Read the reporting
1 report
‘Rabbani juga ada konflik, bukan mudah jaga 13 anggota’
BUKAN mudah mempertahankan legasi muzik dakwah selama hampir tiga dekad ketika arus muzik semasa ligat berubah dan kumpulan baharu silih berganti.
Bagi kumpulan nasyid tersohor negara, Rabbani, mengekalkan kedudukan relevan bukanlah satu perjalanan mudah tanpa sebarang onak dan duri.
Kini terus utuh digalas tujuh orang anggota iaitu Ustaz Azadan Abdul Aziz, Mohd. Asri Ubaidullah, Zulkiflee Azman, Rithauddeen Yaakob, Afendi Shahbudin, Nazrul Azhar Tamrin dan Ahmad Shafie, mereka membuktikan kecekalan menjadi kunci kelangsungan legasi yang diasaskan sejak Mac 1997.
Malah, sepanjang 30 tahun mengabdikan diri dalam persada seni tempatan, pelbagai ranjau terpaksa ditempuh termasuk perselisihan faham, pemergian tonggak utama sehinggalah menjadi mangsa penipuan bernilai jutaan ringgit.
Mengimbas formula bertahan dalam industri, Azadan percaya bahawa disiplin kualiti dan imej menjadi pegangan utama mereka sejak awal penubuhan.
AZADAN mengakui hubungan sesama anggota kumpulan Rabbani sudah seperti adik beradik.
Kualiti, penampilan
Menurutnya, Rabbani menekankan pemahaman terhadap kedudukan dan niat dalam industri yang sehingga hari ini menjadi asas penting bagi memastikan terus relevan.
“Pada Mac 1997 ketika Rabbani ditubuhkan secara rasmi, kami memang beri fokus kepada kualiti termasuk vokal, persembahan, pakaian dan imej.
“Saya selalu cakap dengan ahli lain, selepas masuk dalam industri dan pilih nasyid sebagai genre untuk dipersembahkan, kami akan memegang gelaran artis.
“Kalau nak bergelar ulama atau ustaz yang bertawaduk memang takkan berlaku sebab kami berada di platform muzik.
“Jadi, kami perlu hidup dalam dunia ini dengan memakai busana cantik, sentiasa menjaga keperibadian dan penampilan,” katanya kepada HibGlam.
Dia selaku penyanyi utama berkata, mereka bagaimanapun enggan terperangkap dalam kehendak mengejar populariti sehingga mengabaikan niat utama bergelar artis iaitu menyebarkan dakwah menerusi muzik.
“Pertama sekali, kami perlu faham paksi Rabbani dalam bidang ini, itu asas utama. Kami tolak fikir tentang nak popular sebab semua itu akan hadir dengan sendiri selagi menjaga kualiti.
“Kedua, penampilan. Bila dua perkara ni kita jaga, hasilnya insya-Allah akan sentiasa positif,” katanya lagi.
Bercerita lanjut, Rabbani yang popular dengan lagi Intifada itu turut menegaskan sentiasa menjaga bahawa hubungan silaturahim sesama ahli merupakan kunci utama terus bertahan sehingga ke hari ini.
Akui Azadan, menjaga hubungan dalam kumpulan yang mempunyai 13 anggota bukan perkara mudah, namun mereka diajar untuk saling bertolak ansur sejak awal penubuhan Rabbani.
“Perkara paling penting adalah menjaga hubungan silaturahim, nak jaga 13 orang dalam sebuah kumpulan bukan benda yang mudah.
“Orang nampak indah seperti tiada konflik tetapi hakikatnya kami tetap diuji dan ada perselisihan faham.
“Syukur sejak sekolah sudah diajar untuk bertolak-ansur, macam Allahyarham Ustaz Asri cakap, kalau ada isu dan stres, perlu kekal tenang atau pergi makan belanja ramai-ramai, hilanglah kemelut tersebut. Kami juga tak berlengah untuk selesaikan sebarang isu dalaman,” ujarnya.
Mengulas lanjut mengenai pertelingkahan sepanjang bersama, dia berkata, tiada sebarang kekasaran pernah berlaku dalam kalangan 13 anggota kerana mereka mengutamakan persefahaman.
“Ada pergaduhan tetapi kami tak pernah menuding jari atau bertumbuk sebab semua sudah seperti adik-beradik.
“Bila bergaduh, semua memilih menyepi. Kalau saya diam (marah), mereka pasti tahu sebabnya.
“Hapuskan kemarahan, buang sifat mazmumah. Bila marah, jangan buka sedikit pun laluan emosi itu kerana syaitan akan membiak kerana apabila jiwa positif masuk, aura baik akan muncul dengan sendiri,” tuturnya.
RABBANI yang kini dianggotai tujuh ahli berpegang kepada titipan nasihat Allahyarham Asri iaitu tenang berdepan konflik.
Ustaz Asri
Menghembuskan nafas pada Ogos 2009, pemergian Allahyarham Ustaz Asri pastinya meninggalkan kekosongan dalam perjalanan seni Rabbani.
Azadan memberitahu, Allahyarham merupakan antara nadi kekuatan sejak Rabbani ditubuhkan.
Bercakap mengenai amanat terakhir individu itu yang terus dipahat rapi, Azadan menyifatkan pesanan arwah menjadi pedoman hidup mereka sehingga hari ini.
“Hari terakhir sebelum dia meninggal dunia, arwah pesan jaga hubungan baik dengan semua orang iaitu penganjur, media, staf dan famili.
“Ketika itu kami tak tahu itu mesyuarat terakhir bersama, esoknya dia hembus nafas terakhir
“Kemudian setiap kali kami ada konflik dalaman, antara ayat arwah Ustaz Asri yang saya ingat ialah ‘ana (saya) akan teruskan perjuangan nasyid ini walaupun tinggal seorang diri.’ Itu yang kami pegang sehingga sudah tinggal tujuh ahli hari ini,” jelasnya.
Mengenai dugaan paling getir sepanjang 30 tahun bertapak selain pemergian arwah Ustaz Asri, Rabbani tidak terlepas daripada berdepan detik hitam apabila ditipu oleh individu yang dipercayai sehingga menjejaskan reputasi mereka.
“Ujian paling berat apabila jadi mangsa penipuan sehingga orang hilang kepercayaan pada kami. Contohnya, kami jadi duta agensi umrah tetapi tiba-tiba syarikat tersebut ada masalah dan tutup, kami pula perlu berdepan dengan jemaah.
“Kami pernah ditipu lebih RM1 juta dengan beberapa pihak dalam urusan perniagaan sekitar 10 ke 15 tahun lepas.
“Ini bukan soal kelemahan pengurusan sebaliknya tentang kami terlalu mudah percaya terutama kenalan rapat.
“Banyak kerugian kami alami tetapi syukur Rabbani bangkit semula dengan tawakal kepada Allah SWT dan sokongan rakan seperjuangan,” kongsinya.
Menyentuh tentang perkembangan dan realiti industri nasyid tanah air pada masa kini, Azadan mengakui genre dakwah masih bernyawa walaupun impaknya berbeza berbanding era kegemilangan terdahulu.
“Nasyid memang berkembang, ada penyanyi solo dan berkumpulan yang baharu. Perkembangan mereka luar biasa cuma impaknya tidak sebesar dulu.
“Dulu kemunculan Rabbani, Raihan dan Hijjaz adalah di saat industri memerlukan kelainan dan masyarakat tercari-cari pengisian rohani menerusi muzik
“Nasyid masih sangat relevan. Cuma untuk berada lama dalam industri, perlu ada perjuangan,” jelasnya.
Mengenai dugaan mempertahankan nama besar kumpulan, dia menegaskan bahawa ketahanan mental dan keikhlasan jiwa menjadi taruhan paling utama untuk terus berdiri teguh.
“Kalau nak berjaya, memang sangat mudah tetapi untuk mengekalkannya, sukar.
“Saya respek artis veteran seperti Norlia Ghani. Hebatnya dia, walaupun sudah veteran tetapi tahu bagaimana nak cari peluang dan aktif dalam media sosial.
“Kalau nak relevan, semua itu atas kemahuan dan perlu berjuang untuk diri sendiri. Kalau tak ada jiwa berjuang, susah nak dapat apa yang kita ingini,” jelasnya.
AZADAN percaya walau bergelar penyanyi nasyid, adalah menjadi satu keperluan untuk melazimkan nama di bibir peminat dengan menggunakan kuasa teknologi seperti TikTok.
Dewan acara
Selain menyanyi, Rabbani kini melebarkan sayap ke bidang pengurusan acara menerusi pembukaan dewan perkahwinan sendiri, Rabbani Event Hall.
“Saya dah berkecimpung dengan gubahan pengantin dan buat kuih raya sejak kecil. Malah, hal berkaitan busana konsert juga selalunya diserahkan kepada saya kerana itu antara minat selain menyanyi.
“Niat nak buka dewan ini adalah sejak 10 tahun lalu, cuma waktu itu belum ada pasukan yang kuat tetapi syukur Allah permudahkan semuanya sekarang.
“Bila ada dewan ini, segala pengalaman uruskan konsert dan festival kami curahkan di sini,” kongsinya.
Istimewanya, dewan berkenaan menawarkan tiga pilihan pakej termasuk Pakej Rahmah serendah RM17,900 dengan diskaun RM3,000 bagi tempahan tiga bulan terawal.
Lebih menarik, pelanggan yang memilih pakej penuh 1,000 tetamu bakal menerima persembahan percuma daripada kumpulan Rabbani sendiri.
“Bagi sesiapa yang ambil pakej penuh 1,000 tetamu, mereka akan dapat persembahan percuma Rabbani merangkumi empat hingga enam buah lagu.
“Tawaran persembahan percuma ini bukan promosi sementara, sebaliknya hadiah istimewa daripada Rabbani untuk sesiapa sahaja yang melangsungkan majlis di sini,” ujarnya mengakhiri perbualan.
The post ‘Rabbani juga ada konflik, bukan mudah jaga 13 anggota’ appeared first on Kosmo Online .
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsGoogle News Malaysia (BM)11:30
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 2 established outlet(s): Google News Malaysia (BM), Kosmo!
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.