Malaysian Attention Engine
Live wire
52‘Suami arwah hubungi adik, dia sudah bunuh isteri’50Sindiket transit minyak masak di lokasi terpencil sebelum seludup ke negara jiran475 sekolah di Nilai terima bungkusan misteri46General : Malaysia Airlines To Resume Flights To Jeddah, Madinah Tomorrow45General : Suspicious Packages At Schools: MOE Leaves Probe To Police - Fadhlina45Penemuan barang mencurigakan di sekolah perlu dilapor segera44'Saya sudah lakukan yang terbaik' - Ramanan yakin Sungai Buloh kekal kerusi selamat44ATM kaji semula elaun Askar Wataniah44Arteta yakin Gyokeres mampu tamatkan kemarau gol42Go away, I don’t want to see you, Tuanku Muhriz rebukes Negeri Sembilan MB41MOT rangka pindaan undang-undang kes curi kabel rel40Singapura keluar notis amaran kepada 7 syarikat Indonesia dikenal pasti jadi punca jerebu
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

‘Telanjangkan’ semua, filem paling kelakar Joko Anwar

Only social or community posts, or a single source.

Attention
20
no previous hour
Momentum
24
0 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 17 Oct, 11:50 MYTLatest activity 17 Oct, 11:50BMconfidence 60%

What happened

TONTONAN filem ini dihabiskan selepas beberapa percubaan. Bukan kerana tidak bagus tetapi atas beberapa sebab. Pertama, karya ini datang daripada kerangka minda twisted pengarah sensasi Indonesia, Joko Anwar. (Kosmo!, 11:50)

Read the reporting

1 report
Photo: Kosmo!
Kosmo!·News·BM·3 min read

‘Telanjangkan’ semua, filem paling kelakar Joko Anwar

By MOHD. HAIKAL ISA · 17 Oct, 11:50 MYT

TONTONAN filem ini dihabiskan selepas beberapa percubaan. Bukan kerana tidak bagus tetapi atas beberapa sebab. Pertama, karya ini datang daripada kerangka minda twisted pengarah sensasi Indonesia, Joko Anwar.

Joko merupakan seorang sutradara yang kadangkala suka menyelitkan easter egg (mesej tersirat) dalam pekerjaannya. Bagaimanapun, dalam Ghost in the Cell, hampir kesemuanya dibentangkan dengan nyata.

Dari urusan ‘gore’, kritikan sosial, kepada jalan cerita dan terjemahan karakter, karya ini tidak membuat kepala penonton migrain. Senang cerita bagi penulis secara peribadi, ini barangkali antara naskhah Joko yang paling ‘gampang’ (dibaca: senang) dihadam.

Meletakkan secara harafiah, premis entiti ganas yang menyerang penghuni sebuah fasiliti atau penjara korup sebagai fokal cerita, tiada apa yang membanggakan pun hendak digembar-gemburkan daripada Ghost in the Cell.

Brutal, telanjangkan

Kalau ada satu perkara yang sukar dinafikan tentang Joko Anwar, sutradara asal Medan, Sumatera Utara itu tahu bagaimana mahu buat penonton berasa tidak selesa. Ghost in the Cell juga tidak terkecuali.

Menerusi filem ini, Joko sekali lagi bermain dalam gelanggang yang cukup sinonim dengannya iaitu seram, gelap, brutal dan sarat dengan tekanan psikologi.

Bezanya kali ini, ketakutan tidak diletakkan di rumah usang, kampung terpencil atau lorong gelap, sebaliknya dalam ruang tertutup sebuah penjara yang sudah lama ‘busuk’ dengan kuasa, keganasan dan dosa manusia.

Premisnya mudah tetapi mencengkam. Sekumpulan banduan yang terperangkap dalam fasiliti korup tiba-tiba berdepan ancaman entiti ganas yang membunuh tanpa belas kasihan.

Dalam keadaan biasa, penjara sudah cukup menyesakkan. Namun apabila unsur ghaib masuk ke dalam sistem yang memang sedia rosak, Ghost in the Cell bertukar menjadi sebuah mimpi ngeri berdarah.

Kekuatan utama filem ini terletak pada suasananya. Setiap sudut sel, lorong dan ruang sempit digarap dengan rasa gelisah yang tidak memberi banyak ruang untuk penonton menarik nafas lega.

Joko tidak tergesa-gesa menakutkan penonton dengan kejutan murah semata-mata. Sebaliknya, dia membina rasa cemas melalui kekacauan manusia sebelum menghadirkan ketakutan sebenar dalam bentuk entiti pembunuh.

Menariknya (walaupun sudah terbiasa), Ghost in the Cell bukan hanya tentang hantu atau makhluk ganas. Filem ini turut membawa sindiran terhadap institusi yang korup, manusia yang hilang moral dan sistem yang menghukum tanpa benar-benar menyembuhkan.

Babak keganasan dalam filem ini memang bukan untuk semua. Ada momen yang cukup ‘berdarah’, kasar dan sengaja dibiarkan menjijikkan demi menekankan betapa nyawa manusia dalam dunia itu sudah tidak lagi bernilai.

Babak ‘gore’ kegemaran penulis secara peribadi? Tentunya ketika Tokek dibunuh dengan penuh kejam selepas cuma melakukan ‘dosa’ Nabi Lut terhadap seorang banduan bernama Dimas yang baru mendaftar masuk.

Kepala dan tubuhnya berpisah berlumuran darah. Kedua tapak tangan menutup mata seraya besi tertusuk melewati daging antara daging dua bahagian tubuh berbeza itu.

Berani

Namun di sebalik elemen ‘gore’, filem ini masih mempunyai denyut emosi. Ketika musuh lama terpaksa bekerjasama untuk terus hidup, muncul persoalan lebih besar tentang ego, dendam dan naluri manusia ketika berdepan maut.

Dari segi lakonan, barisan pelakon membawa tenaga yang sesuai dengan dunia gelap filem ini. Tiada watak yang benar-benar bersih, namun itulah yang membuatkan konflik terasa lebih hidup.

Cuma, untuk penonton yang mengharapkan seram konvensional dengan formula mudah, Ghost in the Cell mungkin terasa sedikit keras dan tidak selesa untuk dihadam.

Entah mengapa, buat penulis secara peribadi yang minda barangkali setara ‘twisted’ dengan Joko berasakan filem ini lebih kelakar ketimbang seram.

Bukan menidakkan seni pengarahan Joko yang sudah lama berbakti kepada seni perfileman serantau tetapi bila mana melibat adegan ‘gore’ yang dipaparkan, hela tawa lebih menonjol keluar berbanding rasa takut atau geli geleman.

Filem ini lebih dekat dengan pengalaman sinema yang kasar, penuh darah dan kadang-kadang sinis. Secara keseluruhan, Ghost in the Cell membuktikan Joko Anwar masih punya taring dalam mengangkat seram Nusantara ke tahap yang lebih berani. Bukan filem seram Joko paling ‘cantik’ untuk ditonton, tetapi itulah kekuatannya. Kotor, ganas, menekan dan cukup berani mencabar keselesaan penonton.

The post ‘Telanjangkan’ semua, filem paling kelakar Joko Anwar appeared first on Kosmo Online .

As published in Kosmo!’s feed.Read at Kosmo!

1 / 1 · arrow keys switch reports

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 31NEWnow13:0014:00
Latest 14:04 MYT
20New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Kosmo!) source

Where it started

Kosmo! (News)
17 Oct, 11:50 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Kosmo!
    11:50

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Kosmo!

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.

‘Telanjangkan’ semua, filem paling kelakar Joko Anwar · Malaysian Attention Engine